-----------------------

Tiga buku pertama yang ditulis dan diterbitkan saya.

The first three books written and published by me.

"Berpetualang ke Aceh: Mencari Diri dan Erti".

ISBN 983-42031-0-1, Jun 2006

"Berpetualang ke Aceh: Membela Syiar yang Asal"

ISBN 983-42031-1-x, Mei 2007

"Berpetualang ke Aceh: Sirih Pulang ke Gagang?"

ISBN 978-983-42031-2-2, November 2007

Buku keempat bertajuk "Rumah Azan". Diterbitkan April 2009 oleh syarikat Karnadya dengan pertolongan Dewan Bahasa dan Pustaka, buku ini memaparkan gambar-gambar cantik berserta cerita di sebalik masjid-masjid terpilih yang boleh dikaitkan dengan sejarah Melayu Islam dan pembentukan negara Malaysia.

The fourth book titled "Rumah Azan". Published in April 2009 by the company Karnadya with the help of Dewan Bahasa dan Pustaka, this book features beautiful pictures along with stories behind selected mosques which could be related to the history of Islam and the Malays and the formation of the nation of Malaysia.

Buku kelima saya "Ahlul Bait (Family) of Rasulullah SAW and Malay Sultanates" diterbitkan awal 2010. Ia merupakan terjemahan buku "Ahlul Bait (Keluarga) Rasulullah SAW dan Kesultanan Melayu" karangan Hj Muzaffar Mohamad dan Tun Suzana Othman ke dalam bahasa Inggeris untuk pasaran antarabangsa.

My fifth book "Ahlul Bait (Family) of Rasulullah SAW and Malay Sultanates" was published early 2010. It is a translation of the Malay-language book "Ahlul Bait (Keluarga) Rasulullah SAW dan Kesultanan Melayu" authored by Hj Muzaffar Mohamad and Tun Suzana Othman turned into English for the international market.

Seperti buku ke-empat saya "Rumah Azan", buku ke-enam "Kereta Api Menuju Destinasi" juga adalah buku mewah yang diterbitkan oleh syarikat Karnadya dengan kerjasama Dewan Bahasa dan Pustaka. Keluar Januari 2011 ia memaparkan gambar dan cerita tentang pengembaraan menaiki keretapi ke seluruh Semenanjung Malaysia berserta tempat-tempat menarik yang boleh dicapai dengan cara ini.

Like my fourth book "Rumah Azan", the sixth book "Kereta Api Menuju Destinasi" is also a coffee-table book which is published by the company Karnadya with the cooperation of Dewan Bahasa dan Pustaka (the main Malay literary body in Malaysia). Coming out January 2011 it features pictures and stories on the adventure travelling by train to all of Peninsular Malaysia along with the interesting places which could be reached this way.

Buku ketujuh saya "Jejak keluarga Yakin : Satu sketsa sejarah" pula ada sebuah coffee-table book atau buku mewah yang ditulis, disunting, direkaletak dan gambar-gambarnya diambil sendiri oleh saya. Keluar dari kilang Oktober 2011, buku yang menggabungkan sejarah keluarga dengan sejarah tempat-tempat seperti Singapura, Johor, Batu Pahat, Muar malah ada sejarah Pulau Jawa dan Inggeris sekali ini telah diulas dengan saya ditemu ramah secara langsung dalam program Selamat Pagi Malaysia di RTM1. Lihat artikel Siaran langsung ulasan buku "Jejak keluarga Yakin : Satu sketsa sejarah" dan temu ramah di Selamat Pagi Malaysia. Sedikit isi terpilih ada dipaparkan dalam Sneak peek "Jejak keluarga Yakin : Satu sketsa sejarah".

My seventh book "Jejak keluarga Yakin : Satu sketsa sejarah" in turn is a coffee-table book which is written, editted, designed and has pictures taken by me. Coming out of the factory October 2011, this book which combines family history with history of places such as Singapura, Johor, Batu Pahat, Muar and in fact the history of the island of Java and England has been reviewed with me interviewed live in the program Selamat Pagi Malaysia at RTM1. Look at the article Siaran langsung ulasan buku "Jejak keluarga Yakin : Satu sketsa sejarah" dan temu ramah di Selamat Pagi Malaysia. Some selected contents have been featured in Sneak peek "Jejak keluarga Yakin : Satu sketsa sejarah".

----------------------------

Untuk maklumat lanjut sila masuk http://www.merahsilu.blogspot.com/

For more information, please enter http://www.merahsilu.blogspot.com/

----------------------------

Terbaru : Siri novel "Berpetualang ke Aceh" kini boleh didapati dalam bentuk e-book. Masuk http://www.e-sentral.com/, klik kategori novel am dan pergi ke mukasurat 4. Anda juga boleh taip perkataan "Aceh" pada kotak carian. Atau terus klik Buku 1, Buku 2 dan Buku 3.

Latest : The "Berpetualang ke Aceh" series of novels could now be obtained in e-book form. Enter http://www.e-sentral.com/, click general novel and go to page 4. You can also type the word "Aceh" at the search box. Or click straight Book 1, Book 2 and Book 3.

Saturday, January 12, 2008

Makam (tomb) of Laksamana Bentan

Assalamualaikum semua. Kali ini, saya teringin meletakkan gambar-gambar yang diambil di Makam Laksamana Bentan di Kota Tinggi kira-kira 3 minggu lalu. Sila...
Peace be upon you all. This time, I want to put some pictures taken at the tomb of Laksamana Bentan in Kota Tinggi some 3 weeks ago. Come...


Lebih kurang 1km sahaja daripada bandar Kota Tinggi terletak makam milik seorang pahlawan Melayu Johor dahulukala yang sangat terkenal ini...
Just about 1km from the town of Kota Tinggi lies the tomb belonging to this very famous Malay Johor warrior of old...


Daripada papan tanda di tepian jalan tadi kelihatan bangunan makam...
From the sign-board next to the road just now can be seen the tomb building...


