Thursday, February 28, 2008

Senjata lama di Kota Ngah Ibrahim (Old weapons at the fort of Ngah Ibrahim)

OK... Saya tidak mahu komen panjang kerana terasa penat. Cukuplah komen dihadkan pada permulaan cerita lalu disajikan gambar-gambar senjata Melayu lama seperti keris, tombak dan pedang yang terdapat di Kota Ngah Ibrahim di Matang, Taiping, Perak, kota yang telah dijadikan sebuah muzium. Nilai sendiri senjata-senjata yang ditunjukkan Cuma saya terfikir, gambar-gambar ini diambil dalam lawatan ke 3 saya ke sana yang dibuat lebih sebulan lalu... Dalam lawatan-lawatan sebelum itu, saya sekadar masuk ke ruang utama sahaja, tidak terfikir pun hendak melihat apa yang terdapat di ruangan lain termasuk tempat menyimpan senjata-senjata lama ini...
OK... I don't want to give out long comments as I feel tired. Enough that the comments are confined to the start of story followed by pictures of old Malay weapon such as the keris (the wavy dagger), spears and sword available at the fort of Ngah Ibrahim in Matang, Taiping, Perak, a fort which has been turned into a museum. Evaluate yourself the weapons showed. Its just that it occured to me, the pictures were taken in my 3rd visit there made over a month ago... In my previous visits, I just entered the main hall, didn't cross my mind at all to look at what's available at the other halls including the place where these old weapons are kept at...
Dalam pada itu terfikir juga, inilah kali pertama saya tergerak untuk memaparkan gambar-gambar senjata lama Melayu di blogspot ini malah di mana-mana blogspot saya! Kebetulan pula ini akan menjadi posting saya yang ke 99 di sini... Saya telah merancang untuk membuat posting ini malam ini juga semasa sibuk menyediakan posting ke 98 tadi yang bertajuk Sekitar Kota Ngah Ibrahim (Around the fort of Ngah Ibrahim) ...
At the same time it crossed my mind, this is the first time I felt urged to feature pictures of old Malay weapons in this blogspot or at any of my blogspots! Coincidently this would be my 99th posting here... I've planned to make this posting this very night while busy churning out the 98th just now titled Sekitar Kota Ngah Ibrahim (Around the fort of Ngah Ibrahim) ...
Dalam posting itu, terkeluar sedikit cerita pengembalian jasad Ngah Ibrahim dan moyang saya Laksamana Raja Mahkota Muhammad Amin daripada Singapura ke Malaysia iaitu di Perak... Teringat pula tarikh berlakunya peristiwa itu iatu 9 September 2006 atau 9 haribulan 9... Apakah ada kena-mengena dengan posting ini yang ke 99? Posting di mana-mana blogspot saya yang buat julungkalinya menunjukkan senjata-senjata Melayu lama? Hmm...
In that posting, there came out a bit of story on the return of the body of Ngah Ibrahim along with that of my ancestor Laksamana Raja Mahkota (royal admiral) Muhammad Amin from Singapore to Malaysia that is in Perak... Came to mind the date this happened which is 9th September 2006 or 9th on the month of 9... Has it got anything to do with this posting being the 99th? Posting in any of my blogspots showing for the first time Malay old weapons? Hmm...













Gambar baju perang Bugis ini pula pernah saya ambil dalam lawatan sebelum ini iaitu setahun lalu. Tetapi kali ini baru saya tergerak untuk meneliti tulisan di bawah itu lebih dekat lalu mendapati catatannya menyebut baju perang in pernah dipakai ketika berlaku satu peperangan antara orang-orang Bugis dengan orang-orang Aceh! Sayangnya tidak dicatitkan bilakah ianya berlaku. Inilah kali pertama saya mendapat tahu pernah terjadinya perang antara orang-orang Bugis dengan Aceh! Entah betul entahkan tidak... Saya sendiri memiliki darah pahlawan Raja Bugis dan Raja Aceh! Dan satu lagi soalan saya musykil... Kenapa baju perang ini dipaparkan di sini? Sekian...

