Daripada sudut-sudut tertentu di Pulau Besar, seseorang dapat melihat satu pemandangan yang agak pelik bagi pulau ini... Pelik kerana pulau yang luasnya mungkin paling besar pun lebih sedikit daripada satu batu persegi ini tidak mempunyai banyak prasarana moden... Tiba-tiba boleh terlihat sekelompok bangunan yang kelihatan seperti pangsapuri lima bintang pula!
From certain angles at Pulau Besar, one could see a view which is rather weird for this island... Weird because the island which size at most could be slightly more than a square mile does not have much modern infrastructures... Suddenly there appear a group of buildings which look like five star apartments!
Bila didekati, ternyata memang bangunan-bangunan yang terdapat ini ada class yang tersendiri... Masuk di dalamnya terasa seperti sampai di Itali! Malah kali pertama berjalan-jalan di sini sekitar 5 tahun lalu, nama Tivoli Villa di kawasan Bukit Damansara, Kuala Lumpur terus menerpa di fikiran... Tivoli Villa pernah dianggap sebagai kawasan pangsapuri paling berprestij suatu masa dahulu sedangkan bangunan-bangunan di Pulau Besar ini hampir sahaja kelihatan sama taraf!
When one gets near, it is apparent the buildings here is in a class of its own... Going inside made one feels like being in Italy! In fact the first time I went walkabout here some 5 years ago, the name Tivoli Villa at the Damansara Heights area, Kuala Lumpur immediately came to mind... Tivoli Villa was once considered as the most prestigious apartments while the buildings in Pulau Besar seemed like almost of the same class!
Tiba-tiba sahaja muncul satu makhluk aneh di hadapan! Ah? Apakah ini satu jenis makhluk bunian yang dikatakan banyak terdapat di Pulau Besar, pulau penuh misteri ini...
Suddenly there appears a strange creature in front! Ah? Is this a type of fairy creature said to exist by large numbers in Pulau Besar, an island full of mystery?
Hehe! Jangan takut... Itu kawan saya Zaidi. Tapi jangan terperanjat jika tiba-tiba muncul makhluk seperti ini dan ternyata ia bukan manusia. Menurut ceritanya, memang banyak makhluk ghaib pelbagai jenis di pulau ini!
Haha! Don't be scared... That is my friend Zaidi. But don't be surprised if suddenly there appears invisible (or weird) beings like and later proven to be not human. According to the tales, there's many such beings of many types in this island!
Menurut kata orang yang mengetahui, sebab itulah projek ini tidak menjadi. Berpuluh, mungkin beratus juta Ringgit telah dibelanjakan untuk mendirikan kelompok pangsapuri mewah di Pulau Besar ini. Tapi ada suatu macam kuasa yang menghalang daripada ia berjaya... Ada gangguan-gangguan ghaib yang boleh menakutkan orang ramai.
According to those who know, that's why this project doesn't quite lift off. Tens, maybe hundreds of millions of Ringgit have been spent to built this group of luxury apartments at Pulau Besar. But there's some kind of force stopping it from succeding... Some sort of invisible disturbances which could scare people.
Kata orang tempatan, elok juga projek ini (dan beberapa projek besar yang dicadangkan malah telah didirikan di Pulau Besar) tidak menjadi. Kalau jadi, kemungkinan besar ia akan mengundang pelbagai perkara maksiat yang selalunya sinonim dengan kehidupan moden orang kaya di pangsapuri mewah yang kononnya melambangkan kecanggihan peribadi manusia... Maksiat-maksiat seperti minum arak, pergaulan bebas laki-laki dan perempuan seterusnya zina...
Said the locals, well it's quite good that this project (and a some other big projects suggested, in fact some already built in Pulau Besar) didn't make it. Or else, most likely it will bring all sorts of bad behaviour normally synonymous with modern living of the rich at luxury apartments allegedly representing the height of human nature... Bad behaviours such as drinking, free mixtures between male and female and thus fornication...
Pulau Besar is known by many because of the existence of many ancient tombs said to belong to pure souls of saintly status. Development can be invited but let it be in line with purity of the heart. Those who understand, understand what I mean, That's all, the 77th posting for this blogspot!
Memang itulah yang berlaku.
