Monday, April 14, 2008

Kawasan pemakaman (the tomb area of) Sheikh Ibrahim, Kuala Terengganu...

Masih di Kuala Terengganu, kita beralih ke kawasan pemakaman lain pula sedikit ke selatan pusat bandaraya. Sila...
Still in Kuala Terengganu, now we move on to another cemetery area a bit to the south of the city centre. Come...

Di sebuah jalan bernama Jalan Pusara, terletak sebuah kawasan perkuburan Islam yang agak besar, pada anggaran saya sekitar 5 kali saiz padang bola!

At a road called Jalan Pusara (which could be translated as the "cemetery road") lies a rather big Islamic cemetery area, I estimated the size at about 5 times a football field!


Di dalamnya terdapat banyak binaan makam dengan batu-batu nesan yang sangat terserlah menandakan ia milik orang-orang besar...

Inside are many tomb buildings with tombstones which stands out much signifying it all as belonging to people of much importance...


Salah satunya ialah makam Sultan Daud yang pernah memerintah Terengganu selama sebulan sahaja! Baginda menaiki takhta Disember 1830 tetapi mangkat Januari 1831!

Among it is the tomb of Sultan Daud who ruled Terengganu for only a month! He ascended the throne in December 1830 but died January 1831!


Inilah makam baginda...

This is his tomb...


Di sebelahnya terdapat sebuah bangunan tertutup dengan sebuah makam misteri di dalamnya...

Besides is a closed building containing a mysterious tomb inside it...


Makam ini adalah milik Sheikh Ibrahim seorang ulamak yang dikatakan datang daripada Mesir, mangkat di sini tahun 1873...

The tomb belongs to Sheikh Ibrahim, a religious scholar said to have come from Egypt, then died here in the year 1873...


Kenapa saya katakan ia makam misteri? Kerana menurut orang tempatan, Sheikh Ibrahim adalah seorang yang banyak karamah. Kemudian ada yang percaya bahawa di dalam bangunan ini terdapat sebiji telur burung daripada kayangan, saya sudah lupa burung apa... Burung garuda ke burung jentayu gitu...

Why did I say it is mysterious? Because according to locals, Sheikh Ibrahim was a person full of miracles. Then there are those who believe inside the building is an egg from a mythical bird of paradise, I've forgotten the name of the bird... Was it the garuda (the orc in Western legends) or the jentayu (I don't know the equivalent in the West)...


Lihat... Ada binaan pintu gerbang yang agak unik sebelum masuk ke kawasan makam Sheikh Ibrahim...

Look... There's a rather unique main gate before one enters the vicinity of the tomb of Sheikh Ibrahim...


Tidak jauh dari situ, terdapat pula makam Sultan Ahmad yang pernah memerintah Terengganu 1808-1830...

Not far away, there exist the tomb of Sultan Ahmad who ruled Terengganu 1808-1830...


Inilah makamnya...

This is the tomb...


Jauh sedikit menghala ke laut, terdapat makam seorang ulamak besar yang dikenali sebagai Tok Sheikh Duyung...

Slightly far away heading towards the sea, there exist the tomb of a prominent religious scholar known simply as Tok Sheikh Duyung...


Inilah makam beliau...

This is his tomb...


Seorang lagi ulamak terkemuka yang turut dimakamkan di sini ialah Sheikh Abdul Qadir Bukit Bayas... Maaf jika saya tidak menurut ejaan yang tertera...

Another prominent religious scholar buried here is Sheikh Abdul Qadir of Bukit Bayas... Sorry if I don't follow the spelling featured here...


Yang pasti, di kawasan pemakaman ini terletak begitu banyak makam orang-orang penting. Lihat ini, sebuah lagi bangunan yang begitu terserlah...

What is sure, in this cemetery area lies the tombs of many important personalities. Just look at this, another building which stands out...


Di dalam kawasan bangunan itu terletak beberapa buah makam lagi. Sekarang fikirkan, di kawasan perkuburan yang saya lihat seluas 5 buah padang bola ini, terdapat begitu banyak makam-makam orang penting termasuk makam para Sultan dan ulamak besar. Lalu kenapa seluruh tanah perkuburan ini dikenali sebagai kawasan pemakaman atau tanah perkuburan Sheikh Ibrahim? Apakah yang begitu istimewa tentang beliau sehingga kawasan ini dikenali dengan namanya, tidak nama orang lain? Sekian! :]

Inside the confines of the building lies some more tombs. Now think, in this whole cemetry area which I see is equivalent to the size of 5 football fields, there exist so many tombs of important personalities including that of Sultans and prominent religious scholars. So why is the whole cemetery area is known as the tomb area or burial grounds of Sheikh Ibrahim? What is so special about him making this whole area be known by his name, not by any other name? That's all! :]

4 comments:

  1. Kebanyakan ulama' terengganu terkenal kerana hubungannya dengan istana dan sultan, contohnya Sultan Zainal Abidin III merujuk Tok Ku Paloh sebagai pemilik terengganu, dan bukannya baginda, apabila british ingin menjajah terengganu. Bahkan, sultan terengganu biasanya mebahasakan diri sebagai anakanda apabila berbicara dengan ulama yang hidup di dalam pemerintahan baginda. Syeikh Ibrahim merupakan ulama terkenal terengganu dan merupakan guru dan syeikhul ulama terengganu pada zaman beliau. Peranan pulau duyong kecil sebagai pusat pengajian islam menjadikan terengganu maju dan makmur dan digelar dengan gelaran Darussalam ketika itu, bersama2 gelaran Darul Iman.

    ReplyDelete
  2. sebetulnya dalam rumah kecil di makam sheikh ibrahim itu cuma mempunyai makam beliau di dalamnya..ia dijaga oleh keturunannya bagi mengelakkan perbuatan perbuatan kurafat sesetengah pihak.Bagi sesiapa yg berpeluang berjumpa dengan saudara beliau...insyallah anda berpeluang melihat di dalam rumah kecil itu..

    ReplyDelete
  3. Alhamdulilah,mcm aner nak jupa keturunan dia ni iaitu sheikh ibrahim ini...

    ReplyDelete
  4. Keluarga sy pun kalau meninggal semua simpan sini dr moyang sampai arwah mak.

    ReplyDelete