Bersambung daripada Surau (Praying hall of) Tok Khalifah.
Continuing from Surau (Praying hall of) Tok Khalifah.
Lewat petang hampir jam 7 saya singgah di surau ini.
Late afternoon almost at 7 I stopped by at this praying hall.
Namanya Surau Radiah. Letaknya di satu kawasan bernama Pulau Ganda Suli.
Its name is Surau (Praying hall of) Radiah. It is located at a place called Pulau (island) Ganda Suli.
Dahulu kawasan tersebut memang sebuah pulau. Kemudian sebahagian besar Sungai Bernam yang mengelilingi telah dikeringkan menjadi daratan yang bersambung dengan tanah besar negeri Selangor.
Once the area was indeed an island. Then a big portion of the Bernam river which surrounded it was dried up to become land connected with the main mass of the state of Selangor.
Tidak saya ketahui ketika sampai rupa-rupanya Pulau Ganda Suli terletak di dalam negeri Perak.
I didn't know when arriving that actually the island of Ganda Suli is located in the state of Perak.
Ini kerana sebelum menjadi pulau ia sebenarnya adalah tanah dengan tanjung yang bersambung dengan tanah besar negeri Perak. Untuk makluman ini adalah artikel ke 2,112 di blogspot ini.
This is because before becoming an island it is actually land with a cape connected to the main land mass of the state of Perak. For information this is the 2,112 article in this blogspot.
No comments:
Post a Comment