Yang ini pula adalah masjid lama Kampung Gajah di Perak. Minta maaflah kerana gambar ini kelam... Sebab diambil semasa waktu Subuh selepas bermalam seorang diri di sana. Kalau mahu gambar yang lebih cantik, saya harus menunggu sehingga matahari naik tetapi saya pula tidak dapat menahan kehendak untuk terus mengembara, maka cukuplah gambar ini sebagai kenangan.
This one is the old mosque of Kampung Gajah in Perak. Sorry, the picture is dim... Because it was taken during Subuh (before dawn) after I spent the night alone there. For a nicer picture, one would have to wait till the sun is up but I was too restless to continue travelling, so this picture should be good enough for remembrance.
Untuk pengetahuan, masjid berusia lebih 100 tahun ini sudah jarang digunakan. Pagi itu, terdapat cuma 3 orang bersolat Subuh sahaja, seorang imam dengan 2 orang makmum termasuk saya. Mungkin kerana sudah ada masjid lebih besar dan moden di seberang jalan besar, sekitar 500 meter daripada sana?
For information, the 100-plus year-old mosque is hardly used anymore. That morning, there were only 3 people for the Subuh prayers, the imam (leader of prayer) and 2 behind including me. Maybe because there is a much bigger and modern mosque across the main street, some 500 metres from there?
Sepatutnya solat Jumaat dijalankan secara bergilir2 mengikut minggu di antara masjid lama dan masjid baru. Itulah persetujuan yang dibuat semasa masjis baru siap dibina dahulu. Entah masih diikuti atau tidak, wallahua'lam.
ReplyDeletehud
Masjid lama kampung gajah kini meriah. Jika penulis tidak keberatan, kunjunglah ke masjid lama kampung gajah. Kedatangan anda amat di alu2kan. Masjid yang dahulunya suram kini menjadi masjid no 1 di kampung gajah dengan pengajian harian yang padat diisi oleh ustaz2, tuan guru dan sesekali diserikan oleh tokoh agama seperti ustaz sidek noor, yab dato nizar, tuan ibrahim tuan man, ust sharil long.
ReplyDeleteTerima kasih kerana memberitahu. Insyaallah kalau lalu di situ saya akan singgah. :]
ReplyDeleteTERUSKAN PERJUANGAN!!!
ReplyDelete