Saturday, November 18, 2006

Mukadimah (Introduction)

Assalamualaikum para pembaca sekalian. Tadi, saya tergerak untuk membuka blogspot baru sebagai kesinambungan 2 blogspot saya, "Catatan Si Merah Silu" yang ditulis dalam Bahasa Melayu dan "Berpetualang ke Aceh" dalam Bahasa Inggeris. Kenapa blogspot baru? Kenapa tidak terus menggunakan apa yang sedia ada? Ini kerana saya mahu blogspot ini boleh digunakan sepenuhnya sebagai wadah perbincangan mengenai seni Melayu lama, terutama seni pembinaan rumah tradisional. Dan saya mahu blogspot ini menggunakan kedua-duanya Bahasa Melayu dan Inggeris supaya boleh ditatap pembaca semua golongan.
Greetings dear readers. Just now I was moved to start a new blogspot as a continuation to the 2 blogspots I already have, "Catatan Si Merah Silu" which is presented in Malay and "Berpetualang ke Aceh" in English. Why new blogspot? Why not just stick and use the present existing ones? Well, this is because I want to fully use this blogspot to discuss olden Malay art especially traditional house-building. And I want this blogspot to use both Malay and English so that it can be appreciated by readers from all walks of life.

Terus terang saya mengaku bukan pakar seni, tetapi minat dan rasa itu kuat, maka biarlah apa yang menarik minat itu dapat dikongsi bersama. Semoga dengan cara itu, secara tidak dirancang, pengetahuan saya juga para pembaca sekalian akan bertambah hasil komen orang yang lebih mengetahui? Selain itu, mungkin juga ia dapat membuka mata pembaca di luar Malaysia untuk mengenali seni lama Melayu. Insyaallah... Mari kita mulakan!
Frankly, I'm no expert in arts but the interest and feel is strong, so let's just share whatever catches our attention OK! Hopefully, this would indirectly increase my knowledge on the matter, and of course yours too through the comments of those who know more? Besides, it might just open the eyes of readers outside Malaysia to learn about Malay olden art. God willing... Let us start!

3 comments:

  1. Kiranya dapatlah saudara paparkan pengasas setiap masjid-masjid ini....pasti ada sejarah yang menarik untuk dikongsikan.

    ReplyDelete
  2. Insyaallah saya akan cuba... Saya telah mengembara ke merata pelusuk tanah Melayu dan selalu bermalam di masjid-masjid lama tetapi dalam satu perjalanan di Perak 3 bulan lepas baru saya tergerak untuk merakamkan sedikit di dalam kamera...
    Sebelum ini, saya tidak tergerak untuk merakamkan perjalanan saya untuk tatapan orang lain tetapi pada 9 September, saya telah menghadiri peristiwa bersejarah seorang moyang yang jenazahnya dikorek keluar daripada Singapura kemudian dibawa balik ke Perak dan ditanam kembali di makam diraja Bukit Chandan.
    Seorang kawan meminta saya menulis artikel mengenainya dan pada masa itulah saya tergerak meminjam kamera digital sepupu untuk dibawa bersama... Hasilnya termasuklah gambar-gambar masjid yang anda lihat dalam blogspot ini... Salam!
    Oh... Masjid lama Batak Rabit ini adalah masjid utama semasa Perak dibawah pemerintahan Sultan Abdullah yang menandatangani Perjanjian Pangkor 1874. Memang struktur asalnya banyak berubah tetapi bangunan menara dan kubah itu rasanya memang yang asal, juga bahagian dalam yang disangga 4 tiang seri. Ia terletak di dalam kawasan tanah wakaf keluarga Laksamana Raja Mahkota Perak... Dahukala, semua ini termasuk di dalam lingkungan kota diraja tetapi kota ini dimusnahkan British dalam perang akibat pembunuhan J.W.W. Birch tahun 1875.

    ReplyDelete