-----------------------

Tiga buku pertama yang ditulis dan diterbitkan saya.

The first three books written and published by me.

"Berpetualang ke Aceh: Mencari Diri dan Erti".

ISBN 983-42031-0-1, Jun 2006

"Berpetualang ke Aceh: Membela Syiar yang Asal"

ISBN 983-42031-1-x, Mei 2007

"Berpetualang ke Aceh: Sirih Pulang ke Gagang?"

ISBN 978-983-42031-2-2, November 2007

Buku keempat bertajuk "Rumah Azan". Diterbitkan April 2009 oleh syarikat Karnadya dengan pertolongan Dewan Bahasa dan Pustaka, buku ini memaparkan gambar-gambar cantik berserta cerita di sebalik masjid-masjid terpilih yang boleh dikaitkan dengan sejarah Melayu Islam dan pembentukan negara Malaysia.

The fourth book titled "Rumah Azan". Published in April 2009 by the company Karnadya with the help of Dewan Bahasa dan Pustaka, this book features beautiful pictures along with stories behind selected mosques which could be related to the history of Islam and the Malays and the formation of the nation of Malaysia.

Buku kelima saya "Ahlul Bait (Family) of Rasulullah SAW and Malay Sultanates" diterbitkan awal 2010. Ia merupakan terjemahan buku "Ahlul Bait (Keluarga) Rasulullah SAW dan Kesultanan Melayu" karangan Hj Muzaffar Mohamad dan Tun Suzana Othman ke dalam bahasa Inggeris untuk pasaran antarabangsa.

My fifth book "Ahlul Bait (Family) of Rasulullah SAW and Malay Sultanates" was published early 2010. It is a translation of the Malay-language book "Ahlul Bait (Keluarga) Rasulullah SAW dan Kesultanan Melayu" authored by Hj Muzaffar Mohamad and Tun Suzana Othman turned into English for the international market.

Seperti buku ke-empat saya "Rumah Azan", buku ke-enam "Kereta Api Menuju Destinasi" juga adalah buku mewah yang diterbitkan oleh syarikat Karnadya dengan kerjasama Dewan Bahasa dan Pustaka. Keluar Januari 2011 ia memaparkan gambar dan cerita tentang pengembaraan menaiki keretapi ke seluruh Semenanjung Malaysia berserta tempat-tempat menarik yang boleh dicapai dengan cara ini.

Like my fourth book "Rumah Azan", the sixth book "Kereta Api Menuju Destinasi" is also a coffee-table book which is published by the company Karnadya with the cooperation of Dewan Bahasa dan Pustaka (the main Malay literary body in Malaysia). Coming out January 2011 it features pictures and stories on the adventure travelling by train to all of Peninsular Malaysia along with the interesting places which could be reached this way.

Buku ketujuh saya "Jejak keluarga Yakin : Satu sketsa sejarah" pula ada sebuah coffee-table book atau buku mewah yang ditulis, disunting, direkaletak dan gambar-gambarnya diambil sendiri oleh saya. Keluar dari kilang Oktober 2011, buku yang menggabungkan sejarah keluarga dengan sejarah tempat-tempat seperti Singapura, Johor, Batu Pahat, Muar malah ada sejarah Pulau Jawa dan Inggeris sekali ini telah diulas dengan saya ditemu ramah secara langsung dalam program Selamat Pagi Malaysia di RTM1. Lihat artikel Siaran langsung ulasan buku "Jejak keluarga Yakin : Satu sketsa sejarah" dan temu ramah di Selamat Pagi Malaysia. Sedikit isi terpilih ada dipaparkan dalam Sneak peek "Jejak keluarga Yakin : Satu sketsa sejarah".

My seventh book "Jejak keluarga Yakin : Satu sketsa sejarah" in turn is a coffee-table book which is written, editted, designed and has pictures taken by me. Coming out of the factory October 2011, this book which combines family history with history of places such as Singapura, Johor, Batu Pahat, Muar and in fact the history of the island of Java and England has been reviewed with me interviewed live in the program Selamat Pagi Malaysia at RTM1. Look at the article Siaran langsung ulasan buku "Jejak keluarga Yakin : Satu sketsa sejarah" dan temu ramah di Selamat Pagi Malaysia. Some selected contents have been featured in Sneak peek "Jejak keluarga Yakin : Satu sketsa sejarah".

