Tuesday, May 21, 2013

(The) Kaabah

Sekarang masuklah kita pada objek paling penting untuk orang Islam. Bersambung dari Masjidil Haram (The holy mosque of Mecca).
Now we enter on the most important object for the Muslims. Continuing from Masjidil Haram (The holy mosque of Mecca).


Setelah memasuki pintu utama Masjidil Haram lalu berjalan terus sehingga sampai ke kawasan terbuka di tengah kelihatanlah bangunan hitam yang dipanggil Kaabah.
After taking the main entrance of the Masjidil Haram and then walking straight on to the open area in the middle could be seen the black building called the Kaabah.




Berbentuk kotak segi empat ia menjadi tumpuan umat Islam tak kira di mana jua di dunia ini untuk menghadapkan muka ketika menunaikan solat. Menurut ceritanya ia dibina oleh Nabi Ibrahim dan anaknya Nabi Ismail. Dianggarkan ini berlaku 6,000 tahun lalu.
Shaped like a square box it is the focal point for Muslims regardless of where they are anywhere in the world to face to when conducting their prayers. According to the stories it was built by Prophet Ibrahim (Abraham) and his son Prophet Ismail (Ishmael). This is estimated to have happened 6,000 years ago.


Di sini juga dilakukan ibadat tawaf, pusing keliling bangunan arah lawan jam. Mengikut putaran ini saya pun menuju ke sudut yang kelihatan, sudut yang menghadap ke arah selatan
Here one also do the religious act of tawaf, circumambulating around the building in counter-clockwise direction. Following this turn I then headed for the corner seen here, the corner facing south.


Di sini terdapat satu bahagian yang dipanggil Rukun Yamani.
Here lies a section called the Rukun Yamani.


Perjalanan lawan arah jam diteruskan.
The walk anti-clockwise is continued.


Pada sudut seterusnya terdapat batu suci yang katanya diturunkan dari syurga, dipanggil Hajarul Aswad. Namun susah untuk saya mengambil gambar dekat akibat terlalu ramai orang berebut untuk mengucupnya.
At the next corner lies the holy stone said to have been brought down from paradise, called the Hajarul Aswad. Still it was hard for me to take close pictures as there were too many people struggling to kiss it.


Pada muka sebelahnya terdapat pintu masuk Kaabah dan kawasan yang dipanggil Multazam. Pintu ini jarang sekali dibuka, itupun cuma untuk para pemimpin negara dan orang-orang berkedudukan tinggi yang dijemput kerajaan Arab Saudi.
At the face besides lies the door to enter the Kaabah and an area called the Multazam. The door is rarely opened, even then only for state leaders and people of high position invited by the government of Arab Saudi.


Perjalanan diteruskan ke muka lagi satu, muka terakhir kerana kita sudah melewati 3 buah muka.
The walk is continued to another face, the last one as we have already passed 3 faces.


Menghadap muka ini adalah satu kawasan dilingkungi tembok separuh bulatan, kawasan yang dipanggil Hijr Ismail.
Facing this face is an area bounded by a semi-circular wall, an area called the Hijr Ismail.


Inilah muka tersebut. Muka selepasnya adalah yang ditunjukkan pada gambar pertama.
This is the said face. The face after this is the one shown in the first picture.


Lihat ke atas. Terdapat satu batang tembaga tempat air mengalir ke bawah untuk mengelakkan air hujan bertakung pada atap Kaabah, batang yang dipanggil Pancuran Emas.
Look above. There is a piece of copper for water to flow down to avoid rain water from getting stuck on the roof of the Kaabah, a piece called (literarily) the Golden Shower.

No comments:

Post a Comment