Sebelum bangunan makam tadi, terdapat sepasang makam lama lain yang tidak diketahui dengan pasti milik siapa...
Just before the tomb building seen just now, there's a pair of old graves which one couldn't surely tell belonging to whom...


Kesemua makam-makam ini terletak di tepi Sungai Johor...
All these tombs are situated beside the Johor river...



Saya rasa tak perlu menerangkan cerita tentang Laksamana Bentan ini. Baca sendiri apa yang ditulis oleh pihak berkuasa...
I don't feel the need to explain the story about this Laksamana Bentan. Read yourself what the authorities have written...


Sebenarnya ada sepasang makam di dalam bangunan ini. Yang dekat ini milik Laksamana Bentan. Adapun namanya yang sebenar ialah Megat Seri Rama. Laksamana ialah pangkatnya sementara kepulauan Bentan (sekarang di dalam Indonesia) dikatakan tempat asalnya.
Actually there's a pair of graves in this building. The one nearer belongs to Laksamana Bentan. As it is, his real name is Megat Seri Rama. Laksamana (royal admiral) is his ranking and post while the islands of Bentan (now in Indonesia) is said to be his place of origin.


Dan yang sebelahnya milik Dang Anum, isteri Laksamana Bentan.  Sekian...
And the one besides to belongs to Dang Anum, the wife of Laksamana Bentan.  That's all...


80 comments:

Anonymous said...

Salam sejahtera,
Sy sedang Mencari sejarah

Anonymous said...

Assalamualaikum,

Sebenarnya saya selalu berasa amat terharu apabila membaca kisah tentang Laksamana Bentan.Buat pengetahuan,didalam keluarga saya kisah ini telah diperturunkan dari satu generasi kepada generasi yang seterusnya kerana saya adalah daripada keturunan laksamana yang berani dan berpendirian tinggi ini.Saya tiada saudara mara di Kota Tinggi disebabkan oleh sumpahan itu.

Wassalam.

nhanania said...

anonymous..kenapa identiti anda dirahsiakan? keluarga saya juga telah diperturunkan cerita mengenai sumpahan itu oleh arwah bapa saya.

Arwah bapa ada menceritakan mengenai seorang pakcik saya yang telah terkena sumpahan itu. 22-23 November ini saya mahu ke kota tinggi kerana mahu menziarahi keluarga sblh emak dan menghadiri kenduri kahwin, tetapi saya masih meragui adakah sumpahan itu belum berakhir.

Anonymous said...

ada ke benar atau tidak...
saya mahu berkenalan ngan saudara yang mkenyatakan ia kerabat Dato Laksama...
Bole email saya di stylo_boyz85@yahoo.com @ mohd.shahril@tecasia2u.com

Anonymous said...

Kisahnya amat mengharukan.. seorang pahlawan yg terbilang

Anonymous said...

assalamualaikum.
saya adalah keturunan megat serirama yg ke-8. saya baru tahu bahawa saya adalah keturunannya melalui salasilah yg dibuat oleh keluarga sebelah atuk saya.cucu megat serirama iaitu tok usoh terkandung dlm keturunan saya.

Anonymous said...

salam sekalian keluarga laksamana bentan...

Saya juga mendapat maklumat dari keluarga yang saya juga berasal dari laksamana bentan. dari maklumat yang saya terima aruah sebelah dato sedara saya masih tak boleh menjejak kaki ke kota tinggi. Saya tak pasti ianya hanyalah kebetulan ataupun sememangnya ada kaitan dengan sumpahan tersebut. Walaubagaimanapun untuk pengetahuan sekelian ayah dan saya tidak mengalami sebarang masalah ketika berada di sana. Wallahualamm...

Anonymous said...

Assalamualaikum

Sya telah mendapat tahu dari datuk saya bahawa saya juga keturunan laksamana bentan. Die cerite...
Lepas laksamana tu bunuh raja. anak2 laksaman tu kalu mengikut adat melayu. mana2 pembesar atau sape2 je yang bunuh raja. Anak2 dye pun akn di bunuh gak. Tapi anak2 yer sempat di bawa lari ke selangor. anak2 ye kahwin ngan org selangor. datuk sy kate. die dop pasti bahwa anak yer name nape. tapi hok yer kate. mule2 name Nahu(tak pasti ni anak or cucu laksamana. Pastu Encu. Anak die name Maulana. Maulana ni moyang saya. so maulana-datuk saya-ayah saya- dan-saya.
wallahuaklam

Anonymous said...

saya baru je find out yg saya ni keturunan laksamana bentan...tapi saya ni rasenyer dah keturunan yg ke-8 or ke-9...

harap2 dapat la saya kenal semua keturunan ini semua...

btw saya ni kat pahang...
pls la contact saya di email
eimane99@yahoo.co.uk..saya sgt teringin nak tahu in detail keturunan saya ni

Unknown said...

Assalamualaikum

Saya baru membuat kajian genealogi Laksamana Bentan. Emak saya dikatakan keturunan LB dan saya merupakan generasi ke-7. Sepupu saya dikatakan mengalami muntah darah dan kemudian meninggal setelah singgah di Kota Tinggi. Adik saya pernah berkelah di KT dan hampir maut, nasib ada hambaallah menyambar. Kami yang lain manjauhi KT. Ramai keturunan LB di kepulauan Riau Indonesia -Batam, terutamanya, Singapura, Malaysia dan Brunei.

Anonymous said...

assalamualaikum kpd waris2 LB...

Mak sy gak keturunan LB kirenye arwh atok sy la dr keturunan LB,nnk sy lak BUGIS...sy dpt cite ni dr mak sy,cite2 yg sy bce kt blog ni,sy pnh dgr..so hope kte dpt wat reunion ktrunan LAKSMANA MELAYU BENTAN k....jom2 bgthu fmly kte....

Anonymous said...

mgkin di kalangan kte nih..antare yg kte knl...jgn lupuskn ktrunan BUGIS MELAYU BENTAN....

raid said...

nama sy raid..
sy 21 tahun..

setahu saya, keturunan yg masih hidup adalah yg ke-8,9 dan 10..

menurut nenek dan ayah saya..
mereka ada lukis haritu lama dah ttg salasilah ni..
sampailah ayah saya ckp, nenek sy tu adalah keturunan yg ke-8, jadi generasi ayah sy yg ke-9..dan sy generasi yg ke-10.