----------------------------

Untuk maklumat lanjut sila masuk http://www.merahsilu.blogspot.com/

For more information, please enter http://www.merahsilu.blogspot.com/

----------------------------

Terbaru : Siri novel "Berpetualang ke Aceh" kini boleh didapati dalam bentuk e-book. Masuk http://www.e-sentral.com/, klik kategori novel am dan pergi ke mukasurat 4. Anda juga boleh taip perkataan "Aceh" pada kotak carian. Atau terus klik Buku 1, Buku 2 dan Buku 3.

Latest : The "Berpetualang ke Aceh" series of novels could now be obtained in e-book form. Enter http://www.e-sentral.com/, click general novel and go to page 4. You can also type the word "Aceh" at the search box. Or click straight Book 1, Book 2 and Book 3.

Thursday, July 19, 2007

Masjid lama Batak Rabit (The old mosque of Batak Rabit)

Assalamualaikum para pembaca sekalian. Dua hari lepas, saya telah meneliti gambar-gambar lama dalam koleksi saya... Timbul gerak untuk mengatur gambar-gambar ini dalam susunan tertentu supaya dapat dikongsi bersama dalam ketiga-tiga blogspot saya iaitu blogspot dwi-bahasa ini, blogspot bahasa Melayu CATATAN SI MERAH SILU dan blogspot bahasa Inggeris BERPETUALANG KE ACEH.
Greetings dear readers. Two days ago, I had a look at my old collection of pictures... Came the urge to arrange them in a certain manner so it can be shared at all my three blogspots, that is this bi-lingual blogspot, the Malay CATATAN SI MERAH SILU and English BERPETUALANG KE ACEH.
Setelah memikirkan segalanya, saya membuat keputusan akan menulis 14 cerita baru di blogspot ini berdasarkan gambar-gambar yang dipilih. Kebanyakan gambar lain akan digunakan untuk blogspot BERPETUALANG KE ACEH kerana ia lebih relevan dengan keadaan semasa.
After deliberating the issue, I made the decision to write 14 new stories on this blogspot based on some chosen pictures. Most of the other pictures will be used for the blogspot BERPETUALANG KE ACEH as it is more relevant to current condition.
Cerita demi cerita bergambar akan dipaparkan di sini bergantung pada kesempatan dan keluangan masa... Biar dimulakan dengan sedikit kisah sebuah masjid lama yang ada kaitan peribadi dengan keluarga saya... Berdasarkan gambar yang diambil bulan Disember. Sila...
Story after story with pictures will be shown here depending on opportunity and time... Let us start with one on an old mosque which has personal connections with my family... Based on pictures taken in December. Do have a look...


Sekitar 6km daripada bandar Teluk Intan menghala ke Hutan Melintang juga jalan ke Lumut dan Manjung, kelihatan sebuah masjid lama di tepi jalan yang mempunyai sejarahnya yang tersendiri. Inilah Masjid Batak Rabit, masjid utama Perak suatu masa dahulu...

Some 6km from the town of Teluk Intan heading towards Hutan Melintang, also the road to Lumut and Manjung, can be seen and old mosque beside the road which has its own history. This is Masjid Batak Rabit, the main mosque of Perak once upon a time...


Sepanjang pembacaan dan pengkajian saya tentang sejarah Perak, tidak pernah ada sesiapa pun menyatakan masjid ini pernah menjadi masjid utama Perak. Yang peliknya, semasa menulis artikel ini di sebuah Internet Cafe di Sungai Petani, Kedah, tiba-tiba terpacul kenyataan yang boleh dikira agak besar ini. Bila masa pula masjid ini pernah menjadi masjid utama Perak? Kenapa saya berkata begitu sedangkan setahu saya, tidak pernah ada pihak yang mengatakannya? Apakah gerak hati yang muncul tiba-tiba ini?