ReplyDeleteAda seorang kawan bagi cadangan supaya bangunan2 dan chalet2 tinggal tu dijadikan pondok pengajian. Kan lebih sesuai. Katanya ada juga orang berada yang minat dengan cadangan tu. Tapi xtau la.
Hehe! Masalahnya orang kaya-kaya yang dah melabur berjuta kat situ sanggup ke let go?... Sampai sekarang diaorang masih nak cuba cari jalan hidupkan tempat tu jadi port pelancungan international... Tak faham-faham lagi... Pulau Besar ni bukan boleh buat sembarangan. Tengok aje project padang golf... Setengah pulau dah kena tarah, dah siap dah siap ada clubhouse cantik. Dapat le hidup kejap, lepas tu terbengkalai. Itupun masih tak faham-faham
ReplyDeleteiyaleh kan orang-orang kaya ni mana mo melabur kalau tiada keuntungan...
ReplyDeletesaya suka layari blog awak ni banyak dapat tahu tempat2 menarik di Malaysia
ReplyDeletesaya bersama keluarga pergi ke pulau besar,selepas melintasi padang golf saya menuju ke arah pantai dan berjalan kira2 50 meter,ternampak bangunan tersergam indah seperti di dlm gambar awak itu.menurut ayah,dia terdengar bunyi seperti org berbual2 di puncak bngunan itu,selapas menghampirinya terdpt sekumpulan burung merpati terbang & dua ekor kucing terjun lalu hilang dari pandangan.sama ada misteri atau kenyataan itulah yg kami sekeluarga alami
ReplyDeleteermp .. .. sy bersetuju, pulau besar boleh dimajukan asalkan projek yg dihasratkan bersesuaian dgn latar belakang/sejarah pulau ini .. .. disebalik keuntungan yg dimahukan seharusnya nilai komersial yg ingin dibangunkan juga mengikut resam dan budaya pulau ini yg berwajahkan kesucian selain misteri .. ..
ReplyDeleteKenapa pihak agama islam Melaka tidak membangunkan pulau besar ini sebagai tempat mengembang dan mempelajari tentang islam? Maksud saya seperti kolej islam. Mungkin juga hospital islam. Yang mana berkongsepkan perkhidmatan dan pembelajaran tentang kesihatan di landasan islam.
ReplyDeletePerbadanan Muzium Melakaakan mengadakan PAMERAN MENYINGKAP SEJARAH DAN MISTERI PULAU BESAR, MELAKA – Keunikan...Warisan Insan dan Alam bermula 1 November 208 bertempat di Balai Syed Syeikh Al-Hadi, Bastion House, Jalan Kota, Melaka (sebelah A'Famosa)
ReplyDeletesaya mengenali pulau besar sejak kecil lagi.banyak kenangan di situ.
ReplyDeleteketika saya berkunjung kembali kesana sebulan lepas setelah sekian lama....mula mula gembira...tapi bila saja menghampiri ke makam Sultan....ke makam tujuh beradik.....sedih tidak terkata.....sesiapa yg melihat senario disitu..pasti dapat merasakan apa yg saya rasakan....bukan bangsa melayu.....tapi.....ya ALLAH...sedihnya....terutama makam tujuh beradik......sungguh berubah sekali....mengapalah ada insan insan yg tidak mengerti....keistimewaannya....kesan sejarah...tinggalan kasih sayang....buat keturunannya....apalah salahnya....kepung..kawasan tu....dari di masuki sembarangan dan di jaga kebersihannya....saya...yg ada kaitan warisan..sedih dan pilu....hanya mereka yang tahu...kisahnya sahaja yang mengerti perasaan saya ketika itu...mengalir air mata ini....mengapa kawasan itu di banjiri oleh..kaum...pengunjung...anda tentu faham maksud saya...seperti saya ketika itu berada bukan di malaysia..sebaliknya....rasa asing sangat disitu...jika ada diantara anda yg ingin berkongsi cerita...saya alu alukan....
salam, kalu boleh tlg preview lg serba sedikit tentang pulau besar tuh..
ReplyDeletetentang wali2 yang pernah ada disana, sebab saya disuruh berguru disana,,, mintak pertolongan dan jasa baik.. insyaallah...
utk pulau besar lebih detail,jengah kat www.karimon.wordpress.com
ReplyDelete