Friday, December 21, 2007

Masjid Jamek (main mosque of) Putrajaya...

OK... Sampai masanya untuk memperbaharui blogspot ini setelah berehat seketika... Menggunakan gambar-gambar Masjid Jamek Putrajaya yang diambil sebulan lalu...
OK... Time to update this blogspot after some break... With pictures of the Putrajaya main mosque taken a month ago...


Saya percaya seluruh warga Malaysia kenal akan rupa masjid utama ibunegara Malaysia kini iaitu Putrajaya...

I believe all Malaysians recognised the looks of the main mosque of the current Malaysian capital which is Putrajaya...


Lihat pintu gerbangnya yang terserlah gagah. Siapa sangka masjid ini malah seluruh kawasan sekelilingnya yang membentuk bandaraya Putrajaya asalnya terletak di dalam sebuah ladang kelapa sawit yang luas?

Look at the entrance arch looming almighty. Who would have thought the mosque and the whole surrounding area making up the city of Putrajaya was originally situated inside a huge palm oil estate?


Kalau tak salah ingatan, ia juga memiliki menara masjid tertinggi di Malaysia kalau tidak di Asia Tenggara!

If my memory is correct, it even has the highest mosque tower in Malaysia if not in all of South-East Asia!


Lihat cara menara ini menjulang naik!

Look at the way the tower rockets up!


Kubahnya juga dikatakan salah satu yang terbesar di Malaysia...

Its dome is also said to be one of the biggest in Malaysia...

Pandangan kubah daripada dalam...
A view of the dome from inside...


Kawasan mimbar...

The pulpit area...


Beberapa orang sedang menunaikan solat berjumaah...

Some people praying in congregation...


Daripada kawasan masjid, saya turun menghampiri tasik yang menghiasi sebahagian besar Putrajaya. Kelihatan sebahagian bangunan di kiri-kanan lebuh besar Putrajaya atau Boulevard...

From the mosque, I went down towards the lake which makes up a huge part of Putrajaya. Seen here some of the buildings at Putrajaya's main street or the Boulevard...


Salah satu jambatan yang melintasi tasik...

One of the bridges crossing the lake...


Istana hinggap Sultan Selangor...

The palace of visit for the Sultan of Selangor...


Ini pula Masjid Jamek Putrajaya dilihat daripada tepi tasik. Ternyata gambar yang diambil ini lebih cantik malah semasa di tepi tasik, ketika melihat maklumat yang terdapat di jeti bot lah saya mendapat tahu masjid ini yang mula dibina sekitar tahun 2000 dan siap beberapa tahun kemudian dibina mengikut senibina masjid-masjid lama Parsi. Sekian...

This is the Putrajaya main mosque seen from beside the lake. It is apparent the picture taken is more beautiful in fact while beside the lake, when looking at the information available at the jetty for boats do I found out that the mosque built around the year 2000 and completed a few years later was built according to the architecture of olden Persian mosque. That's all...

4 comments:

  1. Salam.

    Sekali pandang memang kita segera melihat reka bentuknya banyak dipengaruhi seni bina masjid Parsi. Namun rasanya bentuk menara lebih mirip dari zaman Saljuk di Turki. Rasanya menaranya tidak tinggi sangat. Lebih tinggi lagi menara Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah (Masjid Negeri Selangor) di Shah Alam yang berbentuk menara Turki Uthmaniah.

    Secara peribadi, saya agak terkilan dengan reka bentuk masjid ini dan juga bangunan-bangunan lain yang terdapat di Putrajaya. Sekali imbas saya tidak merasa berada di Malaysia atau Nusantara. Sebagai mercu tanda baru negara, Putrajaya harus lebih mencerminkan budaya dan tradisi tempatan. Contohnya masjid ini lebih sesuai di bina menggunakan reka bentuk tradisi masjid atap tumpang gaya Nusantara seperti yang terdapat di seluruh negara. Contoh yang baik ialah Masjid Al-Azim di Melaka. Pada saya ia lebih secocok. Bahkan bentuk atap tumpang itu jauh lebih menepati ciri-ciri vernakular yang mengambil kira faktor iklim dan persekitaran. Sesuai untuk mengalirkan hujan yang banyak serta secocok sebagai sistem aliran udara (ventilation) untuk iklim panas lembab di sini. Berbanding bentuk kubah yang sama sekali asing dalam budaya Nusantara kecuali semenjak abad ke-19 hingga sekarang. Lebih-lebih lagi bentuk seni bina masjid Nusantara telah bertapak beratus tahun lamanya.

