Di Umbai, Melaka, di tepi jalan lama Muar ke Melaka lebih kurang 15km ke bandaraya Melaka, terdapat sebuah masjid berwarna kuning dengan bangunan besar makam berwarna sama agak terserlah di hadapannya...
In Umbai, Melaka, beside the old Muar to Melaka road some 15km from the city of Melaka lies a yellow-coloured mosque with a big tomb building of the same colour standing out right in front...
Lihat... Bangunan makamnya begitu terserlah...
Look... The tomb building does stand out...
Di sebelahnya terdapat papantanda dengan sedikit maklumat mengenai orang yang diabadikan di makam itu iaitu Sultan Ali...
Next to it is a plaque with some information on the person buried in the tomb which is Sultan Ali...
Untuk pengetahuan, Sultan Ali adalah sultan terakhir Empayar Johor-Riau-Lingga yang berasal daripada keturunan Bendahara Melaka yang kemudian menjadi Bendahara Johor. Empayar ini mula dipecahkan oleh penjajah Barat melalui Perjanjian Inggeris-Belanda 1824.
For information, Sultan Ali is the last sultan (or king) of the Johor-Riau-Lingga empire from the descendants of Bendahara (something like the Prime Minister of) Melaka which became the Bendahara Johor. The empire begin to be shattered by Western colonialists through the English-Dutch Treaty of 1824.
Adapun, empayar ini dahulu merupakan kesinambungan Empayar Melaka selepas pusat kerajaan di Kota Melaka ditawan Portugis 1511. Sultan Mahmud Shah Melaka yang lari setelah kalah perang muncul sebagai sultan pertama Empayar Johor-Riau-Lingga, diikuti anaknya, Sultan Alauddin Riayat Shah II yang beribukan seorang anak Bendahara.
As it is, the empire was the continuation of the Melaka empire after the government centre at the city of Melaka was seized by the Portuguese 1511. Sultan Mahmud Shah of Melaka ran after losing the war to become the first Johor-Riau-Lingga empire ruler, followed by his son, Sultan Alauddin Riayat Shah whose mother is a daughter of the Bendahara.
Keturunan Raja-raja Melaka sebagai pemerintah Empayar Johor-Riau-Lingga tamat dengan kemangkatan Sultan Mahmud Mangkat DiJulang pertengahan abad ke 17 Masihi. Lalu Bendahara diangkat menjadi Sultan baru dengan anak cucunya terus memerintah.
The blood of the kings of Melaka who became the rulers of the Johor-Riau-Lingga empire ends with the demise of Sultan Mahmud Mangkat DiJulang (the one who died while being carried on a pedestal) middle of the 17 Century AD. And so the Bendahara was promoted to become the new Sultan and his offsprings continued to rule.
Perjanjian Inggeris-Belanda 1824 ditandatangani semasa bapa kepada Sultan Ali iaitu Sultan Hussin memerintah. Setelah itu, empayar itu mula nyata berpecah-belah dan negeri-negeri jajahan takluknya mula memerdekakan diri dengan para pemerintah tempatan mengangkat diri sendiri sebagai raja!
The English-Dutch Treaty of 1824 was signed while the father to Sultan Ali which Sultan Hussin ruled. After that, the empire started to visibly split with its tributary states starting to free itself and local administrators raising themselves up as kings!
Sultan Ali tersepit apabila Temenggung Abu Bakar yang memegang Johor mula mengangkat diri sebagai Maharaja Johor. Sementara itu Pahang yang diperintah Bendahara juga mahu diiktiraf sebagai negeri sendiri lalu Bendahara ketika itu Bendahara Wan Ahmad mengangkat diri sebagai Sultan Ahmad.
Sultan Ali was forced to a corner when Temenggung (something like the chief of police or internal affairs minister) Abu Bakar who held Johor declared himself as Maharaja (emperor of) Johor. Meanwhile Pahang which is ruled by Bendahara also wanted to be independent and the Bendahara then which is Bendahara Wan Ahmad raised himself up as Sultan Ahmad.
Adapun baik Temenggung mahupun Bendahara Pahang juga berasal daripada jurai keturunan Bendahara Johor dahulu yang kemudiannya menjadi Sultan. Tetapi Sultan Ali boleh dikira sebagai Sultan terakhir daripada keturunan Bendahara yang memerintah Johor kerana Temenggung dan Bendahara Pahang berasal daripada adik-beradik Sultan terdahulu yang dikira kurang layak untuk memegang pemerintahan tertinggi empayar.
As it is, the Temenggung and Bendahara Pahang also descended from the old Bendahara Johor who then became the Sultan. But Sultan Ali could be said to be the last Sultan from the Bendahara dynasty who ruled Johor as the Temenggung and Bendahara came from siblings of the old Sultan considered to be less qualified to hold the highest command of the empire.
Perkembangan semasa yang banyak disokong penjajah Inggeris menyebabkan kuasa pemerintahan Sultan Ali dihadkan kepada wilayah Kesang yang terletak di utara Muar dan selatan Melaka sebelum baginda mangkat lalu dimakamkan di kawasan masjid ini di Umbai. Maka tinggallah baginda sebagai satu warisan lama dengan cerita apa yang berlaku di zaman itu untuk difikirkan sebagai iktibar generasi sekarang. Sekian!
Shift of current events then which were largely supported by the English colonialists caused Sultan Ali's sovereignity to be limited to the area of Kesang situated north of Muar and south of Melaka before his majesty died and was buried in this mosque area in Umbai. And so he left as a legacy of old with the stories of what happened in his era to be considered and taken as lessons for the current generation. That's all!
saye ingin bertanye sedikit kepada penulis.
ReplyDelete1) adakah Baginda Ali datang nye drpd keturunan wali 10?
2) adakah kemungkinan bahawa keturunan nya masih wujud skrg?
3) jika benar, adakah caranye untuk selidik dakwaan sesetgh org yg mengatakan bhw mereka adalah keturunan Baginda Ali?(samada sahih atau tidak)
Baginda Ali adalah keturunan Raja-raja Johor dari nasab Bendahara Padang Saujana Tun Habib Abdul Majid yang menaiki takhta selepas Sultan Mahmud mangkat dijulang. Ya keturunannya masih ada malah ramai pula. Bukti yang nyata adalah salasilah keluarga yang boleh disemak balik melalui rekod-rekod yang ada. Adapun Sultan-sultan Johor, Terengganu dan Pahang juga berkait daripada pecahan nenek-moyang yang lain tapi berasal daripada satu keturunan.
ReplyDelete