Greetings dear friends and readers. I am currently in Kulim, staying at a friends house. I myself am not sure whether I've ever been to this town in Kedah or not, maybe I did sometime ago when travelling using a big bike, maybe not. This is because when travelling up north of the Peninsular, I often use the Seberang Prai/ Butterworth route while Kulim is situated some 40km east of that.
Apapun, kali ini saya menulis untuk menyambung gerak hati yang muncul di Sungai Petani semalam, gerak hati yang membuat saya mahu bercerita panjang lebar tentang Masjid lama Perak yang terbiar (An old and abandoned mosque in Perak)... dan Masjid lama Batak Rabit (The old mosque of Batak Rabit).... Untuk makluman, saya merancang untuk masuk ke Perak esok hari... Rasa tidak lengkap jika tidak disajikan terlebih dahulu sebuah cerita bergambar tentang makam diraja Perak yang dibuat berdasarkan lawatan terakhir saya ke sana September lepas. Sila... :]
Whatever, this time I'm writing to continue a wave of inspiration which came at Sungai Petani last night, inspiration which made me want to expand some stories on Masjid lama Perak yang terbiar (An old and abandoned mosque in Perak)... and Masjid lama Batak Rabit (The old mosque of Batak Rabit).... For information, I plan to enter Perak tomorrow... Feels uncomplete if a story on the royal mausoleum of Perak is not served based on my last visit there last September. Come... :]
Bersebelahan Masjid Ubudiyah yang terkenal di Bukit Chandan, dalam bandar diraja Kuala Kangsar. terletak makam diraja Perak yang mengandungi makam-makam serta kubur para pemerintah dan kerabat diraja terdekat sejak bandar ini dibuka sekitar tahun 1880s. Kalau tak salah ingatan, terdapat makam 7 orang Sultan Perak di sini!
Just beside the famous Masjid (mosque) Ubudiyah at Bukit Chandan in the royal town of Kuala Kangsar, there lies the royal mausoleum of Perak which houses the tombs and graves of rulers and close members of the royalty since the town was opened sometime in the 1880s. If memory serves right, there are tombs of 7 Sultans of Perak here!
Kawasan pemakaman ini tidak terbuka kepada orang awam memandangkan ia adalah makam diraja. Saya pula sering melawatnya apabila berada Kuala Kangsar kerana ada kaitan tertentu dengannya...
This area is not open to public as it is after all the royal mausoleum. On the other hand, I often visit it when in Kuala Kangsar because of certain connections to it...
Ini adalah makam Sultan Idris I (memerintah 1887-1916), Sultan Perak yang pertama dimakamkan di sini. Sultan Perak yang ke 28 ini memecah tradisi sejarah keSultanan Perak yang meliputi hampir 500 tahun kerana merupakan pemerintah pertama keturunan ini yang membuat ibunegeri di tebing kiri Sungai Perak.
This is the tomb of Sultan Idris I (ruled 1887-1916), the first Perak Sultan buried here. The 28th Sultan of Perak broke the Perak Sultanate tradition which covers almost a period of 500 years by being the first ruler of this bloodline to built a capital on the left side of the Perak river.
Menurut perjanjian lama Sultan pertama Perak, Sultan Muzaffar Shah (1528-1549) dengan seorang pembesar perempuan penuh misteri yang dikenali sebagai Tok Temong, anak cucu baginda akan memerintah di kawasan tebing kanan Sungai Perak sementara anak cucu pembesar itu memerintah di sebelah kiri. Sebab itu makam-makam Sultan Perak sebelum kemunculan Sultan Idris terletak di tebing kanan. Menurut satu cerita pula Sultan Idris I telah mendapat kebenaran pihak tertentu untuk turut memerintah kawasan tebing kiri. Maka bandar diraja Kuala Kangsar pun dibuka lalu menjadi tempat bersemayam Sultan-sultan kemudian.
According to the old treaty between the first Perak Sultan, Sultan Muzaffar Shah (1528-1549) and Tok Temong, a mysterious female noble, his offsprings would rule the area on the right side of the Perak river while her offsprings rule the left. That's why the tombs of Perak Sultans before Sultan Idris are situated on the left bank. According to one story though, Sultan Idris have received the approval of certain parties to also rule the left side. And so the royal town of Kuala Kangsar was opened and became the place of residence for later Sultans.
Kalau tak salah ingatan, ini pula adalah makam Sultan Idris II (memerintah 1963-1984), Sultan Perak ke 33. Baginda ialah anakanda Sultan Alang Iskandar (1918-1938) ibni Sultan Idris I.
If not mistaken, this is the tomb of Sultan Idris II (ruled 1963-1984), the 33rd Sultan of Perak. He is the son of Sultan Alang Iskandar (1918-1938) the son of Sultan Idris I.
Adapun, bapa Sultan Idris I adalah Raja Bendahara Alang Iskandar. Maka nama pemilik makam ini ialah Idris bin Alang Iskandar bin Idris bin Alang Iskandar!
As it turns out, the father to Sultan Idris I is Raja Bendahara (something like a royal prime minister) Alang Iskandar. So the name of the person buried here is Idris bin (the son of) Alang Iskandar bin Idris bin Alang Iskandar!
Ini adalah makam Sultan Abdullah Muhammad II (1874-1877), lebih dikenali sebagai Sultan Abdullah yang dibuang ke Pulau Seychelles kerana dikatakan terlibat dalam pembunuhan resident Inggeris J.W.W. Birch tahun 1875. Sultan Perak ke 26 ini sempat kembali ke Perak lalu meninggal dunia di negeri asalnya setelah menerima 'pengampunan' pihak penjajah Inggeris.