    Namun, di Presint 9 (kalau x salah) terdapat sebuah surau yang di bina berasaskan reka bentuk masjid Nusantara. Kadang-kadang saya merasa aneh, apa sudah jadi dengan arkitek Melayu kini? Tidak kenal budaya sendirikah? Atau merasakan bentuk kubah lebih Islami berbanding bentuk tradisi?

    Dilihat pada corak-corak yang menghiasi luar dan dalam masjid ini juga lebih membuatkan saya rasa pelik. Hampir kesemua corak-corak tersebut dicedok dari tradisi seni hias Timur Tengah yang seperti biasa saya temui dalam buku-buku dan gambar-gambar. Apakah arkitek dan pereka kita sudah muflis idea? Sedangkan Alam Melayu begitu kaya dengan bermacam ragam corak dan reka hias yang diwarisi zaman-berzaman.

    Maafkan saya, citarasa saya tidak mengizinkan saya untuk mengiktiraf keindahan Putrajaya. Saya tidak kagum dengan kebanyakan bentuk-bentuk bangunan (bukan semua) di Putrajaya. Kebanyakannya menjengkelkan. Pengetahuan tentang seni serta kecintaan terhadap tradisi yang saya ada tidak mampu membuatkan saya berkata 'indahnya bangunan-bangunan di Putrajaya'.

    Abg MS, minta maaflah terlepas geram pula... :)

    ReplyDelete
  2. Hehe! Takpa lepas geram. Apapun saya seronok membaca ulasan adik yang menunjukkan pengetahuan tinggi tentang rekaentuk dan seni pembinaan bangunan. Saya pula sekadar menurut rasa hati yang timbul pada sesuatu ketika.
    Adapun dalam penerangan tentang masjid Putrajaya yang terdapat di tempat beli tiket bot di sebelah tasik memang disebut senibina masjid ini berdasarkan senibina masjid di Isfahan, Iran... Tentang senibina keseluruhan Putrajaya yang lebih berunsur Timur-Tengah, saya ada pandangan tersendiri yang melibatkan kebangkitan Islam daripada Timur. Mungkin arkitek yang membuatnya sekadar mencedok apa yang sedia ada tanpa memikirkan ciri-ciri senibina asli Nusantara tapi saya melihat ada satu gerak daripada Allah tentang ini. Salah satunya, dalam satu mimpi, saya pernah melihat tubuh saya terapung perlahan-lahan di udara sambil jiwa ini dengan tenang dan kelazatan melaungkan takbir lalu terlihatlah satu kota bertamadun tinggi dengan bangunan-bangunan berkubah terhampar di bawahnya.
    Mimpi ini berlaku lebih 10 tahun lalu sehingga saya tercari-cari di manakah kota yang terlihat itu... Semasa itu saya mengandaikan mungkin di Baghdad lama... Ada pula telahan rasa yang ia adalah Cordova zaman Ibnul Arabi. Kemudian apabila Putraya siap dibina baru saya nampak... Bangunan utama di dalam mimpi saya itu serupa dengan Palais De Justice di Boulevard. Allahuakbar!
    p/s: Allah. Inilah kali pertama saya meluahkan isi mimpi ini kepada umum. Mesti ada sebab timbul gerak ini. Sekian...

    ReplyDelete
  3. Hmm...

    Macam tu rupanya Abg MS rasa. Macam dalam babak pengembaraan dengan nenek dalam BKA3 je. Nampak Kota Baghdad.

    ReplyDelete
  4. Gambar2 lebih elok boleh dilihat di sini... http://berpetualangkeaceh.blogspot.com/2013/11/putrajaya-and-its-two-big-mosques.html

    ReplyDelete