Bersambung daripada Lawatan baru ke (New visit to) Masjid (Mosque of) Sultan Salahuddin, Shah Alam.
Continuing from Lawatan baru ke (New visit to) Masjid (Mosque of) Sultan Salahuddin, Shah Alam.
Selepas tengah hari pergi ke kampus utama UiTM (University Teknologi MARA) lalu ke bangunan utama atas bukit.
After noon went to the main campus of UiTM (MARA Technology University) on to the main building on top of a hill.
Kelihatan ada pameran menunjukkan gambar bekas pelajar-pelajar yang telah mencipta nama.
Could be seen exhibition showing pictures of alumni who have made names.
Ada yang menjadi ahli politik, tokoh korporat, pelakon, pengarah dan penyanyi.
There are those who became politicians, corporate figures, actors, directors and singers.
Namun apa yang menyentak saya adalah kata-kata misi para peneraju awal universiti, dahulu institut yang cuma menawarkan sijil hingga ke peringkat diploma sahaja.
But what struck me are the words of mission of the early pioneers of the university, once upon a time an institute that only offered certificates up to diploma level.
Sekarang UiTM sudah melahirkan lebih 100,000 graduan yang berjasa dalam banyak bidang di Malaysia malah di luar negara. Ia sendiri menjalinkan hubungan dengan institusi-institusi seluruh dunia.
Now UiTM has produced more than 100,000 graduates who contribute to many field in Malaysia in fact overseas. It itself has made ties to institutions all around the world.








No comments:
Post a Comment