Di Kampung Marhum, kelihatan sebuah kawasan perkuburan yang agak luas berhampiran Sungai Pahang...
In the village of Kampung Marhum, one could see a rather large burial ground besides the river of Pahang...
Yang menarik perhatian saya ialah kawasan makam yang tertutup ini...
What interest me is the burial area within this closed area...
Mari kita lihat apa ada di dalam!
Let us see what's inside!
Saya rasa terdapat lebih 100 buah makam dengan binaan serta batu-batu nesan yang terserlah menandakan ia milik golongan diraja ataupun pemerintah...
I think there's more than 100 tombs with buildings and tombstones which stands out signifying it as belonging to members of the royalty or the ruling class...
Sebuah makam dengan batu nesan Aceh, tak tahu milik siapa...
A tomb with Aceh tombstone, don't know belonging to whom...
Ada sebuah lagi makam menggunakan batu nesan Aceh daripada jenis lain...
There's another tomb using Aceh gravestones but from a different type...
Di sisinya tercatit nama pemiliknya... Sultan Abdul Jalil IV, Sultan pertama empayar Johor-Riau yang mengandungi Pahang daripada keturunan Bendahara-bendahara Melaka dan Johor. Untuk pengetahuan, baginda menaiki takhta setelah zuriat keturunan Raja-raja Melaka di Johor putus dengan kemangkatan Sultan Mahmud Mangkat Dijulang penghujung abad ke 17 Masihi... Baca artikel-artikel Makam (tomb of ) Bendahara Tun Habab, Makam (tomb of) Sultan Mahmud Mangkat DiJulang dan Makam (tomb) of Laksamana Bentan untuk mendapatkan gambaran yang lebih jelas...
On the side is engraved the name of owner... Sultan Abdul Jalil IV, the first Sultan of the Johor-Riau empire which included Pahang from the bloodline of the Bendahara (something like the royal Prime Minister) of Melaka and Johor. For information, he ascended the throne after the bloodline of the kings of Melaka was cut-off with the death of Sultan Mahmud Mangkat Dijulang at the end of 17 Century AD. Read the articles Makam (tomb of ) Bendahara Tun Habab dan Makam (tomb of) Sultan Mahmud Mangkat DiJulang dan Makam (tomb) of Laksamana Bentan for a better picture of the situation...
Salah satunya adalah Sultan Mahmud, Sultan kedua Pahang daripada keturunan Bendahara Pahang...
One of it is Sultan Mahmud, the second Sultan of Pahang from the lineage of the Bendahara of Pahang...
Turut menarik perhatian ialah makam ini milik Tun Fatimah, seorang isteri kepada Sultan Ahmad, bapa kepada Sultan Mahmud tadi... Ini kerana nama Tun Fatimah ini serupa dengan nama seorang anak Bendahara Melaka yang berkahwin dengan seorang Sultan Melaka dahulukala...
Also attracting attention is this tomb belonging to Tun Fatimah, a wife of Sultan Ahmad, the father to the Sultan Mahmud mentioned earlier... This is because the name Tun Fatimah is the same as that of a daughter of the Bendahara of Melaka who married a Sultan of Melaka of olden days...
Ini adalah makam Sultan Abdullah, Sultan ketiga Pahang daripada keturunan Bendahara. Untuk pengetahuan, baginda adalah datuk kepada Sultan Pahang sekarang, Sultan Ahmad Shah...
This is the tomb of Sultan Abdullah, the third Sultan of Pahang from the Bendahara lineage. for information, he is the grandfather to the current Sultan of Pahang, Sultan Ahmad Shah...
Saya cuba mencari makam Sultan Ahmad yang menjadi Sultan pertama Pahang daripada keturunan Bendahara kerana ia memang terletak di sini... Saya tidak dapat menemui mana-mana makam dengan nama itu tetapi setelah melihat kedudukan setiap makam, saya yakin makam tanpa nama ini adalah makam Sultan Ahmad tersebut.
I tried to find the tomb of Sultan Ahmad who became the first Sultan of Pahang from the Bendahara lineage as it is located within this compound... I couldn't find any tomb with that name but after studying the position of every tomb, I'm sure this tomb without any name inscribed is the tomb of the said Sultan Ahmad.
