Tuesday, September 25, 2007

Surau (small praying hall) of Hamidiah, Kampung (village of) Padang Changkat

Seperti dijanjikan, satu cerita tentang sebuah surau tertentu di Kampung Padang Changkat...
As promised, a story on a particular surau (small praying hall) in Kampung (village of) Padang Changkat...

Sebenarnya kami tidak berniat untuk singgah ke surau ini... Kami cuma lalu melepasinya dan ternampak sebuah bangunan yang agak menarik rekabentuknya. Ternyata selepas itu kami terjumpa jalan mati. Terpaksalah berpatah balik melalui bangunan ini lalu kami anggap ia sebagai isyarat untuk singgah ke bangunan ini.

Actually we don't have any intention to visit this surau. We just passed by and notice a building with rather interesting architectute. That's when we came across a dead end. Had to turn back and pass this building again so we took it as a signal to drop by.


Setelah meneliti dari dekat baru kami tahu ia sebuah surau. Namanya ialah Surau Hamidiah, Kampung Padang Changkat.

It's only upon closer inspection that we realise it is a surau. The name is Surau Hamidiah, Kampung Padang Changkat.


Surau ini ada suatu macam aura yang menarik. Tak pasti kenapa kenapa hati kecil saya memberitahu, ia pernah menjadi tempat orang-orang dahulukala beramal untuk mendekatkan diri dengan Tuhan.

The surau had a certain aura of attraction. Not sure why but my heart told me, it was once a place for people of olden days to pray and meditate to achieve nearness to God.


Kami berehat sebentar dan membuat solat Tahiyatul Masjid.

We rest a bit and did the Tahiyatul Masjid prayers (a non-obligatory prayer done as a sign of respect at a mosque or a praying hall).


Ini pemandangan dari pintu masuk surau melihat ke luar...

This ia view from the surau's entrance looking outwards...


Ini pula pemandangan di halaman hadapan. Cantik bukan? Oh... Di hadapan inilah terletak tugu dengan replika tombak yang terpapar dalam posting sebelum ini. Sekian!

This is a view of the front courtyard. Beautiful isn't it? Oh... Right in front here is the monument with the replica of a spear as seen in previous posting. That's all!

2 comments:

  1. salam. ada sebuah masjid lama di kg kuala dal, padang rengas yang binaannye sangat menarik. sebelum ni masjid tu cuma dibiarkan dan seolah2 hampir roboh dengan papan2 yang kehitaman. masjid baru telah dibina di sebelahnya. tapi 2,3 tahun kebelakangan ni, masjid tu telah dibaikpulih dan baru2 ni dirasmikan oleh Raja Muda. telah 2 kali murid2 sekolah saye beraktiviti solat hajat n bacaan yasin sempena UPSR dan smbutan nisfu syaaban di situ. binaan dinding masjid mcm istana kenangan di bukit chandan. kalau dapat diabadikan cerita tntang masjid tu dlm blog ni alangkah bangganya kami penduduk kuala kangsar. :) terima kaseh.

    ReplyDelete
  2. Wassalam. Terima kasih atas ingatan. Ya. Saya belum pernah singgah di situ walaupun sudah banyak kali ke Kuala Kangsar. Entah kenapa asyik terlupa sebab kepala dok concentrate kat tempat lain. Insyaallah saya akan ke sana bila pergi ke Kuala lagi...

    ReplyDelete