Sunday, November 19, 2006

Masjid Batak Rabit (Batak Rabit Mosque)



OK... Biar kita mulakan dengan gambar masjid lama di Kampung Batak Rabit, Teluk Intan, Perak. Struktur asal masjid ini dikatakan berumur tidak kurang daripada 100 tahun. Beberapa tambahan moden telah dibuat termasuk dalam tahun ini. Rasanya pembaca dapat melihat sendiri yang mana bahagian baru, yang mana lama.
OK... Let me start with this picture of the old mosques at Kampung Batak Rabit, Teluk Intan, Perak. The original structure of the mosque is said to be not less than 100 years old. Some modern renovations have been made including this year. I believe readers can see for themselves which part is new, which part is old.

Apapun, saya lebih tertarik pada bentuk ukiran kayu yang terdapat di hujung setiap sudut bumbung seperti yang kelihatan di bahagian kubah dan menara masjid di atas, ukiran yang terjulur ke bawah seperti lidah gayanya . Saya pun tidak apakah namanya, tetapi ada orang beritahu itulah yang dipanggil "sulur bayur", wallahualam.
Whatever, I'm more interested in the particular wood-carving design at the corners of the roof as can be seen at the middle-part and the tower of the mosque, the carving pointing downwards like some sort of tounge. I don't know what it's called but some people say that is the "sulur bayur", God knows best.

Insyaallah saya akan sertakan beberapa buah gambar masjid atau rumah Melayu lama dengan tema senibina yang serupa terutama bahagian "lidah" terjulur itu. Tunggu...
God willing, I will post more pictures of mosques or old Malay houses with similar theme and design especially with the "tounge". Just wait...


4 comments:

  1. sejahtera...

    Rasanya, bentuk asal masjid ni dah di tokok tambah.Mungkin terdapat pengubahsuaian.Biasanya Hanya satu bangunan dan kadang2 ada Menara Azan.

    Masjid begini sama sepert masjid Demak (Jawa),Kg Laut(kalau tak salah),beberapa tempat lain seluruh Mlaysia.

    Masjid Bumbung TIGA LAPIS mempunyai falsafah Islam yang sangat tinggi.

    1.Atap pertama-menjunjung Syariat
    2.Atap kedua-menguasai Hakikat
    3.Atap ketiga-mencapai Maarifat
    dan puncak(Telunjuk Langit/kadang2 bentuk bulansabit bintang) perjalanan tamat,sampai ke ALLAH swt yang SATU semula.

    Seluruh bentuk masjid menggambarkan jiwa hHAMBA yang ingin kembabli ke TUANnya.Kalau tak salah, falsafah dari para Wali Songo.

    Sekadar berkongsi.
    Kalau salah tolong betulkan.
    Terima Kasih

    ReplyDelete
  2. Terimakasih saudara di atas kerana sudi memberikan pandangan. Memang apa yang saudara sebut itu termasuk dalam falsafah pembinaan sesetengah masjid tetapi tidaklah muktamad. Ada pihak yang melihat daripada sudut lain maka itulah saya galakkan sesiapa pun menyumbangkan pandangan di sini... Silakan!

    ReplyDelete
  3. SALAM Sahabat,

    Aku tengok pun masjid bumbung 3 tingkat macam ni, memang kebanyakkan ada kat nusantara ni.

    Itu bentuk awal dalam binaan masjid kat "area" sini.Masjid Demak Jawa tu bukan yg terawal, ada yg lagi tua dari tu,"Masjid Tiban" kot namanya.Tapi bentuk asalnya sama jer...cuma "Decorative" macam sulur bayur,tetupai,lebah bergayut,buah butung,tapak tiang, mihrab,mimbar dll dibentuk berbeza dan ada yg diletak ada pulak yg tiada......sebab bertingkat 3 tu, utk nutralkan falsafah Hindu/Budhha yg bina kuil bumbung bertingkat 7 atau 9,yg menggambarkan 7 tingkat alam kehidupan.Bukan mudah beb...

    Kat sini banyak bahan binaan dari kayu,masalahnya kayu tak tahan lama tu sebabnya tak banyak binaan lama dapat dikekalkan,samada masjid atau Istana2 lama.Sayangggg.....kita dah hilang buah tangan moyang.

    Kalau Saudara Merah...,tengok filem P.Ramli "Semerah Padi".....hmmm ha!! bentuk rumah Penghulu Semerah Padi tu la salah satu,bentuk senibina Aceh lama.Bangunan dan tiang serambinya Senget/condong 60darjah dan ada ukiran asli tempatan,pengambarannya kat Aceh.

    Masjid kubah bebawang,bentuk yg datang kemudian sikit kot,baru sikit kat nusantara ni.Bahannya dari zink,konkrit atau batu,moden sikit la...

    Tapi, falsafah dua bentuk masjid ni ,sama aje macam yg kawan kita bagi komen yg pertama tu,...Falsafah KESATUAN (dari TITIK ke BARIS keTITIK)..Falsafah Sufism,....Dimana masjid kubah satu/bertingkat menggambarkan Abid yg sedang duduk Iktikaf/ibadah kpd Tuhan...idea SATU TITIK ni mungkin juga dr kedudukkan Kaabah yg di Tawafi, orang pro panggil bentuk SEPUSAT.Entah kenapa agaknya! bentuk kubah bebawang ni tak de kat komplek Masjidil Haram...yg ada tu kubah2 yg comel ajer....muskil aku!!!

    Lebih kurang begitu lah fakta yg aku masih ingat masa sekolah dulu...kah!kah!kah!...Kalau korang kata salah,ikut korang lah,mungkin salibus tak sama kot...Tapi aku lulus subjek tu....hehehhh

    spontan dariku,

    ReplyDelete
  4. Hmm... Nampaknya saudara Alli memiliki pengetahuan yang agak luas mengenai senibina Melayu... Istilah yang saudara gunakan, sulur bayur, lebah bergayut dan sebagainya menunjukkan saudara telah mengkaji sedikit sebanyak tentang ini... Silakan saudara, teruskan memberi input yang berguna. Salam!

    ReplyDelete