Tuesday, December 11, 2007

Bangunan (buildings in) Muar...

Selamat sejahtera semua... Bertemu kita lagi di sini setelah berehat seketika... Sebenarnya saya terlalu malas untuk membuat posting baru di sini sehinggalah tiba hari ini... Jadi biar kita teruskan, satu lagi pusingan gambar-gambar. Dan kali ini saya memutuskan untuk meletak beberapa gambar-gambar terbaru Muar, kampung halaman saya yang cantik diambil sekitar 2 minggu lalu. Ini dia...
Greetings all... Here we meet again after some hiatus... Actually I was just too lazy to make any new postings here until today... So here we go again, another round of pictures. And this time I've decided to put some of the latest pictures of Muar, my beautiful hometown snapped some 2 weeks ago. Here it is...


Kita mulakan dengan ini... Gambar yang diambil dari sekitar kuala Sungai Muar... Menurut satu cerita, nama Muar itu sendiri diambil daripada perkataan "Muara" yang bermakna kuala sungai.

Let's start with this... A picture taken from around the mouth of the Muar River... According to a story, the name Muar itself is taken from the word "Muara" which means the mouth of a river.

Kelihatan di kanan hujung adalah bangunan Umno Pagoh setinggi 12 tingkat (ke 13 atau 14, saya pun tak berapa ingat) yang pernah menjadi bangunan tertinggi di Muar selama lebih 20 tahun... Di kiri pula ialah masjid jamek kedua Muar, dibina hampir serupa dengan masjid utama pertama di seberang sungai!

Seen far right is the Umno Pagoh building which is 12 storeys high (or is it 13 or 14, can't remember properly) which used to be the highest building in Muar for over 20 years... On the left is Muar's second main mosque, built as an almost exact replica of the first main one just across the river!


Ini adalah bangunan Umno Pagoh itu daripada dekat. Kalau tak salah ingatan, ia siap dibina ketika saya masuk sekolah menengah tahun 1983 begitu.

This is that Umno Pagoh building seen from near. If not mistaken, it was completed when I was entering secondary school in 1983 or so.

Saya masih ingat perasan teruja saya sebagai seorang anak Muar. Itulah kali pertama terdapat bangunan "pencakar langit" di Muar! Sebelum itu, tidak pernah ada bangunan melebihi 5 tingkat di bandar ini...

I still remember my excitement as a Muar native. It was the first time we had a "sky-scraper" in Muar! Before that, there was no building above 5 storeys in town...

Di sebelah terletak bangunan Sultan Abu Bakar yang menempatkan beberapa buah pejabat kerajaan. Ia merupakan salah satu bangunan lama yang tercantik di Muar.

Besides is the Sultan Abu Bakar building which houses some government offices. It is one of the most beautiful building in Muar.


Daripada bangunan Sultan Abu Bakar, menyeberangi sebuah padang hoki, terdapat sebuah lagi bangunan ikon Muar...

From the Sultan Abu Bakar building, just across a hockey field lies another iconic building in Muar...


Inilah bangunan Sekolah Tinggi Muar... Sekolah ini sendiri dibuka tahun 1902! (Sempat menjenguk ke website http://www.highschoolmuar.com/ untuk memastikannya... Setelah membuat carian melalui Google ). Oh... Gambar ini diambil daripada sudut lain pula, dua simpang daripada bangunan Sultan Abu Bakar tadi...

This is the Muar High School building... The school itself was opened in 1902! (Had the time to have a look at the website http://www.highschoolmuar.com/ to check... After searching through Google). Oh... This picture was taken from a different angle, two junctions away from the Sultan Abu Bakar building...


Di penghujung jalan hadapan sekolah ini, empat simpang ke hadapan iaitu di pertemuan Jalan Mariam (ya, baru ingat... Itulah nama jalan ini...) dengan Jalan Abdul Rahman terletak rumah lama tempat saya membesar dahulu...

At the end of the road in front of the school, four junctions in front that is the meeting of Jalan Mariam (yes, now I remember... That is the name of this road) and Jalan Abdul Rahman lies the old house where I grew up...


Berbalik pada bangunan Sultan Abu Bakar tadi. Gambar ini diambil daripada bangunan itu menghala ke pusat bandar. Di sebelah kanan adalah bangunan mahkamah dan di sebelahnya bangunan polis trafik...

Back to the Sultan Abu Bakar building. This picture is taken from that building heading towards the town centre. On the right is the courthouse and besides it is the traffic police building...


Berjalan menghala ke pusat bandar dan anda akan dapat melihat banyak kedai-kedai sebelum perang (Perang Dunia ke Dua) seperti ini...

Walk towards the town centre and you would see many pre-war (before World War II that is) shops like this...


Banyak kedai-kedai lama di sini dibina sekitar tahun 1920an...
Many old shophouses here were built in the 1920s...


Begitu juga masjid jamek Muar. Ia dibina tahun 1920an, ada yang kata siap tahun 1927... Letaknya di tepian jalan yang sama dengan yang menghadap kedai-kedai tadi tetapi pada arah yang bertentangan iaitu menghampiri kuala Sungai Muar.

