Thursday, July 30, 2009

Sebuah rumah 'Perak' di Negeri Sembilan (A 'Perak' house in Negeri Sembilan)

Dalam satu perjalanan di Negeri Sembilan hujung minggu lalu saya terlihat rumah ini...
In a travel in Negeri Sembilan the recent weekend I saw this house...
Senibinanya langsung tidak menyamai senibina tradisional Negeri Sembilan yang biasanya bermotifkan senibina Minangkabau dengan bumbung panjang melengkung.
Its architecture does not at all resemble the Negeri Sembilan traditional architecture which usually has the motifs of Minangkabau architecture with its long curved roofs.

Lihat bentuk seperti lidah tergantung pada hujung bumbung. Biasanya bentuk ini cuma terdapat pada rumah-rumah lama Perak juga di sebahagian Kedah. Adapun rumah ini terletak di Tanjung Ipoh dekat Kuala Pilah. Saya menemuinya ketika mahu melihat kawasan ulu Sungai Muar yang terletak di Negeri Sembilan berdekatan sini. Apakah ada kaitan?
Look at the tounge-like shape hanging down from the corners of the roof. Normally such shape could only be found at old houses in Perak and parts of Kedah. This house is situated at Tanjung Ipoh near Kuala Pilah. I found it while on the way to look for the most upriver parts of the Muar river which is in Negeri Sembilan around here. Is there any connection?

No comments:

Post a Comment