Tuesday, November 13, 2007

Sedikit citarasa Itali di Pulau Besar? (A bit of Italian taste in Pulau Besar?)

Hari ini, pada tarikh 13 November atau 13/11 yang mempunyai makna tertentu untuk saya, tergerak pula untuk mencukupkan jumlah posting di blogspot ini menjadi 77 ke semuanya. Maka di sini biar dipersembahkan beberapa gambar yang baru diambil di Pulau Besar, Melaka lebih seminggu lalu. Sila!
Today, on 13th of November or 13/11 which has a certain meaning to me, I feel like making the number of postings in this blogspot a total of 77. And so let me present here some pictures taken at Pulau Besar, Melaka more than a week ago. Come!

Daripada sudut-sudut tertentu di Pulau Besar, seseorang dapat melihat satu pemandangan yang agak pelik bagi pulau ini... Pelik kerana pulau yang luasnya mungkin paling besar pun lebih sedikit daripada satu batu persegi ini tidak mempunyai banyak prasarana moden... Tiba-tiba boleh terlihat sekelompok bangunan yang kelihatan seperti pangsapuri lima bintang pula!

From certain angles at Pulau Besar, one could see a view which is rather weird for this island... Weird because the island which size at most could be slightly more than a square mile does not have much modern infrastructures... Suddenly there appear a group of buildings which look like five star apartments!


Bila didekati, ternyata memang bangunan-bangunan yang terdapat ini ada class yang tersendiri... Masuk di dalamnya terasa seperti sampai di Itali! Malah kali pertama berjalan-jalan di sini sekitar 5 tahun lalu, nama Tivoli Villa di kawasan Bukit Damansara, Kuala Lumpur terus menerpa di fikiran... Tivoli Villa pernah dianggap sebagai kawasan pangsapuri paling berprestij suatu masa dahulu sedangkan bangunan-bangunan di Pulau Besar ini hampir sahaja kelihatan sama taraf!

When one gets near, it is apparent the buildings here is in a class of its own... Going inside made one feels like being in Italy! In fact the first time I went walkabout here some 5 years ago, the name Tivoli Villa at the Damansara Heights area, Kuala Lumpur immediately came to mind... Tivoli Villa was once considered as the most prestigious apartments while the buildings in Pulau Besar seemed like almost of the same class!


Lihat bangunan-bangunan ini... Bukan calang-calang! Sayangnya ia tidak berpenghuni... Beginilah keadaannya sejak saya pertama kali melihatnya 5 tahun lalu. Menurut penduduk tempatan Pulau Besar, begini juga keadaannya ketika ia siap, kalau tak salah ingatan lebih 10 tahun lalu!
Look at these buildings... This is no child's play! Too bad it is not populated... This was the condition since I first saw it 5 years ago. According to locals of Pulau Besar, this was also the condition when it was first completed, if memory serves me right more than 10 years ago!

Tiba-tiba sahaja muncul satu makhluk aneh di hadapan! Ah? Apakah ini satu jenis makhluk bunian yang dikatakan banyak terdapat di Pulau Besar, pulau penuh misteri ini...

Suddenly there appears a strange creature in front! Ah? Is this a type of fairy creature said to exist by large numbers in Pulau Besar, an island full of mystery?

Hehe! Jangan takut... Itu kawan saya Zaidi. Tapi jangan terperanjat jika tiba-tiba muncul makhluk seperti ini dan ternyata ia bukan manusia. Menurut ceritanya, memang banyak makhluk ghaib pelbagai jenis di pulau ini!

Haha! Don't be scared... That is my friend Zaidi. But don't be surprised if suddenly there appears invisible (or weird) beings like and later proven to be not human. According to the tales, there's many such beings of many types in this island!


Menurut kata orang yang mengetahui, sebab itulah projek ini tidak menjadi. Berpuluh, mungkin beratus juta Ringgit telah dibelanjakan untuk mendirikan kelompok pangsapuri mewah di Pulau Besar ini. Tapi ada suatu macam kuasa yang menghalang daripada ia berjaya... Ada gangguan-gangguan ghaib yang boleh menakutkan orang ramai.

According to those who know, that's why this project doesn't quite lift off. Tens, maybe hundreds of millions of Ringgit have been spent to built this group of luxury apartments at Pulau Besar. But there's some kind of force stopping it from succeding... Some sort of invisible disturbances which could scare people.


Kata orang tempatan, elok juga projek ini (dan beberapa projek besar yang dicadangkan malah telah didirikan di Pulau Besar) tidak menjadi. Kalau jadi, kemungkinan besar ia akan mengundang pelbagai perkara maksiat yang selalunya sinonim dengan kehidupan moden orang kaya di pangsapuri mewah yang kononnya melambangkan kecanggihan peribadi manusia... Maksiat-maksiat seperti minum arak, pergaulan bebas laki-laki dan perempuan seterusnya zina...

Said the locals, well it's quite good that this project (and a some other big projects suggested, in fact some already built in Pulau Besar) didn't make it. Or else, most likely it will bring all sorts of bad behaviour normally synonymous with modern living of the rich at luxury apartments allegedly representing the height of human nature... Bad behaviours such as drinking, free mixtures between male and female and thus fornication...