This picture of a Bugis war clothes has been taken in the visit before which happened a year ago. But it's only this time that I felt the urge to look and study the notice below properly and found out it says the war clothes was once used in a battle between the people of Bugis stock against people from Aceh! Too bad it didn't say when it happened. This is the first time I found out that there was a war between the Bugis and the Aceh people. I'm not sure if it has really happened or not... Me in turn have the warrior blood of Bugis kings and Aceh kings flowing inside! And one more question plagues me... Why is this war clothers displayed here? That's all...


p/s: Saya akan membuat sebuah posting yang menunjukkan rupa-paras para pejuang Melayu Perak yang telah melawan British seperti yang terpapar di Kota Ngah Ibrahim Sila lihat blogspot BERPETUALANG KE ACEH nanti!

p/s: I will make a posting showing the looks of the Perak Malay fighters who fought against the British as featured at the fort of Kota Ngah Ibrahim. Do have a look at the blogspot BERPETUALANG KE ACEH soon!

10 comments:

  1. Assalamualaikum...

    Sebenarnya agak berat untuk saya meneruskan komen di artikel ini, memandangkan diri rasa tidak layak untuk meluahkan sesuatu,apatah lagi diri juga cetek ilmu dan pengalaman. Tetapi jika tidak diluahkan..terasa seperti ada sesuatu pekerjaan yg belum selesai, rasa tidak selesa pula. Jadi saya gagahkan diri untuk teruskan sahaja...(kalau rasa tak berguna, sdr MS boleh delete sahaja...hehe). Ok, pada mulanya diri amat tertarik pada kenyataan sdr MS mengenai artikel ini, dimana ini kali pertama keris dimuatkan sebagai 'prob' cerita. Diri lalu melihat artikel tersebut, sementelah diri juga peminat keris dan senjata melayu. Diri terfikir, mengapa sdr MS meletak artikel mengenai keris dan senjata melayu lain di blog, sedangkan sebelum ini tidak pernah terlintas untuk berbuat demikian?. Jadi inilah rumusan yang telah saya perolehi, iaitu bila bercerita mengenai keris, maka tidak akan terlepas dari unsur mistik. Kita tinggalkan dulu soal mistik, walaupun ianya juga ada kaitan. Dan sesuatu yang pasti, keris juga amat cerewet untuk dimiliki...maksud saya disini keris itu memilih 'jodohnya'...lebih2 lagi keris 'haq diri'. Amat sukar untuk saya terangkan di sini kerana maklumatnya terlalu detail dan panjang. Cukuplah sekadar utk pemahaman, di mana sebilah keris itu bukan semua orang dapat memilikinya. Setiap orang ada 'kerisnya' yang tersendiri...mungkin sdr MS tertanya, bagaimana dengan pengumpul keris, yang bilangannya terlalu banyak...jawapannya, saya sendiri pun tak pasti...cuba tanya pemilik itu sendiri untuk kepastian....hehe. Mungkin dalam banyak2 tu, ada satu yg paling 'special', yang tidak ditunjuk pada semua orang...hmm. Daripada sebilah keris, tersimpan banyak rahsia, di sebalik kecantikan seninya. "Dari mata hingga ke hulu bercerita". Seperti juga kita, sebagai manusia. Sebab itu kalau orang yang 'pandai ilmu keris' dia akan tahu peribadi seseorang, hanya dengan melihat keris. Di sebabkan itu jugalah, maka si pemilik keris tidak akan sewenang-wenangnya, memberi keris 'haq diri' kepada orang yang tidak dikenali. Saya rasa cukup setakat itu mengenai keris.

    Saya ingin berkongsi mengenai nombor pula, seperti yang sdr MS tulis di artikel. Ya, kenapa 9 dan 9? Ini lah pandangan saya. Cuba 9+9....pasti jawapannya 18, dan 1+8=9....hehe, keluar lagi 9. Ok, kenapa 9...rasanya sdr MS lebih tahu mengenai ini, kerana tarikh lahir sdr MS kalau dicampur semuanya pasti akan keluar nombor 9. (Maaf jika diri tersilap, tapi diri amat pasti sdr adalah berpangkal dengan nombor 9). Tentan g nombor 9 ini rasanya tak perlu saya ulas kerana "hanya diri mengenal diri", itu hak peribadi sdr MS.