Anonymous said...

assamualaikum...
cucu cicit bentan...
aku rse bangge ble dgr korang
mgisahkan tentang panglima bentan..
aku mmg berdarah bentan..dan senjata dari keturunan bentan masih ada dlm jagaan keluarga aku..bapa aku dah lame meninggal dan arwah pernah muntah darah setelah dtg ke kawasan y berhampiran dengan makam bentan..
setelah aku berjumpe dengan orang2 lama y berdarah bentan..mereka mengatakan ada lagi dua senjata bentan y belum di miliki sesiapa..iaitu tombak dan keris.dan pedang bentan dimiliki keluarga aku..ianya hadir tanpa diketahui...

Taufiq said...

hmm saye jge kturunan laksamana bentan,, tpi xtahu yg kbrape.. brminat nk tahu lebih lanjut lgi menegenai salasilah keturunan saya nie

Anonymous said...

salam, lepas terbaca blog ni, tiba2 saya minat nak tahu salah silah keluarga.. laksamana bentan pernah diceritakan oleh arwah nenek, tapi saya tidak berapa pasti..samada saya dr keturunan sultan melayu atau laksamana.. yg saya tahu, ayah saya pernah bercerita yg dia pernah ternampak slah silah keluarga ditulis di atas kulit kambing dlm bahasa arab..jadi kalau ada sesiapa yg tahu tentang kulit kambing ni..plz mail me back..nana_cowgal@yahoo.com

Unknown said...

assalamualaikum semua...
i nak bagtaui something ni..tp tak tau benar atau tidak..
cam ni..mak i dan keturnan i bidan mengurut..mak saya perolehi dari mimpi puteri bunian 7..
al kisahnya..pegi jupa bomoh,, 2 org bomoh yang berasingan menggunakan org2 mekah untuk berubat...
dikatakan keluarga saya dilindungi oleh puteri yg tiada penjaganya...dan bersahabat yg tak tau mana asl usulnya memberikan ilmu perbidanan kepada mak saya..
dan mak saya perolehi sebiji batu sebesar batu cincin..umpama geliga la,,
dah 2 tahun mak saya mengurut org..alhamdulillah mak tolong org semua menjadi...
yg x mengandung, jd mengandung,,salah urat jd elok...kalo patah..malam nya diberi mimpi bhawa patah...boleh bersunat budak perempuan...kalo hantu setan yg kecik2 mak saya boleh halau..
diselidik keturunan mak saya penah menjadi bidan diraja di negeri perak...
setelah diselidik.. keluarga saya moyang2 dulu penah berkahwin dengan bunian dan tinggal di sana...
dan diselidik juga ade darah keturunan bentan...
peliknya saya bukan org keturunan johor..
diselidik juga datuk ade keturunan banjar,,nenek punyer darah ada keturunan jawa yg ade kaitan ngan bentan yg asal dri jawa...
maslahnya ade darah raja jugak,,
penah pegi jupe bomoh sampai bersilat bomoh cam dirasuk oleh keturunan memberi tahu adat2 yag patut dibuat...
contohnya sebelum upacara katam Quran,bersanding,cukur kepala, kena wat bubur putih bubur merah..ayam kg disalai...dibaca doa selamat dan makan bersama keluarga..
nak kata syirik tak jugak..baca doa selamat dan makan bersama..
entahlah..sukar nak percaya...
dulu kisahnya moyang juga bomoh meniti di atas buyung berkain kuning diraja...
dan diberitahu keturunan saya x bleh melintasi kota tinggi..kalo pegi muntah darah..setakat ni x pegi lagi la..takut gak...
penah kitaorang x buat adat tu...
akibat majlis kenduri abang saya makanan terlupa nak masak,,nasi tak masak2 dan byk kejadian pelik...
dan dituju plak oleh bomoh mengatakan saya berketurunan bentan cepat marah..betul gak...
dan panggil bomoh buka antara keluarga saya kena mandi beradt jawa diraja..dan mungkin boleh diberi ilmu perbomohan..tak tau lah...
wallahuaqlam...

Anonymous said...

tak ada bukti yg sahih ada orang menemukan keris Panglima Bentan!
hanya KETURUNAN dia sahaja yg ada simpan keris tu!
kalau benar orang yg bukan keturunan Panglima Bentan tu ada keris Panglima Bentan, mmg MUSTAHIL!
sekarang kalau korang pandai kira, keturunan dia sekarang dah sampai keturunan yg ke-10.
yg masih HIDUP sekarang hanya keturunan yg ke-8, yg ke-9 dan yg sekarang.

Keturunan yang ada sekarang, menurut sumber yg boleh dipercayai, memang memiliki anugerah yg diturunkan oleh Allah.
Tapi setiap daripada 3 keturunan sekarang, hanya segelintir sahaja yg memilikinya.
dan org terpilih antara semua tu mungkin memiliki silat ilmu kebatinan yg diwarisi darpada Panglima Bentan.

tentang asal usul Panglima Bentan, dia berasal dari keturunan Raja di Sumatera atau Jawa...itu saya tak berapa pasti antara kedua2nya

Hulubalang said...

assalamualaikum.
sy memang berminat dgn kisah sejarah lampau.terutamanya di negeri johor.laksamana bentan,panglima si bongkok,dan ramai lagi pahlawan di johor..kebanyakan mereka "hilang" dlm sejarah negara.tentang keturunan laksamana bentan.adalah lebih baik mereka yg mengakui berasal dari keturunan bentan mempamerkan bukti2 seperti asal usul salasilah keluarga.ini lebih sistematik supaya tidak ada yg suka2 mengaku.perlu diingat "sumpah pahlwan" bukan sumpah "politik".silap langkah maka terjebak la kita.paham2 la maksudnya..

