Bersambung dari Masjid (Mosque of) Bilal.
Continued from Masjid (Mosque of) Bilal.
Merujuk pada artikel Tanah perkuburan (Burial ground of) Baqi'. Selepas solat Asar saya lalu di tepi pintu utama masuk ke tanah perkuburan itu lalu mendapati ia dibuka kepada umum. Saya pun masuk mengikut orang ramai.
Referring to the article Tanah perkuburan (Burial ground of) Baqi'. After the Asar (late afternoon) prayer I passed by the main entrance to that burial ground and found it open to the public. So I entered following the crowd.
Ada bahagian tertentu yang ingin dituju. Tetapi orang ramai cuma dibenarkan melihat dari jauh.
There is a certain section I want to aim for. But the crowd is only allowed to look from afar.
Di bahagian yang terlindung oleh tembok separuh bulat itu bersemadi jasad sejumlah manusia yang memiliki pertalian keluarga yang rapat dengan Nabi Muhammad SAW.
At the section protected by a semi-circular wall there lies the remains of a number of people who have close family ties with Prophet Muhammad SAW.
Mereka ialah :-
They are :-
A. Imam Ja'afar As-Sadiq
B. Imam Muhammad Al-Baqir
C. Imam Ali Zainal Abidin
D. Saidina Hassan
E. Saidina Abbas ibnu Abdul Mutallib
F. Fatimah binti Assad.
Bagaimanakah hubungan mereka dengan Nabi? Biar saya mulakan dengan D kerana memang tumpuan utama saya masuk ke Baqi' adalah untuk melawat makam baginda. Saidina Hassan adalah cucu sulung Nabi, melalui perkahwinan sepupu Nabi, Saidina Ali dengan puteri Nabi, Sayiditina Fatimah. Baginda sempat menjadi khalifah Islam yang ke-5. F, iaitu Fatimah binti Assad adalah ibu kepada Saidina Ali. E, Saidina Abbas adalah bapa saudara Nabi. Saidina Hassan memiliki adinda lelaki bernama Saidina Hussein. C, Ali Zainal Abidin adalah anak Saidina Hussein. B, Muhammad Al-Baqir anak C. A, Ja'afar As-Sadiq adalah anakanda B.
How is their relationshiop with the Prophet? Let me start with D as it is my main focus and intention to go to Baqi' to visit his majesty's tomb. Saidina Hassan is the eldest grandchild of the Prophet, through the marriage of the Prophet's cousin, Saidina Ali to the Prophet's daughter, Sayidtina Fatimah. His majesty had time to be the 5th caliph of Islam. F, that is Fatimah binti Assad is mother to Saidina Ali. E, Saidina Abbas is the Prophet's uncle. Saidina Hassan has a younger brother named Saidina Hussein. C, Ali Zainal Abidin is son to Saidina Hussein. B, Muhammad Al-Baqir son to C. A, Ja'afar As-Sadiq is son to B.
Datanglah melawat ke makam syed muhammad syafii di kampung seronok bayan lepas..beliau merupakan wali allah yang bernasab dari saidina hassan sebelah ayah dan saidina hussien sebelah ibu....insyaallah kamu akan dapat kebenaran yang selama ini telah disembunyikan.
ReplyDelete