Bersambung daripada Masjid (Mosque of) Dato' Haji Kamaruddin, Petaling Jaya.
Continuing from Masjid (Mosque of) Dato' Haji Kamaruddin, Petaling Jaya.
Pagi Sabtu 20 September 2025. Saya membawa isteri dan seorang anak bersarapan di Tanjung Malim. Tergerak masuk ke kampus UPSI (Universiti Pendidikan Sultan Idris) lalu ke bangunan utama asalnya yang telah dijadikan Muzium Pendidikan Nasional.
Saturday morning 20th September 2025. I brought the wife and a son for breakfast in Tanjung Malim. Felt like entering the UPSI (Sultan Idris Education University) campus on to its original main building which has been turn into the National Education Museum.
Muzium ini mengabadikan sejarah pendidikan moden di Malaysia.
The museum immortalises history of modern education in Malaysia.
Ini termasuk sejarah UPSI yang bermula sebagai Sultan Idris Teaching College tahun 1922 untuk mendidik bakal guru.
This includes history of UPSI which starts as Sultan Idris Teaching College in the year 1922 to educate future teachers.
Ia melalui beberapa fasa peningkatan fungsi sebelum menjadi universiti khas untuk guru tahun 1997.
It went through a number of phases upgrading functions before becoming university specifically for teachers in the year 1997.









No comments:
Post a Comment