Anonymous said...

salam..

sbnrnye sy pun keturunan laksamana bentan,tp sy x tau sy ni keturunan ke berape?prnh gi kota tinggi,tp semase br nk sampai kat KT tu,tibe2 angin kuat semcm.mcm nk ribut.dan slps tu sy dan keluarga x berani lg nk jejakkan kaki di KT.nenek sy ade ceritekan tntg laksamana bentan.die ckp kalau 7 keturunan jejakkan kaki di KT,akan muntah darah & kalau slps 7 keturunan ,keturunan itu akan ditimpa ribut saje.itulah yg diceritakan oleh nenek sy.

a D a m said...

salam..
saya rasa sangat terharu apabila membaca tentang kisah laksamana bentan...
saya disini ada satu soalan..
adakan penerbit terkenal JAMIL SULONG
merupakan keturunan laksamana bentan?
sekian..

Ah Moy said...

wah..byknyer..mcm mana nk tahu kita kerturunan laksamana ke tidak? selama ni x pernah lagi jejak kota tinggi..dan tak pernah tahu langsung akan asal keturunan saya...yang saya tahu..saya orang jawa...harap-harap di jauhkan la sumpah kepada seluruh keturnan Laksamana...

Unknown said...

assalamualaikum,
seronok membaca komen dan tak kurangnya menceritakan hal perihal sejarah laksamana bentan.
Alangkah bagusnya jika diadakan satu perjumpaan yang menceritakan keturunan Laksamana Bentan serta membawa akan bukti peninggalan oleh keturunan ini.
Dari situ kita akan mendapat banyak cerita dan dapat mengeratkan lagi tali persaudaraan anatara keturunan Laksamana Bentan.
Saya harap dan berdoa agar di satu hari nanti pertemuan ini menjadi kenyataan.Insyaallah.

Wasalam

Anonymous said...

akum..sireh,pinang,kapur,permakanan.orang,,melayu,kalau..kalian..semua..mengaku..keturunan.L.BINTANapa..pusaka..yg..kau..orang..ada..ayahanda..aku.masih..ada.beliau..berdarah.bintan..,lahir..dgn.penuh..mestri..berdarah..putih,dan..ada.menyimpan..pusaka..keris.laksaman.bintan 13 luk..kepunyan.L.bintan.ada satu keris L.bintan..masih.belum.jumpa..ayahanda..kata..dia.sepasang.moyang..saya..dtg..dari.bintan ke tanah melayu..pada..1890..dan.datok.saya.di.lahir pada 1902 berkahwin dgn sepupunya.yg berasal dari bintan,iaitu anak.pada adik moyang saya.moyang..saya.dtg..ketanah..melayu.dgn.3beradik.belau..telah..di.lantik..sebagai.imam..pertama..d.masjid..kg.sungai.rengit pengerang johor.dikenali..sebagai..tok.uban.kami.masih.ada.saudara.di.bintan.dan.batam..saya.sudah..4kali.mendaki,ke gunung bintan..cerita banyak pun tak guna..hak,tetap,pada.yang hak.hanya..allah.aje..yg tahu.setahu saya ayahanda adalah keturunan terakhir..kerna dia berdarah putih lahir pada 10/10/1946..7keturunan bersaman 300tahun.kalau nak tahu cite seterusnya hubugi saya hp.0126999903 dan saya amat berminat..nak..jumpa,,dgn..keturunan,sendiri..maaf ku pohon adaai kata 2 akun ni kasar..aku,di kenali.sebagai.al bintan

Harleny Abd Arif said...

Salaam...

Sekadar teguran ikhlas buat saudara...

Andai sahih sekalipun Saudara adalah pewaris kepada keturunan L. Bentan seharusnya biarlah berlapik bila berkata-kata. Bangsa Melayu ini kaya dalam tutur dan kata...kalau tidak masakan pepatah menyebut, "Bahasa Melambangkan Bangsa." Kata-kata saudara seolah-olah mengenepikan hak waris yang lain sebagai susurgalur jurai keturunan L. Bentan. Mereka yang lain bukannya menuntut apa-apa hak, tetapi sekadar ingin menjejak salasilah dan selebihnya mensahihkan darah keturunan L. Bentan yang mengalir dalam diri.

Perlu diingat apabila kita cuba untuk mengeluarkan kenyataan bahawa kita adalah satu-satunya waris yang ada, saya kira kita perlu berfikir sebelum meluahkannya. Hal demikian kerana, salasilah itu ibarat dahan yang banyak cabang dan rantingnya. Apakah saudara lupa bahawa selain saudara, adik-beradik yang lain turut mempunyai anak, cucu dan cicit. Lainlah sekiranya moyang, datuk, bapa, saudara sendiri diikuti anak, cucu dan cicit saudara dilahirkan tunggal. Itu barulah boleh disebut pewaris tunggal yang punya hak mutlak.

Dalam hal mensahihkan darah keturunan raja umpamanya, ada 5 khazanah yang perlu dibuktikan iaitu Mahkota, Cap Kempa (mohor), keris pertabalan, pedang dan tombak. Justeru apakah saudara miliki kesemuanya? Kemungkinan waris lain yang saudara nafikan hak mereka punya salah satu atau mungkin lebih lagi khazanah di tangan mereka. Namun begitu, tidaklah bermakna mereka yang tak punya khazanah tersebut boleh dinafikan hak mereka.

Bimbang pula dengan kenyataan sebegini boleh memecahbelahkan keturunan sendiri hingga mewujudkan pertelagahan. Seharusnya, berbicaralah dengan penuh hikmah...kerana soal menjejak salasilah ini seharusnya dapat menghubungkan tali silaturrahim di antara waris L. Bentan sendiri bukan di sebaliknya.

wsalaam.

Anonymous said...

