Monday, February 20, 2017

Batu Batikam

Bersambung daripada artikel Prasasti Kubu Rajo,
Continuing from Prasasti Kubu Rajo,


Ke hadapan lagi menghala ke Padang Panjang terdapat tempat ini.
Further ahead towards Padang Panjang lies this place.


Ia dinyatakan sebagai Batu Batikam, batu kena tikam.
It is stated as Batu Batikam, the stone which got stabbed.


Terdapat batu-batu yang diatur seperti kerusi membentuk tempat orang menyaksikan satu peristiwa tertentu.
There are stones arranged like chairs forming place for people to witness a certain event.


Batu Batikam itu sendiri terletak di tengah kawasan.
The Batu Batikam itself is located at the centre of the area.


Kelihatan lubang yang katanya terbentuk akibat batu ditikam dengan keris.
Could be seen a hole which is said to have been formed by stabbing using a keris, the Malay wavy blade.




Menurut ceritanya batu ini ditikam menandakan perdamaian antara dua pemimpin besar Alam Minangkabau iaitu Datuk Perpatih Nan Sebatang dengan abangnya Datuk Ketemenggungan. 
According to the stories the stone was stabbed marking a peace agreement between two major leaders of the Minangkabau world that is  Datuk Perpatih Nan Sebatang and his elder brother Datuk Ketemenggungan,



Mereka memiliki ibu yang sama daripada ayah yang berlainan. Untuk makluman ini adalah artikel ke 1,661 di blogspot ini.
They have the same mother but came from different fathers. For information this is the 1,661th article in this blogspot.


No comments:

Post a Comment