Pulau Besar dikenali ramai kerana kewujudan banyak makam-makam lama yang dikatakan milik manusia-manusia suci bertaraf wali. Pembangunan boleh dialu-alukan tetapi biarlah seiring dengan penjagaan kesucian hati. Siapa yang faham, fahamlah maksud saya. Sekian, posting ke 77 untuk blogspot ini!

Pulau Besar is known by many because of the existence of many ancient tombs said to belong to pure souls of saintly status. Development can be invited but let it be in line with purity of the heart. Those who understand, understand what I mean, That's all, the 77th posting for this blogspot!

Makam (tomb of) Baginda Ali

Hari ini, saya teringin hendak bercerita sedikit tentang seorang raja bernama Sultan Ali atau lebih dikenali sebagai Baginda Ali. Ini dia...
Today, I feel like talking a bit about a king named Sultan Ali or more well-known as Baginda (his majesty) Ali. This is it...

Di Umbai, Melaka, di tepi jalan lama Muar ke Melaka lebih kurang 15km ke bandaraya Melaka, terdapat sebuah masjid berwarna kuning dengan bangunan besar makam berwarna sama agak terserlah di hadapannya...

In Umbai, Melaka, beside the old Muar to Melaka road some 15km from the city of Melaka lies a yellow-coloured mosque with a big tomb building of the same colour standing out right in front...


Lihat... Bangunan makamnya begitu terserlah...

Look... The tomb building does stand out...


Di sebelahnya terdapat papantanda dengan sedikit maklumat mengenai orang yang diabadikan di makam itu iaitu Sultan Ali...

Next to it is a plaque with some information on the person buried in the tomb which is Sultan Ali...


Untuk pengetahuan, Sultan Ali adalah sultan terakhir Empayar Johor-Riau-Lingga yang berasal daripada keturunan Bendahara Melaka yang kemudian menjadi Bendahara Johor. Empayar ini mula dipecahkan oleh penjajah Barat melalui Perjanjian Inggeris-Belanda 1824.

For information, Sultan Ali is the last sultan (or king) of the Johor-Riau-Lingga empire from the descendants of Bendahara (something like the Prime Minister of) Melaka which became the Bendahara Johor. The empire begin to be shattered by Western colonialists through the English-Dutch Treaty of 1824.

Adapun, empayar ini dahulu merupakan kesinambungan Empayar Melaka selepas pusat kerajaan di Kota Melaka ditawan Portugis 1511. Sultan Mahmud Shah Melaka yang lari setelah kalah perang muncul sebagai sultan pertama Empayar Johor-Riau-Lingga, diikuti anaknya, Sultan Alauddin Riayat Shah II yang beribukan seorang anak Bendahara.

As it is, the empire was the continuation of the Melaka empire after the government centre at the city of Melaka was seized by the Portuguese 1511. Sultan Mahmud Shah of Melaka ran after losing the war to become the first Johor-Riau-Lingga empire ruler, followed by his son, Sultan Alauddin Riayat Shah whose mother is a daughter of the Bendahara.

Keturunan Raja-raja Melaka sebagai pemerintah Empayar Johor-Riau-Lingga tamat dengan kemangkatan Sultan Mahmud Mangkat DiJulang pertengahan abad ke 17 Masihi. Lalu Bendahara diangkat menjadi Sultan baru dengan anak cucunya terus memerintah.

The blood of the kings of Melaka who became the rulers of the Johor-Riau-Lingga empire ends with the demise of Sultan Mahmud Mangkat DiJulang (the one who died while being carried on a pedestal) middle of the 17 Century AD. And so the Bendahara was promoted to become the new Sultan and his offsprings continued to rule.

Perjanjian Inggeris-Belanda 1824 ditandatangani semasa bapa kepada Sultan Ali iaitu Sultan Hussin memerintah. Setelah itu, empayar itu mula nyata berpecah-belah dan negeri-negeri jajahan takluknya mula memerdekakan diri dengan para pemerintah tempatan mengangkat diri sendiri sebagai raja!

The English-Dutch Treaty of 1824 was signed while the father to Sultan Ali which Sultan Hussin ruled. After that, the empire started to visibly split with its tributary states starting to free itself and local administrators raising themselves up as kings!

Sultan Ali tersepit apabila Temenggung Abu Bakar yang memegang Johor mula mengangkat diri sebagai Maharaja Johor. Sementara itu Pahang yang diperintah Bendahara juga mahu diiktiraf sebagai negeri sendiri lalu Bendahara ketika itu Bendahara Wan Ahmad mengangkat diri sebagai Sultan Ahmad.

Sultan Ali was forced to a corner when Temenggung (something like the chief of police or internal affairs minister) Abu Bakar who held Johor declared himself as Maharaja (emperor of) Johor. Meanwhile Pahang which is ruled by Bendahara also wanted to be independent and the Bendahara then which is Bendahara Wan Ahmad raised himself up as Sultan Ahmad.