Ayah saya bernama Bujang, Bapa dia bernama Hussien @ Daeng Mokhsin dan datuk dia bernama Meman. Ayah saya berasal dari Pontian Johor dan berhijrah ke Tawau Sabah pada tahun 1967.Menurut arwah ayah saya, datuk dia Meman atau dikenali sebagai Panglima Meman berdagang damar dari Makassar ke Pulau Bintan dan berkahwin dengan wanita Bintan dan pusaranya berada di Pulau Bintan.Bapa ayah saya Daeng Mokhsin pula selepas krisis di Pulau Bintan melarikan diri ke Pontian Johor dan membuka tanah hutan dan berkahwin dengan wanita tempatan dan menukar nama kepada Hussien dan di kalangan masyarakat setempat dia lebih dikenali sebagai Pawang Hussien.Arwah ayah pernah bercerita yang salasilah keturunan kami ada darah keturunan Laksamana Bintan.Sehingga kini saya masih tertanya-tanya hubungkait moyang kami Panglima Meman dengan Laksamana Bintan kerana tidak pernah diceritakan siapa adik beradik Panglima Meman ini atau bapanya.

Anonymous said...

salam... sayer seorg pelajar.. sayer hendak membuat kajian tetng cerita l.b kerana sayer kene wat drama ttg l.b nie.. tolong bagi cerita yang sebenardan kepada sayer... dan dalam kumpulan sayer ader yang berdarah l.b dia keturunan yang ke 9.. harap bagi kerja sama.. please email at farizielalululism@ymail.com

salasilah01 said...

Facebook (Cicit Megat Seri Rama) ini mengumpul data salasilah Cucu Cicit Megat Seri Rama. Mungkin saudara ada kaitan request add in. email salasilah01@gmail.com fb (Cicit Megat Seri Rama)

Anonymous said...

salam....family sy merupakan keturunan laksamana bentan ni jgk...dan ini telah diceritakan oleh datuk moyang kami...cuma kat sini sy ingin nk tny...cmne nk add kat facebook ye...xde pun page tu

Anonymous said...

Assalamualaikum,

Saya rasa kita patut berhubung diantara satu sama lain dalam menjejaki dan mencari susur galur keturunan Megat Seri Rama @ Laksamana Bentan. Apa yg perlu ialah mencari dan menyusun kembali salasilah keluarga dari generasi kita hingga ke generasi yang dapat kita perolehi. (generasi awal hingga ke 6 sudah meninggal)Ia umpama sepertimana kita menyusun susunan jigsaw puzzles,apabila dicantumkan saya rasa susunan salasilah dari semua ranting tersebut akan berada terus dibawah keturunan Megat Seri Rama yang asal.

Sham Badlishah AlZahari
shamalzahari@yahoo.com

syaqis said...

Memang ada pewaris yang memiliki Keris LB dan berada di utara Johor..
keturunan yang disumpah adalah seluruh warga keturunan Bintan....
sumpahannya telah berakhir..

Hamba dari susur jalur Sultan Mahmud,dan sememangnya hamba akan terasa sesuatu bila melawat Makam LB...

amrad said...

aslam semua.
sy bg tau.
klu anda btol kturunan bentan. sejarah kturunan adalah sama sy.
sila sertakan email dan no phone utk mudah dihubungi. mgkn ada yg blh dikongsi bersama. sbnrnya msh ada kturunan ke 6 ke 7. mgkin anda tidak tahu. mgkin sy boleh kongsi dan anda boleh kongsi bersama. dan mgkn sy blh br sedikit prgai anda mgkin ada sama sbb kt dari darah yg sama

inda lastary said...

salam...kt ni kira 1 family la ni.... dah byk sgt cucu cicit laksamana ni.. nti kt uat reunion... hehe

lastary said...

papehal kita roger kat facebook..nti aku uat... ap2 hal komen2 kat situ...kt shre2 sej..... type kat face book... search `keturunan laksamana bentan`

amrad said...

apa2 yg hendak diwarwarkan sila ker group facebook. keturunan laksamana bentan.

amrad said...

tahun 2007 sy ada pulang ke pulang mengkasih dekat la dgn pulau bentan kampung ma sy. masa berjumpa dgn sedara mara, mereka menceritakan yg saya nie keturunan laksamana tersebut. sebab sbb mereka menceritakan yg sepu2 sy g kt pastu muntah darah. n ada lagi ada nenek sedara sya yg mana ia adik kepada arwah datuk saya dan umo dia sekarang umo dia antara 120 tahun. mereka ckp dia adalah keturunan ke 6 atau ke 5 klu xsilap saya. ada lg khabar yg saya dengar mana keturunan kita klu naik kt tu klu pening kepala tiba2 baik kuar dari kt sebelum pape terjadi. yg sy dapat tahu prangai keturunan kita adalah penyabar tapi klu sabar ilang kita xleh kontrol. papepon allah maha mengetahui..so siapa yg terbaca serahkan email dan layari facebook dan add group keturunan laksamana bentan, add saya bernama suciptoJR

adlinabintirosnan said...

salam
hahah bile baca komen2 tadi rmai nye keturunan laksmana bentan..sebenarnya saya juga berketurunan laksamana bentan...nenek perempuan sya pernah cerita...atok kpd nenek sya tadi pernah muntah darah bile dia jejak ke kota tinggi...saya pon x tau laa..coz nenek yg citer...maybe betol kot..dah org tua cite x kn na tipu pulak kn?...lagi satu ni ayah saya...dia pon sama asal die jejak ke kota tinggi je mesti dia muntah2..tapi dia x muntah darah..just muntah biasa je...tapi jarangla nengok ayah muntah....hahah sorry panjang lebar tapi itulah yg saya na ceritakan..sya pon x tau sya keurunan ke berapa...maybe sumpahan tu da habis...kta nenek sya sumpahan tu da habis......tu yg ayah sya muntah biasa je...tapi walau apapon kita doakan je la..moga2 atok kte, LAksamana Bentan ditemptkn di kalangan orang yang beriman...Amin.. Al-Fatihah ~@dleena~

Anonymous said...

salam..
haha bila sya baca balik komen2 yg diberi tu ramai nye yang berketurunan laksamana bentan...actually sya na cerita...kata nenek sya : atok kpd nenek sya tadi pernah muntah darah bila jejak kaki ke Kota Tinggi..tapi x tau la ..itu nenek perempuan saya yang bercerita...tapi bila org tua yg cerita mesti betol..xkn la diorang na tipu plak kn...lagi satu nie ayah sya...dia pon muntah asal jejak kaki ke kota tinggi...tapi dia ta muntah darahlaa..tapi dia muntah biasa .nenek saya kata sumpahan nye da habis......nama moyang2 sya yg muntah darah tadi tu x silap org gelar dia atok TALIB kot..tapi sya x tau la sya keturunn ke berapa..ntah la.......walau apa pon kite doakn je moga2 rohnya ditemptkn di kalangan org yg beriman...Amin...Al-Fatihah...

bobwaltzco said...

salam smua..maaf mencelah

setahu saya sumpahan keatas keturunan LB tiada penghujungnya..

hanya sebatang sungai yg menjadi sempadan antara sumpahan tersebut.

