Wednesday, October 10, 2007

Masjid Jamek (main mosque of ) Bidor

Lima hari lepas saya telah membuat sebuah posting bertajuk From Perak to Selangor... Time to start settling down dalam blogspot BERPETUALANG KE ACEH . Salah satu gambar yang digunakan ketika itu adalah gambar masjid jamek di Bidor, Perak yang membuatkan saya mahu berkongsi sedikit lagi gambar-gambar masjid ini. Inilah dia...

Five days ago I made a posting titled From Perak to Selangor... Time to start settling down at the blogspot BERPETUALANG KE ACEH . Among the pictures used then was one of the main mosque in Bidor, Perak which made me want to share just a few more pictures of the mosque here. So here goes...




Gambar di atas adalah gambar yang digunakan dalam artikel bertajuk From Perak to Selangor... Time to start settling down itu. Ia diambil pada hari Jumaat 27 Julai 2007. Bacalah artikel itu untuk mengetahui apa yang sebenarnya berlaku...


The picture above is the one used in the article titled From Perak to Selangor... Time to start settling down . It was taken on Friday 27th July 2007. Read the article to know what actually happened...



Adapun saya pertama kali sampai ke masjid ini awal bulan September 2006. Ketika itu saya mahu pergi ke kampung ayahanda di Teluk Intan untuk menghadiri majlis pengembalian jasad Laksamana Muhammad Amin daripada Singapura ke Perak 9 September itu. Tetapi saya tertinggal bas terakhir untuk ke Teluk Intan lalu terpaksa bermalam di Bidor, di masjid ini... Sila lihat Pengembalian jenazah Laksamana Muhammad Amin ke Makam Diraja Perak (The return of Admiral Muhammad Amin's remains to the royal mausoleum of Perak) .

Actually I first arrived at this mosque early September 2006. Then, I wanted to go to my father's village in Teluk Intan to attend the return of the body of Laksamana (royal admiral) Muhammad Amin from Singapore to Perak on 9 September. But I missed the last bus to Teluk Intan and had to spend the night in Bidor, at this mosque. Have a look at Pengembalian jenazah Laksamana Muhammad Amin ke Makam Diraja Perak (The return of Admiral Muhammad Amin's remains to the royal mausoleum of Perak) .


Di atas adalah gambar kolah mengambil wuduk masjid. Teringat balik peristiwa bermalam di masjid ini, kalau tak silap pada malam 7 atau 8 September 2006. Ketika itu kawasan Bidor termasuk masjid ini baru sahaja lepas dilandar banjir kilat selepas hujan lebat membuat air melimpah keluar Sungai Bidor.

Above is the pool for making abolution at the mosque. Reminds me of what happened when I spent the night here, if not mistaken on the night of 7 or 8th September 2006. Then the area of Bidor including this mosque has just suffered a flash flood after heavy rain made water overflowed out of the Bidor river.

Ini adalah bahagian dalam masjid Bidor. Lihat mihrabnya yang mempunyai ukiran sperti lidah terjulur keluar daripada setiap sudut bumbung. Sekian ya...

This is the inside of the Bidor mosque. Look at the pulpit with wood-carvings like tounges hanging out from every corner of the roof. That's all ya...

1 comment:

  1. Risau saya tentang masjid-masjid lama ni. Sebab sekarang ni bila nak buat masjid baru, masjid lama dirobohkan. Contohnya masjid lama di Slim River dah dibina baru di tapak yang sama. Entah kenapa, setiap kali amdepan masjid Bidor ni saya sering terfikirkan perkara sama.

    ReplyDelete