Adapun baik Temenggung mahupun Bendahara Pahang juga berasal daripada jurai keturunan Bendahara Johor dahulu yang kemudiannya menjadi Sultan. Tetapi Sultan Ali boleh dikira sebagai Sultan terakhir daripada keturunan Bendahara yang memerintah Johor kerana Temenggung dan Bendahara Pahang berasal daripada adik-beradik Sultan terdahulu yang dikira kurang layak untuk memegang pemerintahan tertinggi empayar.

As it is, the Temenggung and Bendahara Pahang also descended from the old Bendahara Johor who then became the Sultan. But Sultan Ali could be said to be the last Sultan from the Bendahara dynasty who ruled Johor as the Temenggung and Bendahara came from siblings of the old Sultan considered to be less qualified to hold the highest command of the empire.

Perkembangan semasa yang banyak disokong penjajah Inggeris menyebabkan kuasa pemerintahan Sultan Ali dihadkan kepada wilayah Kesang yang terletak di utara Muar dan selatan Melaka sebelum baginda mangkat lalu dimakamkan di kawasan masjid ini di Umbai. Maka tinggallah baginda sebagai satu warisan lama dengan cerita apa yang berlaku di zaman itu untuk difikirkan sebagai iktibar generasi sekarang. Sekian!

Shift of current events then which were largely supported by the English colonialists caused Sultan Ali's sovereignity to be limited to the area of Kesang situated north of Muar and south of Melaka before his majesty died and was buried in this mosque area in Umbai. And so he left as a legacy of old with the stories of what happened in his era to be considered and taken as lessons for the current generation. That's all!

Monday, November 12, 2007

Cerita (Story of) Tun Teja...

Nota: Jika tulisan pada gambar-gambar yang tertera terlalu kecil untuk dibaca, sila right-click pada gambar yang mahu dilihat kemudian open in new window ya...

Note: If the writings on the pictures shown is too small for reading, do right-click at the picture you want to see and then open it in a new window ya...


Rasanya, ramai orang Malaysia pernah mendengar nama Tun Teja, wanita cantik dalam cerita Melayu lama yang dikatakan telah dibawa lari oleh pahlawan legenda terkenal Hang Tuah untuk dipersembahkan kepada Sultan Melaka sekitar 600 tahun lalu. Nama itu sendiri sudah cukup untuk memberi semacam getaran yang membawa seseorang untuk kembali mengimbas suatu zaman yang lama.

Me feels, many Malaysians have heard the name Tun Teja, the beautiful woman in old Malay stories said to have been brought away by the legendary well-known warrior Hang Tuah to be presented to the Sultan (king of) Melaka about 600 years ago. The name itself is enough to give some sort of vibes to carry one back to think about some old days of bygone era.

Minggu lepas dalam satu perjalanan pendek sekeliling Melaka, saya sempat menziarahi Makam Tun Teja di sebuah kawasan sawah padi di Merlimau. Hari ini, saya tergerak untuk memaparkan sedikit gambar-gambar yang diambil berserta ceritanya. Ini dia...

Last week in a short trip around Melaka, I had the time to visit the tomb of Tun Teja within a padi field in Merlimau. Today, I feel like showing some of the pictures taken along with the accompanying story. This is it...


Adapun di makam ini terdapat cukup papan-tanda untuk menerangkan cerita. Saya pula sebenarnya agak malas untuk bercerita panjang... Maka di mana boleh dipakai, biarlah pembaca menurut sahaja cerita yang telah disediakan oleh pihak berwajib ya...

As it is at the tomb, there's enough sign-boards to explain the story. And I actually feel quite lazy to elaborate... So where relevant, let dear readers just follow the story provided by the authorities ya...



Rasanya ini cukup untuk memulakan langkah...

Me feels this is enough to begin...



Perjalanan untuk ke makam...

The walk towards the tomb...



Itu dia... Terdapat cukup papan-tanda di sana...

There... There's enough signboards everywhere...


Sebuah perigi lama di sisi...

And old well besides...


Makam Tun Teja... Kemudian baca sahaja cerita-cerita yang tertera di bawah ya...

The tomb of Tun Teja... Next, just read the stories which appeared below ya...


Mungkin terjemahan dalam Bahasa Inggeris nya ada sedikit kecatatan tetapi rasanya cukuplah sekadar supaya orang tahu apakah yang menyebabkan nama Tun Teja cukup terkenal di kalangan orang Melayu...

Maybe the English translation is a bit lousy but me feels it is enough to make people know why the name Tun Teja is so well-known among the Malays...











-------------------------------




Batu nesan Tun Teja dilihat daripada dekat. Batu nesan jenis batu Aceh ini hampir serupa dengan batu nesan yang terdapat di Makam Tok Temong di Kuala Kangsar, Perak. Sila lihat Perak trip of September 2006... A look at the tombs... . Sekian ya...

The tombstone of Tun Teja seen up close. The Aceh-type tombstone is almost the same as that at the tomb of Tok Temong in Kuala Kangsar, Perak. Do visit Perak trip of September 2006... A look at the tombs... .That's all ya...