Norita Kamaruddin said...

Assalamualaikum..

Saya pun teringin juga nak tau lebih lanjut tentang keturunan bentan ni.Saya pun keturunan Laksamana Bentan.Tapi tak tau la keturunan yang ke berapa. Arwah atok saya dulu marah kalau ada sesiapa di kalangan kami anak cucu dia nak pi buat lawatan ke Kota Tinggi. Megat Seri Rama tu ada berapa orang anak sebenarnya yer..?

Anonymous said...

Bukankah semua perkara, hidup mati, sihat sakit, senang susah dan segalanya ditentukan oleh ALLAH SWT. Kenapa kita perlu takut akan sumpahan manusia. Bukankah sumpahan ALLAH SWT lebih dahsyat. Kalau ALLAH hendak kita jatuh sakit maka sakit lah kita. Amalkan segala suruhan ALLAH dan RasulNYA, pasti tiada kesusahan menimpa sekiranya ALLAH tidak berkehendakannya. Takut pada sesuatu yg lain dari ALLAH SWT boleh jatuh hukum syirik.....

Anonymous said...

Taubat lah wahai sekalian saudara seislamku. Jangan lah anda mensyirikan ALLAH. Ikut lah panduan Rasulullah. Diakhirat nanti semua manusia sama sahaja. Tak kira raja atau rakyat biasa. Yang berbeza hanyalah amalan. Kepada keturunan Laksamana Bentan, jangan lah anda takut pada sesuatu selain kuasa ALLAH SWT. Ajal maut ditanganNYA, bukannya sumpahan karut dan dongeng. Kalau kita jatuh sakit, itu datangnya dari ALLAH yg Maha Berkuasa atas segalanya dan pohonlah kesihatan daripadaNYA..........

circus envy said...

hi. saya dari singapura. saya diberitahu oleh sepupu saya dari johore yang datuk saya adelah keturunan laksamana bentan dan bapa saya kemungkinan keturunan ke 10. wallahualam. saya pun darah keturunan bugis...

Anonymous said...

assalammualaikum, saya juga dari keturunan yang sama.Megat sri rama @laksamana bentan. saya dr shah alam.. saudara mara, atok saudara ramai yg tgal kan sejarah cerita ini di kuala slagor. arwah nenek saya & datuk kawin bersaudara.(org kuala sgor& bagan dato) mereka juga tidak boleh mjejak kaki di kota tinggi(tidak pasti generasi ke berapa. rasa yg trakhir) kami ade buku salasilah keluarga... atuk sedara saya masih aktif mnyambung buku tersebut..

Anonymous said...

name sye muhari.asal bentan sye prnah diberitahukn keluarge dri belah ayah bhwesenye sye ini genersi ke 5 dari laksmana bentan(panglime puteh)atau megat sri rama.sumpah ttg tak dibolehkan mesuk kesuatu tempat di kote tinggi itu benar adenye.sudah banyak dah dari sedare2 sye yang mbuktikannye, rate2 merke yang mncobe larangan tersebut tak pernah bise bertahan lame hidupnye.karne banyaknye darah yang kelua dri mulut scare tibe2.
kalau ade yg merse msih ada darah laksamane bentan,tpi,pas die masuk ke kote tinggi die tak ape2,itu artinye die tak ade sankut pautnye dengan laksmane bentan.maaf jike ade salah2 kate.wasalam














wallpaper, utorrent

Anonymous said...

salam sejahtre slam persudaraan untuk semua keturunan laksamne bentan dari turunan ke 3 smpai 5.

dari M.MUHARI FADLY bentan kepulauan riau.























antivirus, utorrent

Anonymous said...

to.AMARaD
sye setuju dengan awak. kalau hemat sye keturunan ke 6,7 masih belom habes lgi sekarang ini je baru mase keturunan ke 5.

MMF. BINTAN.KEPULAAN RIAU.





















youtube to mp3, utorrent

PERSATUAN ANAK-ANAK JAWANG said...

kalau kome semua keturunan LB ...memang sumpahan itu belum habis lagi,kejadiaan pada th 1660an,teman merasakan keturunan LB yg ada mungkin dari susurgalur dari abang,adik je ..kalau zuriat anak sudah tentu tiada,apabila kita mrngikuti penceritaan sejarah LB ini,sebelum ke Johor itu diluar tilikan teman... menharapkan Keturunan ini buat satu Re Union n bincangkan perkara ini ... jng malu n segan dlm mencari nasab ... teman pun nk join kot-kot ada sangkut,sebab Megat,Megat ini asalnya dari Sumatera.

amrad said...

papepun yg penting kita xtau kita keturunan keberapa dan yang keberapa. tapi yg penting hanya allah shaja yang tahu. kita xboleh mengetahui sapa antara sape dana keturunan keberapa yang masih ada. kita hanya manusia yang hanya mampu mengetahui dan mencari. kalau da sapa yang ada pertalian bersama mengenali antara satu sama lain berkongsi pertlian bukan nya melemparkan perkataan yang kuarang disenagi. yang pastinya laksmana bentan mempunyai anak dan anak melahirkan anak. dan anak akan melahirkan anak lagi. kita tidak tahu kita yang keberapa cuma yg boleh kita lakukan sedekahkan alfateha itu yang termampu. alfateha. papepun add la di fb cari laksmana bentan atau cicit megat seri rama. perbanyakkan keturunan yang menghilang salam.