In all my readings and research regarding the history of Perak, not once have I found anyone stating the mosque was one of the main mosque of Perak. Strangely, while writing this article at an Internet Cafe in Sungai Petani, Kedah, suddenly the rather big statement came out. When did this mosque ever become the main mosque of Perak? Why did I say this despite the fact that as far as I knew, nobody else have said so? What is this inspiration which suddenly came about?


Subhanallah! Memang sebelum ini saya pun tidak pernah terfikir bahawa masjid ini pernah menjadi masjid utama Perak. Yang penting bagi saya, ia mempunyai kaitan peribadi dengan diri ini kerana kawasan makam di sebelahnya adalah kawasan untuk keluarga sedangkan mengikut cerita orang-orang tua, masjid itu didirikan dalam kawasan wakaf tanah keluarga saya, keluarga Laksamana Raja Mahkota Perak. Maka cerita ini asalnya ingin dikeluarkan sebagai nostalgia peribadi ke atas masjid ini yang ingin dikongsi bersama. Tak sangka pula tiba-tiba arah cerita bertukar menjadi begini!.

Praise be to God! Before this, I never thought the mosque used to be the main mosque of Perak. What's important to me, it has personal connections to myself as the cemetery next to is an area reserved for my family members while the mosque itself was built within a land given out by the family, the family of Laksamana Raja Mahkota (Royal Admiral) of Perak. And so this story was original started as a nostalgic reflection on the mosque to be shared here. Never thought the narration could suddenly change direction like this!

Ah! Baru saya teringat kenapa saya berani berkata begitu. Adapun memang diketahui pengkaji sejarah, kawasan sekeliling Kampung Batak Rabit ini pernah menjadi pusat pemerintahan Perak semasa pemerintahan Sultan Abdullah Muhammad II (1874-1877). Sayangnya baginda dibuang negeri ke Pulau Seychelles di perairan Afrika kerana dikatakan terlibat dalam pakatan pembunuhan Residen Inggeris di Perak, J.W.W. Birch tahun 1875... Peristiwa yang terjadi akibat orang Melayu tidak berpuas hati dengan Perjanjian Pangkor 1874 yang memberi ruang untuk Inggeris bermaharajela di Tanah Melayu.

Ah! Now I remember why I dare said that. It is known by researchers on history, the area around Kampung (the village of) Batak Rabit was once the centre of Perak's administration under the rule of Sultan Abdullah Muhammad II (1874-1877). Too bad, he was exiled to the Seychelles Islands in the waters of Africa as he was said to be involved in the killing of the English Resident to Perak, J.W.W. Birch in 1875... An incident which happened because the Malays were not happy with the Pangkor Treaty of 1874 which gave the English the room to hold sway in the Malay lands.

Peristiwa ini serta perang Melayu-Inggeris yang berlaku menyebabkan kota Sultan Abdullah, istana serta banyak bangunan berkaitan dimusnahkan oleh Inggeris. Sejarah rasmi yang tercatat sekarang seolah-olah meminggirkan kenyataan bahawa Batak Rabit pernah menjadi ibunegeri Perak zaman itu. Fokus cerita terlalu banyak dialihkan pada perjuangan pihak Datuk Maharajalela, pembesar Melayu yang dikatakan paling bertanggungjawab dalam pembunuhan Birch. Lalu tak ramai yang tahu bagaimana tentangan Melayu terhadap Inggeris telah dirancang di Batak Rabit oleh pihak Sultan Abdullah, terutama orang kanan paling rapat baginda, Laksamana Raja Mahkota Muhammad Amin yang merupakan moyang kepada datuk saya!

This incident and the following Malay-English war saw the fort of Sultan Abdullah, the palace and many related buildings destroyed by the English. Official history as noted now seemed to pass by the fact that Batak Rabit was the Perak capital of the time. Too much focus was given to the fight of Datuk Maharajalela, the Malay noble said to be most involved in the killing of Birch. And so not many know about how the Malay's crusade against the English was planned in Batak Rabit by the side of Sultan Abdullah, especially by his closest aide, Laksamana Raja Mahkota Muhammad Amin who was the great-grandfather to my grandfather!

