Assalamualaikum pembaca sekalian. Saya sekarang berada di sekitar Bukit Damansara, Kuala Lumpur menumpang free wi-fi signal di sebuah kawasan untuk memasukkan gambar ke dalam Internet untuk digunakan dalam beberapa buah artikel akan datang. Artikel ini sepatutnya cuma disiarkan selepas beberapa buah artikel untuk blogspot Inggeris saya BERPETUALANG KE ACEH siap, mungkin esok, mungkin minggu depan. Cuma Tuhan sahaja yang tahu bila kerana ini juga bergantung pada mood serta peluang dan masa yang terluang. Maka selesai memasukkan gambar untuk artikel ini, saya sepatutnya menekan butang "Save as draft" dan menyambung ceritanya pada hari lain. Sebaliknya, dalam keadaan terlupa, saya telah tertekan butang "Publish post". Maka saya anggap ini sebagai satu isyarat, siapkan sahaja cerita ini dan siarkannya tak kira walau seringkas mana. Ini dia...
Ini adalah masjid lama Ampang Pecah di pekan Kuala Kubu Baru, Selangor. Adapun pekan ini merupakan tempat terakhir saya bermalam dalam pengembaraan terbaru saya yang tamat Ahad lalu, pengembaraan hampir 4 minggu meliputi lokasi-lokasi tertentu di negeri Pahang, Kelantan, Kedah dan Perak... Tidak lupa juga Selangor.
This is the old mosque of Ampang Pecah at the small town of Kuala Kubu Baru, Selangor. The town is my last stop during a my latest travelling session which ended last Sunday, a session of almost 4 weeks covering certain locations in the states of Pahang, Kelantan, Kedah and Perak... Not forgetting Selangor too.
Setelah bermalam semalam di sana, seorang teman wanita yang saya sayangi menalifon bertanyakan khabar lalu menawarkan untuk mengambil saya di Kuala Kubu Baru. Lagipun pekan ini tidak begitu jauh daripada Kuala Lumpur dan wanita ini pula duduk di sekitar Rawang, lebih kurang 30 km dari situ. Maka alang-alang ada kereta, singgahlah kami ke Masjid Ampang Pecah yang terletak sekitar 3km daripada pekan Kuala Kubu Baru.
After spending a night there, a girlfriend whom I dearly love called asking for news and offered to take me from Kuala Kubu Baru. As it is the town is not so far from Kuala Lumpur and the girl lives in Rawang, some 30km away. So while there's a car, might as well stop at Masjid (the mosque of) Ampang Pecah which is some 3km away from the town of Kuala Kubu Baru.
Kali pertama saya menziarahi Masjid Ampang Pecah adalah pada Disember tahun lepas bersama seorang kawan Zaidi. Maka biar saya sambung cerita seterusnya dengan gambar-gambar yang diambil semasa itu ya... Bermula dengan gambar di atas yang mengandungi "Empat Qul", empat Surah Al-Quran yang bermula dengan perkataan Arab Qul yang bermakna katakan, seperti katakan Allah itu Esa...
The first time I visited Masjid Ampang Pecah was December last year with a friend Zaidi. So let me continue the rest of the story with pictures taken then ya... Starting with the picture above which contains the "Four Quls" the four Quranic Surahs ( a Surah is a set of verses) starting with the Arabic word "Qul" which means say, as in say that God is One...
Untuk makluman, Al-Quran mengandungi 114 Surah pendek dan panjang. Kebetulan "Empat Qul" adalah empat Surah terakhir dan merupakan Surah-surah lazim menghiasi masjid-masjid.
For information, the Quran has a total of 114 short and long Surahs. The "Four Quls" happened to be last four Surahs and are among the favourite Surahs used to grace mosques.
Perhatikan papan tanda masjid... Nombor poskod 44000 seolah-olah membawa makna tertentu buat diri saya...
Look at the mosque's signboard... The postcode number 44000 seemed to carry a certain meaning for me...
The tabuh at Masjid Ampang Pecah... Sorry, can't find the English translation off-hand... It's a kind of drum used to feature at mosques for denoting time of prayers and certain events. Nowadays it is considered obsolute due to the use of microphones and loud hailers....
The mosque's main entrance...
Kubah masjid tertera tarikh ia dibina iaitu tahun 1926. Menurut satu cerita, di kawasan inilah terletak pekan asal Kuala Kubu. Malangnya, sebuah empangan berdekatan telah pecah lalu merosakkan pekan yang asal. Maka itu dibina pekan baru di lokasi yang dirasakan lebih selamat sekitar 3 km daripada sini... Sebab itu kawasan ini dikenali sebagai Ampang Pecah sementara pekan sekarang dipanggil Kuala Kubu Baru!
The mosque's minaret with the year its was built inscribed that is in 1926. According to a story, this area was the location of the original small town of Kuala Kubu. Too bad, a dam nearby broke down and spoiled the original town. So a new small town was built at a location deemed safer 3 km from here. That's why this area is known as Ampang Pecah (Malay for "broken dam") while the current town is called Kuala Kubu Baru (the new Kuala Kubu)!
Papan rentang menyatakan Al-Quran diturunkan pada bulan Ramadhan untuk sekalian manusia sebagai petunjuk dan penjelasan antara yang benar dan yang salah!
A bunting saying the Quran was revealed during the month of Ramadhan (the 9th month of the Islamic Hijriah calender when day-time fasting is compulsory for all Muslims) for all mankind to show and clear the way as to what is right and what is wrong!
Kolam wudhuk Masjid Ampang Pecah...
The wudhuk (ritual purification by water) pool at Masjid Ampang Pecah...
The pulpit...
Nama Allah dan Muhammad seperti yang sering menghiasi kebanyakan masjid. Yang peliknya, susah hendak mencari nama Muhammad di masjid-masjid di Arab Saudi. Kenapa agaknya ya? :]
The names of Allah (God) and Muhammad (the prophet) as can be found in most mosques. What is strange, it's hard to find the name Muhammad at mosques in Saudi Arabia. Why is it ya? :]
assalamualaikum..
ReplyDeletenk tanya..
siapa yg membuka masjid ini..?
Wassalam. Maaf, saya tak tahu. Untuk gambar2 terbaru masuk sini... http://berpetualangkeaceh.blogspot.com/2011/05/old-mosque-of-ampang-pecah-revisited.html
ReplyDelete