Tuesday, September 25, 2007

Kampung (village of) Padang Changkat

Assalamualaikum semua. Kali ini saya ingin membawa pembaca berjalan-jalan sedikit di Kampung Padang Changkat, Kuala Kangsar, Perak. Adapun kampung yang agak comel ini terletak betul-betul di belakang Istana Iskandariah di Bukit Chandan. Cuma terdapat satu sahaja jalan masuk ke situ dan jalan ini boleh ditemui setelah membuat separuh pusingan mengelilingi istana. Meh, kita jalan!
Peace be upon you all. This time I want to bring dear readers for a brief journey at Kampung (village of) Padang Changkat, Kuala Kangsar, Perak. The rather cute village is situated exactly behind Istana (palace of) Iskandariah at Bukit Chandan. There is just one road and entrance to get there and the road can be found after making halfway around the palace. So, let's go...

Selepas sampai ke belakang istana, akan terdapat sebuah jalan menuruni bukit. Tidak lama selepas menuruni jalan itu, kelihatanlah sebuah pintu gerbang menyambut kedatangan...
After reaching the parts behind the palace, one could see a road going down-hill. Not long after going down the road, there appears a gate greeting visitors...


Saya pertama kali sampai sini setahun lalu untuk menziarahi makam tertentu milik satu watak terkenal zaman lalu. Dalam perjalanan kali ini yang dibuat 22 Julai 2007, saya datang bersama seorang rakan menaiki kereta. Kami menyusuri jalan utama hingga sampai ke simpang tiga. Ke kiri adalah makam, ke kanan pula surau tertentu. Insyaallah selepas ini saya akan membuat satu posting tentang surau itu.

I first came here more than a year ago to visit a certain tomb belonging to a well-known personality from the past. In this particular trip made 22nd July 2007, I came with a friend by car. We went down the main road until we reached a t- junction. To the left is the tomb, to the right is a certain surau (small praying hall). God willing, after this I will do a posting about the surau...


Setelah masuk kiri, kami terus berjalan sampai ke rumah ini...

After making a left turn, we went on and arrived at this house...


Di hadapan adalah makam milik Daeng Selili, Maharajalela Pancung Tak Bertanya pertama Perak... Untuk makluman, beliau adalah moyang kepada watak terkenal Datuk Maharajalela yang terlibat membunuh J.W.W. Birch residen pertama British ke Perak tahun 1875.

In front is the tomb belonging to Daeng Selili, the first Maharajalela Pancung Tak Bertanya (a noble title) of Perak... For information he is the great grandfather to the well-known Datuk Maharajalela who was involved in the murder of J.W.W. Birch, the first British resident to Perak in 1875...


Tidak lama kemudian kami meninggalkan makam. Nampak rumah yang agak menarik ini lalu berhenti untuk mengambil gambar.

Not long after, we left the tomb. Saw this rather interesting house and stopped to take pictures.


Kelihatan di hadapan Sungai Perak...

Seen in front is Sungai (the river of) Perak...


Ini pula sebuah tugu di hadapan surau tertentu. Perhatikan tombak di atas tugu. Ini menandakan kampung ini sebagai tempat kelahiran ramai pahlawan terutama yang berkaitan dengan Daeng Selili.

This is a monument in front of a particular surau (small praying hall). Notice the spear above the monument. It signifies the village as the birth-place of many warriors especially those related to Daeng Selili.


Ini adalah sebuah tempat rehat di hadapan...

This is a resting place in front...


Setelah puas berjalan, kami pun meninggalkan kampung... Terserlah perkataan "Terima kasih" di pintu gerbang... Sekian!

After we are through going around, we left the village... There looms the words "Terima kasih" (thank you) at the gate... That's all!

3 comments:

  1. tapi sayang ya, sebab sekarang ni klu boleh kampung ni taknak dilihat langsung daripada istana, klu boleh nak ditutup terus dengan membina tembok2 yang tinggi. padahal dahulu kala masa susah, mereka mereka yang duduk keliling istana ni lah yang akan jadi sebagai benteng pertahanan klu musuh masuk menyerang. mmmm.. patutlah ramai pahlawan ada disitu dahulu. satu lagi, ada tukang besi dalam kampung tuh. keris buatannya sungguh cantik. pembuatan keris2 bugis.( itupun klu tukangnya perasanlah ) saya perasan sebab mmg minat gila pada senjata melayu ni. keris bugis ni sampir dan sarungnya gedabap besar.. tujuannya sbb nak bawa berperang.

    ReplyDelete
  2. power jugak...padang changkat, teringin jugak nak ke sana...

    ReplyDelete
  3. kire blh nampak masjid ubudiah le kirenye kampung ni..agaknye2 blh ke dtg dari kampung bendang kering,sayong untuk nak ke kampung nie....

    ReplyDelete