Bagaimanakah rapatnya mereka? Salasilah rasmi menyebut Sultan Abdullah dan Laksamana Muhammad Amin adalah saudara tiga pupu daripada pihak perempuan. Tetapi salasilah tidak rasmi yang diceritakan orang tertentu pula menyebut mereka adalah saudara sepupu di pihak lelaki malah Laksamana memang boleh menjadi raja! Ah... Kata-kata ini mungkin tidak akan menyenangkan setengah pihak yang mahu agar Laksamana cuma dianggap sebagai pembesar biasa sahaja! Biarkan... Suatu hari orang akan tahu kebenarannya... Sama seperti di Aceh dahulukala di mana seorang bakal raja sering terlebih dahulu menjadi laksamana yang turun ke padang terlibat dengan peperangan membela rakyat.

How close are they? The official genealogy said that Sultan Abdullah and Laksamana Muhammad Amin are third cousins from the female side. But the unofficial one mentioned by certain people says they are first cousins on the male side, in fact the Laksamana can become the king! Ah... This words might not please certain people who wants the Laksamana to considered as just another noble! Let it be... Some day people will know the truth... Just like in Aceh during the olden days when a king to be often becomes an admiral (the Laksamana) first to go on the ground and get involved in the fights for the people.

Allah! Saya dah terlalu banyak terluah kata-kata... Berbalik pada peranan Masjid Batak Rabit sebagai masjid utama Perak suatu masa dahulu. Memang sudah menjadi aturan adat Melayu dahulukala, di mana terdapat kota tempat raja memerintah, di situlah mesti ada sebuah masjid yang menjadi masjid utama raja juga masjid utama negeri. Maka itu apa hendak dihairankan jika benar Masjid Batak Rabit ini pernah menjadi masjid utama Perak?

Good Lord! I've already said too much... Back to Masjid Batak Rabit's role as the main mosque of Perak once upon a time. It is in the old Malay custom, where there is a fort or city in which the ruler resides, there also must exist a mosque which becomes the king's and the country's main mosque. So what is so strange if it's true Masjid Batak Rabit was once the main mosque of Perak?


Seterusnya, kalau sudah ternyata, masjid ini pernah menjadi masjid utama di Perak, maka apakah maknanya pada kawasan makam di sebelahnya? Dalam susunan pentadbiran Melayu lama, sepertimana berdekatan istana raja mesti ada masjid utama, begitu juga mesti ada kawasan pemakaman diraja di sebelahnya... Rasanya cukuplah kata-kata ini... Siapa yang faham, tahulah akan kebenarannya dan taraf sebenar keluarga Laksamana Raja Mahkota...

So it follows, if it is clear, the mosque was once the main mosque in Perak, so what does it say about the cemetery besides it? Under the old Malay administration and building code, just like there must be the main mosque next to the king's palace, there also must exist a royal burial ground besides. Methinks, enough of this words. Those who understand would know the truth and the true status of the Laksamana Raja Mahkota family...


Biar saya keluar daripada keadaan semangat berapi-api yang tiba-tiba muncul semasa mengarang cerita ini. Dalam gambar di atas ini terdapat makam bapa kepada bapa saya...

Let me get out of this mood of fiery spirit which came suddenly while writing this story. In the picture above is the grave to my father's father...

OK... Dalam gambar inipun orang mula beransur pergi meninggalkan masjid. Internet Cafe tempat saya menulis pun dah nak tutup. Wassalam!

OK... In this picture, even the people are leaving the mosque. The Internet Cafe where I'm writing this is also closing. Bye!


13 comments:

Anonymous said...

Assalamu'alaikum.

Saudara (Abang) Radzi, saya lama melawat laman blog ini. Lebih 2 bulan rasanya, kebetulan terjumpa ketika sedang mencari maklumat tentang sejarah di internet. Dalam lama rasa nak komen, tapi bertangguh-tangguh sebab tak sempat kerana guna internet di pejabat. Tapi hari ni dah tak tahan lagi. Rasa hati membuak-buak rasa nak munculkan diri. Rasa nak berkenalan dengan abang ni. Memandangkan minat dan kecenderungan yang sama dan kebetulan berasal dari daerah yang sama, Teluk Intan.