amrad said...

perkara berlaku dalan 500 tahun lepas. tapi kita tidak tahu kita yang keberapa. mengikut perkiraan. kemungkinan generasi ke 6 7 atau 8 masih ada skarang ini. dan kepastin generasi tersebut masih ada sebab kebanyakanada antara keluarga masih yg ada berumur 100 tahun keatas. dan xkesah kita keturunan keberapa mari kita berkongsi dan berkumpul suatu hari nnt. papepun mari bersama di fb ok

ema catchy said...

izzit true??actually sy bakal berkahwin dengan org kota tinggi..dan sy merupakan keturunan ke 8..dan sumphan itu smp keturunan ke 7 bermakna mak n nenek sy masih ade lagi sumpahan itu..sy igt smphn itu dh takde lagi..rupenya masih ade lagi..risau nya..mcm mne sy nak kwen nnti..

Anonymous said...

salam... saye salah seorang keturunan lb. tu pon arwah ayah yang cakap.. ayah asal dari kuala selangor.. kakak saudara saya penah ke bukit tinggi pasal ade lawatan.. mase tu die tak tau lagi yang die ade darah lb.. mase kat sane die tetibe je muntah2. orang kat sane trus suruh die pg hospital.. mase kat hospital baru die tau yang die ade darah lb.. tu pon ayah die yang bagi tau..

Anonymous said...

mase saye kecik2 dulu arwah ayah ade citer pasal barang peninggalan spt gong dan keris.. bende tu masih ade kat sedara mara die.. wallahhualam..

Anonymous said...

lagi satu arwah ayah ade gak citer.. sumpahan tu tuk semua keturunan lb.. bukan 7 sahaje.. pasal sultan dah murka sangat pasal tu die sumpah semua keturunan lb

Anonymous said...

erm..saya juga di bagitau oleh mak saya bahawa saya keturunan laksamana bentan..saya tak percaya tapi sy di bagitau oleh aruah sarjan hassan bahawa apa yang dikatakan oleh emak saya memang betul..katanya pergi tengok kat kubur

Dato' Panglima Hitam said...

Assalamualaikum wahai saudara-saudara...

Saya juga seperti kalian yang dimaklumkan sebagai keturunan Laksamana Bentan...

Mempunyai Salahsiah Keturunan dari ibu kepada bapa saya..

menurut beliau saya di kalangan keturunan yang ke 7 atau ke 8.

Masih dilarang untuk mengunjungi makam Sultan Mahmud II.

Perah berlaku kejadian dimana datuk saudara saya yang muntah darah apabila bertugas berhampiran makam baginda dan diselamatkan penduduk kampung.

Pengalaman saya pula dimana saya ingin menziarahi makam baginda tetapi pandangan saya di kaburi dengan hutan belukar sampaikan saya tidak nampak laluan masuk ke makam baginda sultan.

setelah gagal menemui jalan masuk, saya dan isteri pulang ke rumah dan bila di rumah, isteri memaklumkan dia nampak jalan masuk itu.

sedangkan saya hanya nampak hutan belukar dan sebuah kubur di tepi jalan.

saya menceritakan kepada nenek, dan dia melarang saya untuk kesana lagi berkemungkinan ada sebab atas kejadian itu.

saya sendiri tidak faham apa yang berlaku..
wallahualam.....

Salam untuk saudara semua... ~PirateJB~

Anonymous said...

yg penting,.
jgn lupa sbb Allah menghantar manusia ke muka bumi..
dan kita smua adalah satu kturunan, dari Adam a.s
kita akan dipangil satu hari kelak.

Unknown said...

assalamualaikum, saya berminat dengan salasilah LB ini dan dikatakan melalui cerita lisan berasal dr keturunan tersebut, saya berharap dpt mencari susur galur keluarga dan berharap boleh bersama2 mencari.... boleh hubungi saya nizam di kuantan pahang, izamgen2@yahoo.com

rizalrazul said...

kenapa raja mahmmod sumpahanya untuk seluruh keturuna megat? dan bukanya hanya keturunan megat seri rama?..Atuk sy yg berasal dari perak pon melarang ke makam sultan mahmood johor. By the way i kawen pon dengan org kota tinggi. Pernah bersangah di kg makam terletaknya makam sultan mahmood. Takde ape2 yg terjadi pon.Menurut penjaga makam tersebut sumpahan telah berakhir lama sbb hanya 7 keturunan sj yg disebut oleh sultan mahmood. Huh sebenarnya klu mempercayainya adalah kurafat. Mengikut sejarah melayu keturunan megat telah bertapak seawal kerajaan melaka lagi. Ingat lagi parameswara memeluk islam lalu menggunakan gelaran Megat Iskandar? Sultan melaka pernah membawa megat terawis masuk untuk membantu negeri perak pada masa itu. Rujuk kembali teks Sejarah Melayu...mungkin sbb demikian sumpahan dr sultan mahmood merujuk kepada seluruh keturunan megat.


Allcoins Faucet Info said...

salam sekalian keluarga laksamana bentan...

Saya juga mendapat maklumat dari keluarga yang saya juga berasal dari laksamana bentan.dan saye tinggal di kepulauan riau, dari maklumat yang saya terima aruah sebelah dato sedara saya masih tak boleh menjejak kaki ke kota tinggi.paman saye ade ke sane muntah darah dan meninggal dunia Saya tak pasti ianya hanyalah kebetulan ataupun sememangnya ada kaitan dengan sumpahan tersebut.tapi kami masih keturunan yang ke 6,di Mukut malay ade saudare juga, dan klau tak salah kami masih punye krisnye yang bermate due dan kain cindai yang tak di makan api,Wallahualamm... kire ade saudare mare dari keturunan Bentan nak chat email saye ronnypaslan@gmail.com

chantek manis said...

Assalamualaikum...sy juga baru di beritahu oleh ibu saya bahawa kami keturunan ke-8 Laksamana Bentan...

