Salam semua. Sudah hampir 2 bulan blogspot ini tidak dikemaskinikan. Biar kesepian dipecahkan dengan perkongsian tentang beberapa bangunan bersejarah di Kuala Lumpur.
Peace be upon you all. It's almost 2 months this blogspot has not been updated. Let the silence be broken with sharing on some historical buildings in Kuala Lumpur.
Salah satu bangunan paling ikonik di bandar raya ini adalah stesyen lama kereta api.
Among the most iconic building in this city is the old train station.
Dibuka tahun 1910 ia adalah stesyen kereta api paling utama di Kuala Lumpur malah seluruh Semenanjung Tanah Melayu juga seluruh Malaysia.
Opened in 1910 it was the main train station in Kuala Lumpur in fact the whole of the Malay Peninsular also the whole of Malaysia.
Ia terus menjadi stesyen utama sehinggalah stesyen KL Sentral dibuka tahun 2001 satu kilometer ke selatan mengambil alih fungsinya.
It remains the main station until the KL Sentral station was opened in the year 2001 a kilometre to the south taking over its functions.
Sekarang ia cuma berfungsi sebagai salah satu stesyen untuk kereta api Komuter...
Now it only functions as one of the stations for the Komuter trains...
Ini merujuk pada perkhidmatan kereta api ulang alik tempatan meliputi Lembah Klang dan beberapa kawasan luar.
This refers to the service of local commuting trains covering the Klang Valley and some areas outside.
No comments:
Post a Comment