Monday, March 06, 2017

Makam (Tomb of) Raja Kecil Siak

Salam semua. Terus pada hari ke 8 dan terakhir perjalanan 25 January - 1 Februari di Sumatera...
Peace be upon you all. On to the 8th and last day of the 25th January - 1sr February Sumatran trip...


Pagi Rabu 1 Februari 2017.. Selepas bermalam di sebuah rumah penginapan di bandar Siak seorang rakan Facebook yang merupakan warga tempatan membawa saya ke satu tempat bernama Buantan.
Wednesday morning 1st February 2017. After spending the night at a lodging house in the town of Siak a Facebook friend who is a  local brought me to a place called Buantan.


Di situ ada makam Raja Kecil, satu watak yang sangat terkenal dalam sejarah Johor-Riau awal abad ke-18 Masihi.
There lies the tomb of Raja Kecil, a very famous character in the history of Johor-Riau early 18th century AD.





Baginda pernah menjadi pemerintah empayar Johor-Riau 1718-1722 dengan memakai nama Sultan Abdul Jalil Rahmat Shah.  Menurut sejarah versi Siak dan mereka yang sealiran dengannya Raja Kecil adalah anakanda kepada Sultan Mahmud yang memerintah Johor-Riau 1685 - 1699. Lihat artikel Makam (tomb of) Sultan Mahmud Mangkat DiJulang.
He was once the ruler of the empire of Johor-Riau 1718-1722 using the name Sultan Abdul Jalil Rahmat Shah.  According to Siak version of history and those of the same stream Raja Kecil was the son of Sultan Mahmud who ruled Johor-Riau 1682-1699. Look at the article Makam (tomb of) Sultan Mahmud Mangkat DiJulang.


Sejarah versi Johor pula menafikan kaitan Raja Kecil dengan Sultan Mahmud.
The Johor version of history in turn denied Raja Kecil's relation to Sultan Mahmud.


Menurut versi ini Sultan Mahmud tidak meninggalkan waris lalu Bendahara boleh menaiki takhta. Rujuk artikel Makam (Tomb of) Sultan Abdul Jalil IV.
According to this version Sultan Mahmud tidak meninggalkan waris lalu the Bendahara (something like the royal prime minister) can ascend the throne. Refer to the article Makam (Tomb of) Sultan Abdul Jalil IV.


Raja Kecil yang membesar di Sumatera telah menyerang Johor lalu mengalahkan Sultan Abdul Jalil. Abdul Jalil pun diletakkan kembali sebagai Bendahara. Seorang anak Bendahara kemudian mendapat bantuan anak-anak raja Bugis untuk mengalahkan Raja Kecil. Selepas beberapa lama Raja Kecil berundur ke Siak lalu membuka kesultanan baru di sana.
Raja Kecil who grew up in Sumatera then attacked Johor and defeated Sultan Abdul Jalil. Abdul Jalil was thus put back as the Bendahara. A son of the Bendahara then enlisted the help or some Bugis princes to defeat Raja Kecil. After some time Raja Kecil retreated to Siak and founded a new sultanate there.


Dalam bangunan makam Raja Kecil juga terdapat makam ini.
Inside the tomb building of Raja Kecil also lies this tomb.


Ia katanya milik Panglima Hitam, pengawal peribadi Raja Kecil...
It is said to belong to Panglima Hitam, a personal bodyguard of Raja Kecil...





No comments:

Post a Comment