Still in Melaka, this time in Tanjung Keling. Come...
Pada satu bahagian Tanjung Keling, terdapat sebuah kawasan perkuburan Islam. Di tepinya terletak satu kawasan berpagar yang dikatakan makam Hang Tuah.
At one part of Tanjung Keling, there lies a Muslim burial ground. At its side there exist a fenced area which is said to be the tomb of Hang Tuah.
Makam ini kelihatan terjaga begitu baik. Jadi siapakah Hang Tuah? Rasanya nama ini tidak perlu diperkenalkan lagi kerana Hang Tuah adalah satu nama besar pahlawan Melayu Melaka abad ke 15 Masihi. Sila baca penerangan yang dipaparkan di bawah...
The tomb looks like it is very well-kept. So who is Hang Tuah? I believe the name needs no further introduction as Hang Tuah is a big name for a Melaka Malay warrior of the 15th Century AD. Please read the information shown below...
Lihat makamnya yang terserlah panjang menandakan status beliau sebagai satu nama besar... Untuk cerita mengenai Hang Tuah, sila lihat informasi lanjut yang terpapar di bawah. Untuk melihatnya lebih teliti, sila buka gambar-gambar di bawah ini di dalam windows baru...
Look at the tomb which stands out long marking his status as one big name... For the story on Hang Tuah, please look at the further information provided below. To look at it more closely and in detail, please open the pictures below in new windows...
Hang Tuah dikatakan terkenal dengan ungkapan keramat "Tak Melayu Hilang di Dunia." Apapun, menurut orang yang tahu, makam di Tanjung Keling ini, lebih kurang 10km daripada pusat bandaraya Melaka kini bukan makam sebenar Hang Tuah. Pahlawan ini dikatakan ghaib tanpa dapat dikesan tetapi memandangkan Sultan Melaka zamannya selalu merenung ke arah Tanjung Keling sejak beliau ghaib, maka didirikan makam ini di sana sebagai tanda. Sekian! :]
tahniah saudara, blog saudara memang bagus sekali. nampaknya kita berkongsi satu minat yang sama iaitu sejarah.
ReplyDeletesaya gemar belajar tentang sejarah berkenaan era zaman darurat. jika saudara berkehendakkan maklumat dan sumber bacaan ataupun contact mereka yang terlibat secara langsung, boleh email saya utk bahan itu. teruskan menulis.
Terimakasih atas tawaran saudara. Insyaallah apabila tiba keperluan akan saya tanya. Sementara itu dipersilakan menambah mana-mana fakta dan informasi yang patut samada daripada rujukan rasmi mahupun cakap orang-orang tua. :]
ReplyDeletesaudara,
ReplyDeletetak menziarah makam dato' hang jebat ke?
Sudah! :]
ReplyDeletetahniah sedara , saya tak berapa minat psl hg tuah tapi taun ini ada cerita yang saya pun naik pelik..silakan ke http://alamjin-tuankelarias.blogspot.com/
ReplyDeleteAda kisah Hang Tuah telah saya rakamkan dalam pertemuan secara kerohanian. Anggap dongeng je lah..
Apabila membaca batu penerangan saya tertarik dgn kenyataan pada awal kehadiran ke melaka, parameswara terpaksa membayar ufti/wang emas...dari sini merujuk tarikh mungkin kerajaan Siam yg dimaksudkan adalah kerajaan Kedah Tua (Merongmahawangsa) di mana pada masa itu wang emas sebenarnya dijadikan wang pajakan/ufti atau zakat. Bagi yang mengkaji sejarah Merongmahawang pasti tahu bahawa jajahan baginda dari Aceh, kedah hingga ke Filipina. Berbeza ufti yg dibayar kepada kerjaan Thai (Kafir) supaya tidak menyerang kedah setelah campurtangan Ingeris pada akhir pemerintahan sekitar 1800.
ReplyDeleteSelain itu ada juga cerita mengatakan Hang Tuah tidak mati hilang ke sungai tapi sebenarnya lari ke Aceh membawa diri dan dilantik menjadi orang besar menjaga negeri Aceh sebelum mangkat tetapi namanya di tukar kepada Tun Saban (Mungkin bukan Tun Saban Gerik Perak). Cuma disini dapat dilihat kaitan sejarah yang mungkin dapat dihurai dan dikaji lebih mendalam...begus kerana ramai anak2 muda makin berminat dgn bangsa melayu dan sejarahnya.
Assalam alaikum ,
ReplyDeletekami jemput tuan ke blog http://alamjin-tuankelarias.blogspot.com
Kami dapat sumber mengenai Hang Tuah melalui dialog perkhabaran ghaib pada tahun 2009 yang lalu.
Akhirnya kami paparkannya sebagai dongengan termasuk lakaran Wajah Laksamana Hang Tuah berpandukan Nenek Puteri Gunung Ledang yang masih hidup lagi sampai saat ini dalm keadaan terlalu uzur, bongkok tujuh.
Kami paparkan dlm bentuk donge semata mata, tetapi berdasarkan persetujuan mereka mereka yang ghaib..wallahua'lam bissawab..