    Jadi, apa kaitannya nombor 9 dengan keris? Apa kaitannya pula dengan pedang, senjata melayu lain dan baju perang?....Rasanya saudara akan mendapat jawapannya, kerana saudara orang yang tajam pemikirannya, rasanya tak perlu diri ulas lebih lanjut...hmm.

    Nampaknya sampai setakat ini sahaja yang dapat diri beri pendapat. kalau ada terkasar bahasa, menyinggung perasaan harap dapat dimaafkan. Diri hanya insan kerdil disisiNya...semoga dapat bersua lagi....Wassalam

    ReplyDelete
  2. Wassalam dan terima kasih. Pandangan anda dialu-alukan... Memang tarikh lahir saya membawa ke nombor 9. 99 di sini boleh juga membawa erti akan berakhirnya satu era... Hmm... Terfikir pula akan 99 nama Allah... Tetapi kenapa pula keluar gambar keris yek? Adakah perang akhir zaman semakin dekat?
    Dalam pada itu, terfikir pula apabila membawa komen Ariyon ini, apakah ada kena-mengena dengan Silat Lok 9 si Azlan Ghanies... Hmmm... Tetapi bab keris pulak, walaupun saya tidak menyimpang tetapi rasanya hati lebih tertarik kepada keris lok 13 atau 11... Terutama 11 kerana itu juga nombor favourite saya (selain 131 yang pada saya kena-mengena dengan home sweet home atau rumah tangga bahgia dan kampung halaman sejati yang didamba-dambakan)... 11 lebih pada nombor peribadi, sepertimana Nabi Yusuf AS itu anak nombor 11 Nabi Yaakub.
    Hmm... Sesiapa nak komen lagi silakanlah. Walaupun apa saya cerita ni dah buka rahsia diri sedikit tetapi saya tak risau kerana percaya ia ada gunanya juga untuk orang lain. Selamats! :]

    ReplyDelete
  3. Assalamualaikum..

    Terima kasih kerana 'restu' dan cepat membalas komen. Diri ini, terasa ingin menambah sedikit pandangan yang saya beri di atas..(sebenarnya pandangan di atas sengaja dibiar tergantung dgn pelbagai persoalan...hehe). Saya setuju dengan pandangan sdr MS mengenai 99, "membawa erti akan berakhirnya satu era"...satu klu yang besar tuu..

    Walau bagaimanapun diri terasa ingin mengulasnya di lain bicara....tungguuuu....hehe

    Salams..

    ReplyDelete
  4. Salam...

    Hmm...diri rasa nak tambah 'hint' la. Ok, cuba sdr MS fikir perkara tersirat di sebalik senjata2 tu, lebih2 lagi senjata keris.Kalau guna utk perang, dah kira makna tersurat tuu.

    Cuba kaitkan keris dengan 'diri'(kan keluar pasangan), Saya sudah jelaskan secara agak tidak menonjol di komen yang pertama...sila fikir dengan teliti....tapi jangan sampai pening-pening...hehe :-)

    Ok, tambah sikit lagi...cuba periksa perkataan yang bermula dengan huruf j, di komen yang pertama..

    Semoga mendapat jawapan...:-)

    salams...

    ReplyDelete
  5. MS,

    ada org pesan sebb anta suka no 131, maknanya boleh ditafsirkan sebg 1+3+1 = 5

    kalau ikut surah 5 ayat 5, Allah berfirman carilah perempuan yg solehah. Tahun ini dia kata elok le utk tamatkan pencarian..2008 bulan 8.

    Tak kuasa ana nk berkias2 mcm ariyon tu, nah lega ana sebab dah sampaikan pesan org tu.

    Sekian.

    ReplyDelete
  6. salams...

    Rasanya macam kenal laks dengan sdri anonymous ni..hmm.

