Thursday, March 06, 2008

Masjid Paloh (the Paloh mosque), Ipoh

Daripada Masjid Panglima Kinta, saya pergi ke sebuah lain masjid pula di Ipoh...
From the Panglima Kinta mosque, I went to another mosque in Ipoh...



Semasa itu saya setakat menumpang orang daripada Masjid Panglima Kinta yang tidak lagi digunakan untuk solat Jumaat berjemaah. Saya ingatkan orang itu akan membawa saya ke masjid negeri Perak yang tidak jauh daripada situ, rupa-rupanya pergi ke masjid lain pula...

At the time I was just hitchiking someone from the mosque of Panglima Kinta which has not hosted the Friday congregational prayers for some time. I thought the man would bring me to the Perak state mosque which is not far away, instead he brought me to another mosque...


Di hadapan masjid ini terletak sebuah bangunan makam...

In front of the mosque is a tomb building...


Menara masjid...

The mosque's tower...


Rupa-rupanya inilah Masjid Paloh yang baru saya tahu kewujudannya... Setelah membaca tentangnya dalam sebuah buku mengenai tempat-tempat bersejarah di Perak pagi itu.

It turns out to be the Paloh mosque which I've just learn about its existence... After reading about it in a book about historical places in Perak that morning.

Buku itu mengenalkan Masjid Paloh sebagai tempat di mana terdapat makam seorang pembesar Perak yang terkenal awal abad ke 20. Maaf, saya tidak ingat namanya... Kalau tidak salah, pembesar ini memegang jawatan Datuk Sri Adika Raja Shahbandar Muda...

The book introduced the Paloh mosque as the place where lies the tomb of a famous Perak early 20th century noble. Sorry can't remember the name... If not mistaken, the noble carries the title Datuk Sri Adika Raja Shahbandar Muda (sort of the royal harbour master)...


Makam itu terletak di dalam bangunan utama makam bersama beberapa buah lagi makam...

The tomb is situated inside the main tomb building along with a few other tombs...


Adapun menurut ceritanya di kawasan masjid ini juga terdapat makam beberapa orang pembesar Melayu lain.

As it is, according to the stories there lies the tombs of some more Malay nobles within the mosque's compound.


Hmm... Bangunan utama makam ini memiliki senibina yang agak unik...

Hmm... The main tomb building has rather unique architecture...


Pandangan terakhir terhadap bangunan utama makam dan masjid. Sekian...

A last look at the main tomb building and the mosque. That's all...

5 comments:

  1. Bagus diatas cerita tersebut...Saya ingin tahu tentang salasilah datuk panglima kulop kinta yang dikatakan telah membuka kampong paloh pada sekitar 1650an..

    ReplyDelete
  2. Saya Norasiykin
    hinatakin@gmail.com

    Sedikit sebanyak cerita saudara tentang masjid kg paloh membantu saya..kalau dpt bantu saya tentang sejarah kampong paloh atau salasilah datok Panglima kulop kinta, saya akan lebih menghargainya.
    Terima kasih

    ReplyDelete
  3. Assalamualaikum Tuan, kami baru saja pulang menziarah makam wali2 Allah di P. Pinang, Perak & Kedah. Semasa di-masjid Paloh ni, Alhamdulillah, Tuan Guru kami serta rombongannya telah di-bawa oleh seorg disitu kesatu makam yg dikatakan Makam Datoh Paloh, seorg wali Allah. Makamnya terletak di-hujung perkarangan tanah perkuburan, bernisan batu sungai & dibawah sepohon pokok Pinang (bila keluar dari masjid, menghadap kuburan arah kiblat, jalan terus sampai hujung perkarangan. Insyallah jumpa. Dari makam itu, bila mengahdap masjid pula, kalau ikut arah muka jam kira2 pada pukul 2-3, ada lagi satu makam wali allah atau org soleh kira2 beberapa tapak dari situ. Wallahu'alam. (Ada yg mengatakan bahwa masjid Datoh Paloh ini, adalah tempat berhimpunnya para wali2 Allah)

    ReplyDelete
  4. Wassalam. Terima kasih atas perkongsian maklumat.

    ReplyDelete
  5. salam,

    kepada mereka yang berminat untuk mendalamai sejarah Panglima Kinta,
    boleh layari laman facebook

    http://www.facebook.com/groups/kampungkepayang/

    Kampung Kepayang, Ipoh merupakan pusat pemerintahan kinta satu ketika dahulu. Sehingga kini dipercayai masih wujud waris-waris keturunan Panglima Kinta disini.

    ReplyDelete