Saya Mohd Zahamri bin Nizar. Nama panggilan Zam, tinggal di Shah Alam, bekerja di Kompleks Taman Seni Islam Selangor, Shah Alam. Terlibat dalam bidang pendidikan seni Islam, minat tentang sejarah Melayu, seni bina lama dan macam-macam lagi.

Kampung halaman saya di Chenderong Balai. Tempat-tempat yang abang jejak di sekitar Teluk Intan tu, saya secara kebetulan pernah singgah. Pusara datuk saya terletak di Tanah Perkuburan di seberang jalan depan masjid Batak Rabit tu.

Mengenai Masjid Batak Rabit tu, dari pengetahuan saya tentang sejarah seni bina masjid Nusantara, pada pandangan saya ia menggabungkan seni bina Melayu dan Eropah. Struktur bangunan dan bumbungnya memang secara jelas menggunakan ciri-ciri atap tumpang yang lazim terdapat pada masjid seluruh Nusantara yang para sejarawan bersetuju berasal dari binaan masjid yang tertua masih kekal iaitu Masjid Demak. Manakala, struktur menaranya pula adalah satu-satunya yang seumpanyanya di Malaysia, sepanjang pengetahuan dan pengalaman saya melihat gambar-gambar masjid lama yang terdapat di seluruh negara melalui buku-buku. Pandangan ini juga pada saya adalah logik jika menara konkrit pada Masjid Jamek Lumut itu adalah tambahan baru dari binaan asal. Menara Masjid Batak Rabit tersebut dari segi struktur dan penggunaan bahan binaan (konkrit) langsung tiada persamaan dengan bentuk-bentuk menara pada masjid-masjid lama perak yang kebanyakannya menggunakan bahan kayu dan berbentuk 4 segi seperti yang terdapat pada Masjid Kampung Pulau Besar, Masjid Sayong dan lain-lain. Menara tersebut juga tidak sama dengan menara-menara konkrit seperti yang terdapat di Melaka yang lebih mirip kepada bentuk Pagoda lantaran pengaruh Cina di Melaka. Dalam hal ini saya lebih melihat persamaan bentuknya dengan menara pada Masjid Agung Banten, Jawa Barat yang keseluruhan kota lamanya pada zaman gemilang 'lenyap' kecuali masjidnya sahaja yang masih tinggal. Kedua-dua bentuk menara tersebut (Batak Rabit dan Banten) lebih mirip kepada struktur rumah api dan pengaruh seni bina Eropah (pandangan saya sahaja).

Menyebut soal masjid tersebut sebagai masjid 'utama' Perak pada masa dahulu saya juga mempunyai andaian tersendiri. Pendapat abang ada logiknya memandangkan kedudukan masjid tersebut yang terletak betul-betul di pinggir sungai. Sekiranya kawasan tersebut pernah menjadi pusat pemerintahan Sultan Abdullah Muhammad II (1874-1877), masjid tersebut sudah tentulah menjadi masjid utama. Bahkan, pada zaman pengusaan Inggeris, bandar Teluk Intan telah menjadi antara pintu utama kegiatan ekonomi dan pemerintahan Inggeris. Bijih timah dari Kinta di bawa menyusuri Sungai Perak ke Teluk Intan. Ingat tak bandar Teluk Intan dulu telah 'dibelah dua' untuk dibuat terusan untuk memudahkan pengangkutan air dan merancakkan perdagangan. Dalam tempoh itu juga lantasan kereta api telah di bina sehingga ke Teluk Intan. Maka, saya membayangkan betapa sibuknya laluan pengangkutan di Sungai Perak ketika itu, dan Batak Rabit berada di antara laluan dari Teluk Intan ke Bagan Datoh sebagai laluan keluar ke hilir Sungai Perak. Maka, saya berpandangan lagi, menara Masjid Batak Rabit bukan sekadar menyerupai rumah api, tetapi mungkin juga berfungsi sebagai rumah api bagi menandakan telah tiba berhampiran dengan bandar Teluk Intan (tapi setahu saya rumah api untuk panduan kapal di laut saja, di sungai tak pernah dengar pula).