This is the tomb of Sultan Abdullah Muhammad II (1874-1877), better known as the Sultan Abdullah who was exiled to the Seychelles Islands because he was said to be involved in the murder of the English Resident J.W.W. Birch in 1875. The 26th Sultan of Perak managed to return to his native state after being 'pardoned' by the English colonialists.
Al-Fatihah untuk almarhum Laksamana Raja Mahkota Muhammad Amin yang jenazahnya dikembalikan ke Perak setelah 'melangut' hampir seratus tahun di Singapura. Seperti Sultan Abdullah, beliau juga dikaitkan dengan pembunuhan Birch lalu dibuang negeri ke Seychelles. Tetapi beliau tidak dibenarkan kembali ke negeri asalnya lalu meninggal dunia dalam buangan. Syukur kepada Tuhan, jasadnya telah dikembalikan penuh istiadat di sini 9 September 2006. Untuk cerita bergambar tentang ini, klik Pengembalian jenazah Laksamana Muhammad Amin ke Makam Diraja Perak (The return of Admiral Muhammad Amin's remains to the royal mausoleum of Perak)
Al-Fatihah to the late Laksamana Raja Mahkota Muhammad Amin whose remains was returned to Perak after languishing in Singapore for almost a hundered years. Like Sultan Abdullah, he was also implicated in the murder of Birch and was exiled to the Seychelles. But he was not allowed to return to his native state and thus died in exile. Thank God , his body was ceremoniously returned here on 9th September 2006. For a pictorial story on it, click Pengembalian jenazah Laksamana Muhammad Amin ke Makam Diraja Perak (The return of Admiral Muhammad Amin's remains to the royal mausoleum of Perak)
Semasa meninggalkan makam diraja Perak hari itu, timbul rasa tertarik untuk mengambil gambar ini. Kelihatan dengan terang kawasan lapang di sebelah kanan. Apakah ia bakal menyambut 'tetamu' tidak lama lagi? Sekian gerak hati untuk cerita-cerita mengenai Perak buat masa ini. Wassalam!
While leaving the royal mausoleum of Perak, came the urge to take this picture. The clearing on the right is so apparent. Will it receive a 'guest' soon? That's it, enough stories on Perak for the moment. Peace!
Nic pic. Saya juga ada melawat ke Makam diRaja berkenaan. Memang tu Makam Marhum Ideris. Ianya diperbuat daripada batu mamar putih dari itali dengan ukiran bunga ros lebih kurang 3 inci dari permukaan. Harganya kalau tak silap saya masa tu RM120,000.00 tanpa tax.
ReplyDeleteDikawasan nie juga terdapatnya makam ayahanda Tuanku Bainun.
Keep in touch . tengku_104@hotmail.com
Nice pic. Saya juga ada melawat ke Makam diRaja berkenaan. Memang tu Makam Marhum Ideris. Ianya diperbuat daripada batu mamar putih dari itali dengan ukiran bunga ros lebih kurang 3 inci dari permukaan. Harganya kalau tak silap saya masa tu RM120,000.00 tanpa tax.
ReplyDeleteDikawasan nie juga terdapatnya makam ayahanda Tuanku Bainun.
Keep in touch . tengku_104@hotmail.com
Salam, saya dah menziarahi makam diraja Perak. Hadir kerana diarahkan ke makam tersebut. Yang menariknya, saya mendapat mimpi terlebih dahulu sebelum pergi ke makam diraja. Terlebih menarik adalah apa yang saya mimpikan sama betul dengan apa yang saya lihat sebenarnya. Makam Marhum Idris ibni Marhum Alang Iskandar berserta ukiran bunga ros yang besar tu betul bertepatan dengan mimpi saya. Mimpi saya membawa saya ke beberapa makam diraja Perak yang lain. Di saat saya menjejaki setiap mimpi tersebut secara realiti, saya mendapati semua mimpi itu adalah benar dan tepat. Perjalanan saya menelusuri mimpi2 tersebut adalah untuk mencari kepastian akan kebenaran mimpi2 yang saya alami selama ini dan perjalanan berakhir di Makam Raja Bendahara Alang Iskandar yang mana makam ini dibina lebih tinggi daripada makam2 diraja Perak yang lain. Barangkali ada hubungan darah yang telah disembunyikan.
ReplyDelete....Puteri Aisyah
Salaam...
ReplyDeleteBerdebar pula saya membaca petikan tentang mimpi. Bukan taksub, tapi adakalanya saya sendiri tidak faham apa kaitannya. Apakah makna di sebalik mimpi yang terlebih dahulu membawa kita menjejak ke lokasi-lokasi tertentu sebelum melaluinya di alam realiti? Pengalaman ini turut saya lalui sewaktu berkunjung ke Masjid Wadi Al-Husein di Teluk Manok dan Masjid Kreesek di Patani...Sejak dari mula melangkahkan kaki memulakan perjalanan sehinggalah pada saat akhir melangkah pulang, semuanya telah dilalui terlebih dahulu dalam mimpi. Aneh, tapi itulah realiti...
Mungkin itulah yang dikatakan deja vu..
ReplyDeletesye pun mnerime nsib yg same..sjak kcil lgi,before pi mane2 tmpt brsejarah pasti akn deja vu n mostly mlalui mimpi.sometimes,lpas pi mne2 tmpt brsejarah sye akn mimpi yg kekadang mngerikan.prnh skli sye plng dri kg mkm,mlm tu sye mimpi yg trdpt 6 org pnjulang sdng julang sultan n then sultan mmndang sye dgn mke yg mnakutkn,,,grr!! mcm mrepek jer xpi mnakutkn
ReplyDelete