Dari Jasin, Melaka kita beralih ke Jugra, Selangor. Bersambung dari Makam (Tomb of) Datuk Senara.
From Jasin, Melaka we move to Jugra, Selangor. Continued from Makam (Tomb of) Datuk Senara.
Isnin minggu lepas saya pergi ke Muzium Insitu Jugra.
Last Monday I went to Muzium Insitu (Insitu Museum of) Jugra.
Kalau tak salah insitu adalah perkataan Latin yang bahasa Inggerisnya adalah "on site". Ia merujuk pada muzium di lokasi tempat bersejarah.
If not mistaken insitu is a Latin word of which the English language equivalent is "on site". It refers to the museum being on location of a historical place.
Di dalamnya terpapar sejarah Jugra yang merupakan sebuah mukim dalam daerah Kuala Langat.
Inside is shown the history of Jugra which is a sub-district inside the district of Kuala Langat.
Terpapar juga sejarah ketika Kesultanan Selangor berpusat di Jugra penghujung abad ke-19.
Shown also the history when the Sultanate of Selangor was centred at Jugra end of the 19th century.
Sejarah Kuala Langat.
History of Kuala Langat.
Turut dipaparkan adalah sejarah Jugra zaman British. Untuk pengetahuan bangunan muzium ini asalnya adalah balai polis lama.
Also shown is the history of Jugra during the British era. For information this museum building was originally the old police station.
Pada bahagian lain dipaparkan tempat-tempat bersejarah dalam daerah Kuala Langat...
At another section is shown historical places in the district of Kuala Langat...
No comments:
Post a Comment