Unknown said...

maaf cakap ! ramai yg mengaku waris magat seri rama,tapi klu keluargamu sendiri tak pasti,baik takyah cerita je,buek nyakit ati je !

Sahruddin Esa said...

Assalamualaikum warohmatullah...

Selawat dan salam ke atas junjungan besar kita Nabi Muhammad SAW.

AL-FATIHAH buat moyang kita Datuk Laksamana Bentan. Semoga rohnya dicucuri rahmat dan kasih sayang ALLAH di alam barzah sana.

Kepada waris keturunan Datuk Laksamana Bentan. Marilah kita bersilaturrahim dalam satu majlis ringkas, terutama yang berada di Kuala Lumpur dan Lembah Klang.

Mohon hubungi saya 019-3064537/019-5724145

Facebook: https://www.facebook.com/sahruddin.esa

Anonymous said...

Atuk sy bentan...dia ade simpan satu pedang yg masih disimpan.....dh punyai penjaga..ayah sy simpan pedang tu skrg....pd satu mlm sy pnh ternampak pjage pedang tu...berbaju hitam...ikat kepala warna merah...tp sy tk pnh takut....baru2 ni dlm bulan pose sy bermimpi...pedang tu digunakn semasa mbunuh sultan mahmud semasa di jujung hendak pg sembayang jumaat.....klau ikut logik kita perlu kn senjata yg pnjang tu mjolok..atau mnikam di tempat yg tggi...keturunan sy mmg dari tk boleh pg kota tggi....tp tang sy tk de lah...last ayah sy....jd sesiapa yg tahu psl pedang...boleh cal 0123495332

chairudi28 said...
This comment has been removed by the author.
farradaim said...

datuk sy mnjjumpai keris laksama bntan..dan mnjaganyaa sehingga akhir hayatnya... apabila datuk sudah meninggal....keris tersebut mngamuk dan terbang didalam rumah.. tiada ahli keluarga yg mahun mjaga dan tidak tahu hendak dikembalikan kepada siapa.. kami terpaksa tanam di tanah pekuburan datuk..

Anonymous said...

Salam...raid waris generasi 7 yg dah pun mati kan sumpahan..7 keturunan tu..ada dkt melaka..ilmu warisan..pahlawan.. Turut ada pada anak2..beliau..tetapi umur anak2 beliau Blom cukup untuk..diperturut kan segala kebolehan... Nak cari...beliau.. Cari di ipd Alor Gajah.. Sarjan mohammad bhgn khairat kematian. moga kalian sume dpt bercantum sebagai generasi awal sampai yg ke 10 skrg...

chairudi28 said...

Betul juga tu ...,ramai sangat.
Perasaan saye Datuk Megat Seri rama tak punye keturunan lagi.
Kalaupun ade keturunan dari Laksmana Bentan,itu bukan keturunan Dato'Megat. & yang pastinye pula ade di Bentan(sekarang Bintan-Kepulauan Riau)

cute moms said...

Wow ramainya keturunan LB ntahlah sya pernah dengar makcik saya bercerita yg kami ni keterunan LB dan dia yg ke 7. Pakcik saya pernah ke sana dan mengalami muntah yg dikatakan tpi pakcik saya tidak lama berada di sana hanya melaluinya sahaja. Tidak kisah la betul atau tidak. Kalau betul mesti ada buktinya kan.

Allcoins Faucet Info said...

Alfatihah.........

Anonymous said...

Khazanah Warisan Laksamana Bentan masih ada. Khazanah Peninggalan ini untuk membuktikan wujudnya Laksamana Bentan dan keturunannya. Khazanah ini sengaja diletakkan luar dari negeri Johor.

Dyla said...

Slm semua..kata arwah nenek sy dan mak sy..sy pun berketurunan laksamana bentan. Mmg arwah nenek x boleh jejak kaki ke kota tinggi, muntah darah. Arwah mak ngah sy kalau ke sana, akan pening2. Sy sendiri pernah mengalami gangguan semasa bercuti di chalet kota tinggi. Mcm mana ye kita nak tau samaada benar atau tidak ttg salasilah laksaman bentan ni? Sehingga sekarang sy masih tertanya-tanya.

Emma said...
This comment has been removed by the author.
Emma said...

Dimana?

Emma said...

Kalau nak tahu itu keturunan Laksamana Bentan pantang dicabar-cabar!

Emma said...
This comment has been removed by the author.
Emma said...

Al-Fatihah utk unyang/moyang Laksamana Bentan,Saya Generasi ke8 LB dah cuba masuk Kota Tinggi ok aje...takde pape..tp Pakcik2 adik2 ayah asal Sg Balang, Muar pernah cuba memasuki Kota Tinggi itu memang saya pasti mereka ialah generasi ke-7 sebab muntah Darah semenjak bermula di jambatan memasuki Kota Tinggi katanya...berpatah balik tak berani takut lg parah kerana sumpahan itu memang benar2 wujud...memang sumpah ini diwarisi turun temurun mulut generasi ke generasi seterusnya sebagai peringatan supaya beringat2...

Emma said...

Betul tu...

Emma said...

Sumphan itu bukan dr kami...tp kami adalah generasi penerus kesinambungan keturunan sahaja...sumpahan itu adalah telah ditakdirkan oleh org2 sebelum kami...jd kami memandang serious oleh pesan yg telah disampaikan kepada seluruh keturunan iaitu generasi dan selepasnya...jadi berwaspada bukan mempercayai utk mensyirik kepada Allah ye Tuan...takkan kita nak hantar diri keluar muntah2 darah sampai mati katak sia2 aje di Kota Tinggi tu!siapa yg nak mati cepat? Tak ada kan?Jd mempercayai pesan org tua itu yg sebetulnya..tp sumpahan yg dikstakan karut itu memang sumpahan benar belaka hanya kami kedeluruhan keturunan sahaja yg merasakanya...tp tidak sampai mensyirikkan Allah la pulak!

Emma said...

Betul keturunan LB ni hati kering kuat melenting pantang dicabar2...