Untuk pengetahuan, kemangkatan Sultan Mahmud Mangkat dijulang telah menyaksikan seorang anak Bendahara Johor ketika itu (Bendahara Tun Habab) naik menjadi pemerintah empayar Johor-Riau dengan memakai nama Sultan Abdul Jalil IV. Seorang lagi anak pula naik menjadi pemerintah negeri Terengganu dengan memakai nama Sultan Zainal Abidin I.
For information, the death of Sultan Mahmud Mangkat Dijulang saw the son of the then Bendahara of Johor (Bendahara Tun Habab) ascending the throne of the Johor-Riau empire using the name Sultan Abdul Jalil IV. Another son ascended the throne of the state of Terengganu using the name Sultan Zainal Abidin I.
Lalu seorang adik Sultan Abdul Jalil pula naik menjadi Bendahara empayar Johor-Riau yang baru dengan memegang kuasa mentadbir wilayah Pahang... Daripada keturunan Bendahara ini, muncul Bendahara Wan Ahmad. Dengan campur-tangan British sekitar tahun 1880an baginda kemudian mengisytiharkan diri sebagai Sultan Ahmad, raja negeri Pahang yang merdeka daripada empayar Johor-Riau, empayar yang mula berpecah-belah akibat Perjanjian Inggeris-Belanda tahun 1824. Sekian! :]
And so a younger brother of Sultan Abdul Jalil was raised to become the new Bendahara of the Johor-Riau empire with power over the administration of the area of Pahang... From the descendants of this Bendahara came Bendahara Wan Ahmad. With the interference of the British around the year 1880s he then proclaimed himself as Sultan Ahmad, the ruler of the state of Pahang independent from the Johor-Riau empire, an empire which started to break up due to the English-Dutch Treaty of the year 1824. That's all! :]
Salam anakanda radzi,
ReplyDeleteSebuah makam dengan batu nesan Aceh, tak tahu milik siapa...
A tomb with Aceh tombstone, don't know belonging to whom...
ini adalah kubur syed abdul rahman b syed yasin al-yahya (Bukit Puteri), berhijrah dari terengganu ke kepekan semasa zaman bendahara tun ali - wafat 1834 masehi. allahyarham merupakan ahli agama diistana. zuriat almarhum iaitu abu bakar (kg. Tekal,Temerloh) abdullah, hamid (tiada zuriat), taha dan yusof. perkuburan keturunan abu bakar di Tekal, temerloh sila layari blog saya. salah seorang keturunan abu bakar ini iaitu syed hashim, kuburnya sering diziarahi oleh keluarga ba'alawi dari hadramaut, indonesia, arab saudi dll. jejak habib http://www. alyahya.blogspot,com. h/p 013 9276181
wbt
Wassalam. Terimakasih Habib...
ReplyDeletesaya wakil persatuan kami meminta sesiapa yang berketurunan raja-raja aceh sila melayani http:\\kerabat-aceh.blogspot.com untuk maklumat lebih lanjut.......
ReplyDeleteHmm. Dah tengok. Menarik. Harap saudara dapat mengumpulkan waris-waris sekurang-kurangnya untuk menjalinkan kembali tali silaturrahim.
ReplyDeleteSaya pula dari keluarga Laksamana Raja Mahkota Perak. Laksamana pertama yang muncul di Perak sekitar tahun 1740an dikatakan kerabat diraja Bugis Wajo. Seorang menantunya yang dikenali sebagai Toh Jambu lalu turut menjadi Laksamana di Perak dipercayai cucu Sultan Ahmad Shah Johan Berdaulat yang memerintah 1727-1735 gitu dan saya keturunannya.
salam...pernah dengar nama sultan ahmad lingga/ paduka sri raja ahmad lingga anak kepada sultan abdul jalil ?...
ReplyDeleteWassalam. Ni Datuk Linggi yang makamnya di Kampung Relong, Kuala Lipis kan?
ReplyDeleteSalam semua. Ada apa apa maklumat berkaitan pernikahan Sultan Abdul Jalil IV dengan Puteri Mayang Selida (dari Jelebu, Negeri Sembilan)?
ReplyDeleteSaya punyai kaitan dengan leluhur Puteri Mayang Selida
ReplyDelete