Di tengah bandaraya Kuala Terengganu terdapat sebuah masjid putih yang agak terserlah iaitu Masjid Abidin...
In Kuala Terengganu city centre lies a rather prominent white mosque known as Masjid (mosque of) Abidin...
Di sisinya terletak sebuah kawasan pemakaman diraja Terengganu!
On its side lies a Terengganu royal burial area!
Ini adalah makam di dalam bangunan utama yang dipaparkan tadi. Kalau tak salah ingatan, ia adalah makam Sultan Ismail Nasiruddin Shah (memerintah 1945-1979), datuk kepada Sultan Mizan Zainal Abidin, Sultan Terengganu serta Yang di Pertuan Agung Malaysia sekarang...
This is the tomb inside the main building shown just now. If memory serves me right, this is the tomb of Sultan Ismail Nasiruddin Shah (ruled 1945-1979), grandfather to Sultan Mizan Zainal Abidin, the present Sultan of Terengganu who is also the Yang di Pertuan Agung (rotational king) of Malaysia now...
Di sekitarnya pula terdapat banyak makam-makam lama dengan batu-batu nesan besar setinggi 5 hingga 7 kaki!
Around it are many old tombs with tombstones which stood up to 5 to 7 foot tall!
Turut menarik perhatian ialah makam-makam lama menggunakan batu-batu nesan kayu hampir setinggi orang dewasa ini!
Also attracting attention are old tombs here using wooden tombstone (or is wooden tomb-marker a better word here?) which stands almost as tall as an adult!
Ini pula adalah makam Tengku Ali, seorang kerabat diraja...
This the tomb of Tengku Ali, a member of the royalty...
Walaupun di sini, baginda tercatit sebagai orang yang pernah memerintah Terengganu daripada tahun 1942 hingga 1945, saya difahamkan kerajaan Terengganu atau ahli keluarga kerabat diraja terdekat sekarang tidak mahu mengiktiraf Tengku Ali sebagai seorang Sultan. Kenapa agaknya ya? Sekian... :]
Although here, he is noted as someone who once ruled Terengganu from the year 1942 till 1945, I am made to understand that the present Terengganu government or rather members of the current ruling family do not recognise Tengku Ali as a Sultan. Why is that ya? That's all! :]
heard a story that tengku ali is one of the two real sons of Sultan zainal abidin III, his elder brother tengku abdullah had run away to village and became ordinary people as he refused to become a sultan. tengku ali became sultan then, however due to his unethical behaviour, he was kicked by the royal members of terengganu and they chose tengku ismail (grandfather of current terengganu's sultan) as predecessor. also heard a rumour that tengku ismail is actually an adopted child of sultan zainal abidin III..thus doesn't have the royal bloodline actually...wallahua'lam
ReplyDeletesalam, yang saya dengar pula kisahnya lain. tengku ali ini merupakan putera sulung sultan sulaiman badrul alam shah dan tengku ampuan mariam. memandangkan ayahnda beliau mangkat ketika zaman jepun, maka tengku ali telah dilantik oleh jepun sebagai sultan yang baru. tetapi setelah jepun kalah dan balik ke jepun. terdapat beberapa pembesar istana yang merancang menggulingkan tengku/sultan ali kerana katanya pelantikan tidak sah dan dilantik oleh jepun. maka dengan itu, beliau dipaksa untuk turun takhta. sebagai pengganti, ayahnda beliau tengku ismail kemudiannya dikenali sebagai sultan ismail nasiruddin shah (nenda tuanku mizan) dilantik sebagai sultan yang baru. sultan ismail merupakan adinda sultan sulaiman yang berlainan ibu. untuk makluman sultan sulaiman bukan menerima takhta dari ayahnda baginda sultan zainal abidin 3, tetapi dari kekanda baginda sultan muhammad yang mangkat. kisah tengku ali merupakan satu konspirasi istana untuk menjaga kepentingan peribadi individu tertentu.kisah ini sangat menyedihkan kerana beliaulah sepatutnya yang menyandang jawatan sultan. sehingga beliau meninggal dunia, masih tidak tidak diiktiraf sbg sultan terengganu.
ReplyDeletepembetulan;-
ReplyDeletesultan sulaiman merupakan ayahnda kepada tengku ali.
ralat :;
ReplyDelete*sepatutnya ayahnda saudara
As-Salam...sbgai rakyat Terengganu amat berasa sedih dgn situasi yg berlaku. Jika perubahan takhta sultan berlaku secara konspirasi maka tidak adillah kpd Sultan Ali & apakah rakyat hari ini tahu sejarah Kesultanan Terengganu diwarisi sedemikian rupa? Jika benar apakah tidak ada waris atau sesiapa yg berani menegakkan kebenaran? Apakah kita tdk turut berdosa jika tahu akan kebenaran tetapi tdk membetulkannya.....? mudah2an Allah SWT memberi hidayah kpd kita semua utk menginsafi keadaan ini.
ReplyDeleteAssalamualaikum Warahmatullah...Salam kenal dari saya dari Indragiri. Saya nak bertanya,apakah mungkin makam yg nisan nya tinggi dari kayu itu adalah makam Seorang Sultan? Ada informasi yg saya dapatkan mengenai makam itu,yg mengatakan itu adalah makam orang dari Riau. Dan kami info dari pd Kerabat yg ada di MALAYSIA makam yg ber nisan KAYU itu adalah makam RAJA ALIE gelarannya adalah SULTAN ZAINAL ABIDIN dan makam kayu satunya lagi adalah makam dair ISTERI SULTAN ZAINAL ABIDIN INDRAGIRI. Sultan Zainal Abidin adalah Sultan Indragiri yg ke 15,yg Hijrah ke Terengganu dan mangkat pd tahun 1735. Dan menurut info di pekuburan Diraja Terengganu itu ada beberapa makam lg para kerabat dari Inderagiri.
ReplyDeleteAssalamualaikum . Hari ini baru Saya tahu siapa empunya Nisan kayu yangberukir sepasang itu. Saya anggarkan Dua nisanitu adalah orang soleh yangmengiringi sultan zainal abiding 1. Rupanya silap. Saya Ada rekodserba sedikit tentang makam itu.
ReplyDelete