Saya pernah beberapa kali singgah di masjid tersebut, kali terakhir (2 tahun lalu) pernah saya terpandang papan notis di hujung bahagian makam yang lebih kurang berbunyi 'Masjid ini di bina di atas tapak lama di sini'. Namun, saya tidak pernah bertanya sesiapa tentang papan notis tersebut. Saya pun tiada andaian sendiri tentangnya.

Saya teringin nak berkenalan lebih dekat dengan abang. Mungkin banyak yang boleh di kongsi bersama. Untuk pengetahuan, saya juga minat mengkaji tentang sejarah Aceh serta hubungannya dengan negeri-negeri di semenanjung seperti Perak, Pahang dan Johor serta Melaka.

Kalau tak keberatan hubungi saya:

Zam
019-3074313
zam_zar@yahoo.com

Salam perkenalan, Assalamu'alaikum.

Radzi Sapiee said...

Wassalam saudara(adik)...Insyaallah,apabila ada kelapangan dan peluang,nanti kita akan bertemu juga.
Sementara itu,teruskan memberi komen dan pendapat membina di sini atau mana-mana blogspot saya...Saya sendiri bukan seorang pakar... Saya menulis ikut apa yang saya tahu... Selebih itu,ada masanya tiba-tiba terkeluar 'qalam'daripada diri ini tanpa dirancang dan diatur ayatnya...Mereka yang faham, faham le maksud 'qalam'ini... :]

Matrap11 said...

Salam..
Saya berasal dari daerah ni.Masa kecik dulu kalau lalu area Batak Rabit ni musykil sebab ada beberapa rumah lama/usang kat area situ.Tapi sekarang dah tak ada kut. Masjid ni pulak memang ada kelainannya.Sempat juga solat kat situ.

Radzi Sapiee said...

Wassalam. Dalam perjalanan terbaru ke Perak yang dibuat 2 minggu lalu baru saya sedar, masjid lama di Batak Rabit ini telah berusia sekitar 150 tahun!
Ini berdasarkan tahun yang tertera pada atas genting menara masjid iaitu 1865! Jika atap genting yang dibuat pihak British (rasanya) itu sudah bertarik begitu, maka masjid itu sendiri mesti telah dibina lebih awal...

nasarudin said...

Salam Radzi

err kita sekampung!! banyak jugak kenangan saya dgn masjid ni, especially menara masjid yg dulu kami selalu turun naik! Bila kena marah dgn tok siak masjid (arwah Pak Yeop), kita orang cabut lari.. hehe...

Salam,
Achik.

Harleny Abd Arif said...

Salaam...

Saya baru perasan catatan tentang Masjid Batak Rabit di blog saudara ni.

29 Mei lalu, saya ada singgah di masjid ini. Kebetulan nak ke Seri Manjung (tapi tak jadi), lalu terpandang binaan masjid lama. Bila dah singgah, saya akan ambil peluang untuk jengah ruang dalam. Hajat di hati nak lihat sama ada mimbar (subjek kajian) masih ada atau sebaliknya. Seperti biasa saya akan meninjau-ninjau makam yang ada di kawasan sekitar masjid.

Diringkaskan cerita...saya sempat menemubual seorang pakcik yang kebetulan sedang menunggu masuknya waktu solat asar. Jadi saya pun mengambil peluang menemubual pakcik ini secara tak formal di hujung serambi masjid.

Serba sedikit perkongsian secara lisan tentang masjid ini. Kampung ini zaman dahulunya dikenali dengan nama Kampung Laksamana. Tapak asal masjid lama pula kedudukan lebih kurang 10 meter dari kawasan makam yang berpagar dengan jeriji besi.

