Thursday, July 26, 2007

Bangunan-bangunan sekitar Kuala Kangsar (Building in and around Kuala Kangsar)

Hmm... Rasanya biar saya sebut di manakah gambar-gambar in diambil setakat yang saya ingat tanpa memanjangkan cerita ya... Sambil itu perhatikan rekabentuk bangunan-bangunan ini dan buatlah kesimpulan sendiri. Sila...
Hmm... Me feels let's just mention where these pictures were snapped as far as I can remember without lengthening the story ya... Meanwhile, look at the design of the buildings and make your own conclusions. Go on...

Sebuah bangunan moden berhadapan Sekolah Menengah Clifford...
A modern building in front of the Clifford Secondary School...




Sebuah menara rehat tidak jauh daripada bangunan tadi...
A tower for rest not far from the previous building...


Sebuah rumah lama Melayu berdekatan Kati, kira-kira 10km utara Kuala Kangsar

An old Malay house near Kati, about 10km north of Kuala Kangsar


Museum Bukit Chandan yang pernah menjadi istana diraja tahun 1920an begitu...

Bukit Chandan museum which was once a royal palace in the 1920s or so...


Istana Iskandariah di Bukit Chandan, tempat utama adat-istiadat keluarga diraja Perak sejak Kuala Kangsar dibuka tahun 1880an...

The Iskandariah Palace at Bukit Chandan, the main place of the Perak family royal functions since Kuala Kangsar was opened in the 1880s...


Masjid Ubuddiyah, tidak jauh daripada Istana Iskandariah...

The Ubuddiyah mosque, not far from the Iskandariah Palace...




Sebuah rumah Melayu lama di Kota Lama Kanan, berseberangan Sungai Perak...
An old Malay house at Kota Lama Kanan, the other side of the Perak river...



Sebuah rumah Melayu lama di persimpangan ke Jambatan Sultan Abdul Jalil dengan Jalan Daeng Selili...

An old Malay house at the junction to the Sultan Abdul Jalil Bridge and Jalan (street of) Daeng Selili...


Jeti untuk menyeberangi Sungai Perak...

Jetty for crossing the Perak river...


Sebuah rumah lama di Sayong,, tebing kanan Sungai Perak...

An old house in Sayong, at the right bank of the Perak river...

Sebuah rumah tinggal di Sayong... Itu dia...

An abandoned house in Sayong... That's it...

6 comments:

  1. Salaam...
    Sekadar berkongsi ilmu dgn Pencinta Seni & Budaya khususnya Seni Melayu Tradisional...

    "Lidah terjulur" pd bangunan lama yg sering digunapakai , dlm istilah seninya merujuk kpd "papan kepala cicak." Papan ini diukir berdasarkan pola/ motif tertentu. Berdasarkan kajian, papan kepala cicak ini terdapat byk di negeri kedah dan p. pinang berbanding perak, melaka, kelantan & terengganu. Kedudukan papan kepala cicak ini biasanya terletak di pinggir sudut cucuran atap yang menjadi pelengkap kpd pola ukiran papan pator dan papan pemeleh/ meleh. Selain itu, papan kepala cicak ini turut ditemui kedudukannya pd pinggir sudut cucuran tebar layar dan para (dapur). Sekiranya kayu buton dipasang dgn kedudukan menegak ke atas pada puncak @ kubah masjid, papan kepala cicak ini pula dipasang dgn kedudukan menjunam/menghunjam ke bawah. Ukiran ini bukan sekadar indah dipandang kerana nilai estetikanya, malah dr sisi yg lain memancarkan intipati falsafah pemikiran masyarakat Melayu lama dalam menciptanya.

    ReplyDelete
  2. salam
    sy cuma nk tahu lebih lanjut mengenai rumah melayu lama Kota Lama Kanan, berseberangan Sungai Perak... dn Sebuah rumah Melayu lama di persimpangan ke Jambatan Sultan Abdul Jalil dengan Jalan Daeng Selili...saudara ade x buat kajian / study sedikit sebyk psl kedua2 buah rumah ni?
    sbb sye ade jmpe rumh nie, tpi x byk info yg dpt. sy perlukn info utk kajian sye mgnai rumah melayu perak (rumah pembesar)di kk. TK

    ReplyDelete
  3. Wassalam. Maaf, saya tidak ada membuat kajian secara terperinci. Apa yang saya rekodkan adalah secara rambang sambil mengembara. Diharap sesiapa di luar sana yang lebih tahu dapat berkongsi ilmu...

    ReplyDelete
  4. Salaam...
    Saudara Hazique

    Sekiranya ingin mendapatkan info ttg rumah tradisi Melayu, saya mencadangkan agar saudara dpt menjalankan kajian literatur dgn merujuk kpd tesis The Perak Kutai Asli Malay House: Form, Function and Meaning oleh Prof Dr. Anuar bin Talib (Blh dptkan rujukan di PTAR 1 UiTM Shah Alam).

    Rujukan lain:
    - The Architectural Heritage of The Malay World (Mohamad Tajuddin Mohamad Rasdi)
    - The Traditional Malay House (Abd Halim Nasir & Wan Hashim Wan Teh)
    - Pola-Pola Hiasan di Dalam Bangunan Tradisional Melayu (Zulkifli Hanafi)
    - dll

    ReplyDelete
  5. salam.
    sekadar ingin menambah beberapa maklumat.
    1. gambar pertama merupakan bangunan hospital pertama di kuala kangsar. kat situ dah ade papan kenyataannya.

    2. bangunan kedua, menara pavilion, digunakan oleh Sultan untuk berehat setelah bermain polo.
    http://www.mpkkpk.gov.my/pavilion

    3. gmbr ke-4, museum bukit chandan atau istana kenangan.. skarang ni kat dlm ni dh tak banyak barang dah. kalau nk tgk senibina yg unik boleh la..

    di kuala kangsar sebenarnya byk lagi istana lama yg mempunyai bntuk binaan yg menarik. ade juga yang masih diduduki. di bukit chandan ade 2. dan di jalan tun razak bdekatan dgn MCKK ade satu. jemput2 la jenguk n bongkar cerita :)

    saye dah add anda kat fb dgn nama lurvelylynn. tingin nak tunjuk gmbr2 bangunan2 menarik kat kuala kangsar nie. :) harap approve

    ReplyDelete
  6. Sy Ada rumah kayu kecil Di Kuala sayong hulu.. Rumah kayu lama yg dibina semula..

    ReplyDelete