Monday, July 01, 2013

Fort Rotterdam

OK. Mulai hari ini saya akan menonjolkan beberapa tempat yang pernah diziarahi dalam perjalanan ke Tanah Bugis di Sulawesi Selatan 3-12 Mei 2013. Untuk pengetahuan saya sampai bersama keluarga 3 Mei, esoknya baru mula menziarahi tempat-tempat.
OK. Starting today I will feature a number of places visited in my trip to the land of the Bugis at Sulawesi Selatan (South Celebes) 3-12 May 2013. For information I arrived with the family on 3rd May, the next day I started visiting places.


Tempat bersejarah pertama yang kami ziarahi adalah sebuah kota pertahanan yang dibina penjajah Belanda lebih 300 tahun lalu.
The first historical place we visited is a defence fort built by the Dutch colonialist more than 300 years ago.


Ia dipanggil Fort Rotterdam sempena nama pelabuhan utama di Belanda iaitu Rotterdam.
It is called Fort Rotterdam in commemoration of the main port in Holland (the land of the Dutch) which is Rotterdam.


Ia mengandungi pejabat dan penempatan pegawai dan askar Belanda.
It contains offices and a settlement for Dutch officers and soldiers.


Tembok batu pula mengelilinginya dalam bentuk empat segi besar.
A wall of stone surrounds it in the form of a large rectangle.








Kota ini turut mengandungi ruang tahanan untuk mereka yang dianggap pesalah oleh Belanda. Antaranya adalah Pengeran Diponegoro, seorang pejuang pembebasan dari Tanah Jawa.
Thus fort also contains holding cells for those considered as offenders by the Dutch. Among them is Pengeran Diponegoro, a freedom fighter for the land of Jawa (Java island).


Inilah ruang tempat Diponegoro ditahan selama 20 tahun. Pintu kecil adalah untuk memaksa beliau tunduk apabila dibawa keluar masuk. Pintu besar untuk pegawai dan askar Belanda...
This is the cell where Diponegoro was held for 20 years. The small gate is to force him to bow down when taken in and out. The big gate is for Dutch officers and soldiers...


No comments:

Post a Comment