Memang benar bahawa makam di sekitarnya adalah daripada jurai keturunan Laksamana. Pakcik ini adalah di antara waris yang bertanggungjawab menjaga kawasan makam bersebelahan masjid. Beliau kini berusia 75 tahun (lahir 1935) adalah waris keturunan Laksamana Tok Tambah (gelaran) yang makamnya dikatakan tertua di kawasan tersebut. Disebabkan nesan Almarhum tidak tertera tarikh, jadi saya minta beliau menunjukkan kepada saya nesan yang dimaksudkan. Batu nesannya berwarna kehitaman dengan kedudukannya agak sendeng sedikit.

Apa yang menarik semasa perbualan kami bilamana pakcik tadi memberitahu bahawa gelagat saya ketika merakam foto di kawasan makam telah diperhatikannya dari arah ruang solat (jarak pintu masuk dengan makam berdekatan). Entah mengapa detikan hatinya kuat merasakan ada pertalian antara kami berdua (agak aneh juga perasaan pakcik ni). Sehinggakan sebelum melangkah pulang menuju ke kenderaan, pakcik ini telah mengekori lalu meminta saya memberikan alamat dan no talian...

Rushart Graphic & Photography Network said...

Kebetulan juga.....arwah tok sebelah ibu saya juga dikebumikan disini...kata cerita mak la...dikatakan kawasan ini adalh untuk tapak pengkebumian keturunan laksmana...laksmana mana x diketahui la...setelah baca entri blog ni baru pula rasa terpanggil nak kaji balik salasilah keluarga....dari aspek senibina mmg la...ada kelainan masjid ni dengan masjid2 lama perak...mungkin ada pengubahsuaian pada masa dulu atas sebab pertukaran pemerintah atau sebagainya...mungkin ada masa nanti saya akan kesana untuk buat sedikit kajian mengenai senibina ni.....apa guna ilmu senibina yg dibelajar kalau x cari identiti salasilah sendiri....

Architect Made from Teluk intan....

Radzi Sapiee said...

Kalau begitu saudara tentu ada kaitan juga. Salam daripada saya Mohd. Fahrulradzi bin Mohamad Sapiee bin Muhammad Arshad bin Muhammad Ali Wahi bin OKK Muhammad Arshad bin Laksamana Muhammad Amin.

Unknown said...

Salam saudara Radzie
Ibu saya berasal dr Batak Rabit dn arwah ayahnya juga d kebumikan di sekitar masjid ini..juga d katakan berdarah laksamana. Saya masih mencari susur galur keluarga ini. Saya cuma punya informasi yg datuk saya bernama Mohamed Hassan bin Abdul Rafar @ Mohamad Hasan bin Abdul Rafor.
Jika saudara ada sebarang informasi yg boleh di kongsi blh kita berhubung.
Terima kaseh..AJ.

Anonymous said...

salam

saya nk tahu lebih detail berkaitan orang2 yang terlibat dalam pembunuhan Birch..sbb sy pernah dengar cerita semasa budak2 dulu ada seorang kerabat raja dari perak telah lari sampai ke jeli kelantan melalui jalan bukit dengan pertologan orang asli..Dia lari kerana dicari oleh orang inggeris kerana terlibat dengan kematian residen inggeris itu, di daerah jeli dia mengunakan gelaran nama megat hitam...kalau x silap sy dengar dulu istana iskandariah di kuala kangsar tu dibina oleh moyang atau datuk dia, mcm dia nk bagitau hubungan dia kira masih dekat lg dengan sultan pada masa itu....pohon pencerahan

Unknown said...

Salam..saya jugak berminat dengan citer saudara muhd fahmi..

Rafnie Arif said...

Tuan ada ibu saudara tak yg menetap di Taiping? Suaminya bekas OBJ Larut Matang. Sebab keluarganya mmg berasal dari susur galur OKK Laksamana Raja Mahkota?

Radzi Sapiee said...

Harus ada. Keluarga kami besar. Tapi saya tak kenal kecuali yang terdekat. Sepupu2 ayah saya pun cuma beberapa orang sahaja yang saya kenal. Sebab saya membesar dalam kalangan keluarga sebelah ibu di Muar...