    Ya sdr MS, itulah jawapannya...cuma saya perlu berkias sikit bila bercerita mengenai jodoh...supaya lebih beradab. Lagikan orang nak kahwin ada adat merisik dan bertunang sebelum berkahwin...inikan pula nak bagitau orang lain pasal jodoh, bukan dari kalangan saudara mara pulak tu...

    Ok, kenapa keris, dan senjata2 lain termasuk no 9 sdr paparkan kat blog? Inilah pendapat saya, pertamanya keris...jelas menunjukkan di situ mengenai jodoh, kerana keris memilih 'jodohnya'. Keduanya pedang. Pedang bermaksud sesuatu tekad yang kuat, dalam peperangan biasanya pedang dijadikan denjata utama. Senjata-senjata yang lain sebagai membantu pedang dan keris. Akhir sekali baju perang, ini bertindak sebagai perisai untuk diri. Semua ini bermaksud sdr ada kekuatan dan keupayaan dalam meneruskan hajat itu.

    Apa pula kaitannya dengan nombor 9? Ya disini jelas lagi menunjukkan hal diri saudara sendiri, tidak ada kaitan dengan org lain. Maknanya hajat itu mungkin tercapai dalam masa yang agak terdekat, mungkin tahun ini...kerana adanya kekuatan senjata2 tersebut yang melindungi. Ini semua dalam erti kata maksud tersirat.

    dan menariknya saudara sendiri menambah mengenai angka 99, "berakhirnya satu era". Amat terang dan jelas, bermakna sesuatu akan berlaku.

    Apapun semuanya di atas kehendakNya jau, saya hanya penyampai, mungkin semua ini tidak tepat...

    Itu sahaja yang dapat saya kongsi, terima kasih kerana memberi peluang pada diri untuk menyampaikannya..

    Semoga sdr MS selamat selalu di bawah lindunganNya...

    Wassalam...

    ReplyDelete
  7. Wassalam. Terimakasih kerana ulasan Ariyon dan lain-lain itu. Ya, bab jodoh itu memang benar... Kalau menurut firasat dan kiraan falak memang sudah sampai masanya tahun ini. Cuma complicated sikit, siapakah jodoh saya yang sebenarnya atau mungkin lebih daripada 1? Kalau nak diatur dan difikirkan boleh pecah kepala... Maka saya turut saya gerakan dan aliran Qada' dan Qadar yang sampai. Rasanya persoalan ini akan Allah nampakkan selepas saya selesai menjelajah Pantai Timur... Soalnya, bila... Sekarang tergendala sikit... Mungkin selepas mingggu depan baru boleh pergi...
    Ya, semuanya dalam aturan Allah jua. Cuma kadangkala, kita sebagai makhluk yagn lemah ini tercungap-cungap menunggu bilakah saat-saat bahagia itu akan dizahirkan sehingga adakalanya kita menyoal keadaan lalu hampir berputus asa...
    Apapun, terimakasih atas sokongan dan doa kawan-kawan. Wassalam! :]

    ReplyDelete
  8. Salam.

    Hmm panjang ceritanya di sini. Apapun saya hanya mampu menjadi pembaca sahaja. Tidaklah sampai ilmu saya untuk memberi komen. Semoga Abg MS menemui yang dicarinya... :)

    Tentang di Kota Ngah Ibrahim, saya sangat tertarik dengan keunikan dan kehalusan seninya. Apa yang masih berlegar difikiran saya sehingga kini adalah lambang 'bulan sabit & bintang' yang terukir pada baju perang dan pedang Bugis tersebut...

    ReplyDelete
  9. Salam.

    saya berumur 23 tahun, br shj balik ke malaysia.

    Saya punya minat mendalam tentang SEMUA yang tuan ceritakan dalam 'about me'....kita serupa.

    Smoga Allah bg saya ilmu yang yang bawa kebaikan untuk saya.

    ReplyDelete
  10. salam..
    cuma rasa terkilan sikit..
    setahu saya pada masa perang tersebut ramai
    antara pahawan melayu menggunakan senjata
    rentaka dan terakol..
    maupun pemuras (dan peninggalannya ada di hadapan pintu masuk kota)
    pada saya sejarah di kota ini telah banyak digelapkan.
    wasalam

    ReplyDelete