So is the main mosque of Muar. It was build in the 1920s, some say completed in 1927... It is situated beside the same road that fronts the shophouse above but at the opposite direction nearing the Muar river mouth.

Saya sempat meletakkan poster promosi terbaru siri buku "Berpetualang ke Aceh" sementara menunaikan solat di masjid. Insyaallah selepas ini saya akan meletakkan gambar-gambar Muar yang diambil melalui perjalanan menaiki bot menyusuri Sungai Muar. Sila lihat blogspot BERPETUALANG KE ACEH sebentar lagi. Sekian!

I had the time to put up the promotional poster for the "Berpetualang ke Aceh" book series while doing my prayers at the mosque. God willing, after this I will put some pictures of Muar taken while going on a boat-cruise of the Muar river. Do have a look at the blogspot BERPETUALANG KE ACEH afterwards. That's all!


4 comments:

  1. Salam.

    Abg MS, bagaimana dengan lakaran kota Portugis yang wujud dalam catatan tentang Melaka oleh Godinho de Eridia tu? Adakah benar pernah wujudnya kota tu?

    Dalam buku Malaysia : A Pictorial History, 1400-2003 tulisan Wendy Khadijah Moore beliau mengatakan bahawa Eridia itu adalah anak kepada pegawai tinggi Portugis dengan Puteri Bugis. Aneh! Namun beliau langsung tidak menyatakan dari sumber mana diperolehi maklumat tersebut. Sedangkan kenyataan tersebut bagi saya sangat canggung. Sepanjang saya tahu askar2 Portugis berkahwin dengan masyarakat asli yang bukan beragama Islam.

    ReplyDelete
  2. Wassalam...
    Peh... Saya pun tak tahu Eridia ni mak dia Bugis. Ya ke? Apakah ini bermakna pak dia masuk Islam atau puteri Bugis tu yang murtad (atau dipaksa 'kawin' sebagai tawanan?)
    Apapun, tentang kota Portugis kat Muar tu memang ada lakaran Eridia dalam tahun 1603 ke hapa tentang kewujudan kota itu. Lalu kenapa pula takda kesan ya tak?
    Teori saya cam ni... Di Muar, di Sungai Bentayan ada satu papan-tanda menyebut di sinilah tempat pertahanan terakhir orang Melayu Melaka sebelum kalah dengan Portugis 1511. Dalam buku Sejarah Melayu ada menyebut Sultan Ahmad bertahan di Bentayan, bapanya Sultan Mahmud di Pagoh sebelum dua-dua kalah dan lari ke Pahang.
    Ini bermakna Muar memang pernah kena takluk dengan Portugis. Soalnya sampai bila...
    Adapun Aceh pernah 2 kali nyaris-nyaris memerdekakan Melaka daripada tangan Portugis. Satu pada zaman Sultan Alauddin Riayat Shah Al-Qahar (1530an gitu) dan satu lagi zaman Iskandar Muda Mahkota Alam (perang tahun 1629).
    Dalam kedua-dua kes memang Melaka dan kena tawan kecuali kota A Famosa. Jadi ada kemungkinan kota-kota lain termasuk kota Portugis di Muar telah diruntuhkan orang-orang Aceh lebih-lebih kerana kedudukannya itu terletak di kawasan Bentayan yang pernah menjadi kota Melayu di Muar turun-temurun.
    Ada satu catatan tak ingat kat mana menyebut masa perang 1629 tu ramai orang dapat lihat asap berkepul-kepul hasil kebakaran besar di Muar. Mungkin tentera Aceh dan engage tentera Portugis di Muar lepas tu hancur kota tu sebab bengang sangat? Maka orang mereka juga orang Melayu lain pun menghilangkan segala kesan kota Portugis di Muar, sebab tu dah tak da langsung tinggalan yang nampak.
    Sedangkan Melaka pula beralih tangan kepada Belanda, kemudian Inggeris sampai le Malaysia merdeka 1957 dan sampai le sekarang. Maka banyak kesan penjajah masih terserlah... Gitu le...

    ReplyDelete
  3. Hmm betul juga tu. Kalau Kota Portugis di Melaka sudah terkepung, apalagi kotanya di Muar tu. Sementelahan, tentera2 Aceh dah terlebih dahulu menguasai pantai barat Tanah Melayu dalam serangan besar-besarannya tu.

    Tentang Eridia tu xtau la emaknya tu Bugis macamana. Baca kat wikipedia, menurutnya Bugis di Sulawesi Selatan selepas kejatuhan Melaka ke tangan Portugis tu telah berlaku persaingan agama. Ada kerajaan yang Islam & ada juga yang berjaya di Kristiankan. http://ms.wikipedia.org/wiki/Pengislaman_Bugis

    ReplyDelete
  4. memang betul kata En.radzi tu,kota portugis tu dah di hancurkan oleh pihak acheh,manakala kubu pihak raja melaka,dimusnahkan oleh pihak portugis,sebelum tu lagi ! nota; bangunan umno tu dibina bukan 80an,tp awal 70an lagi,sy kolah rendah lg masa tu. .

    ReplyDelete