OK. Ini ada satu masjid yang agak istimewa, apabila dikaitkan dengan tsunami yang menyerang Aceh 26 Disember 2004...
Untuk makluman, menara-menara azan yang ada dibina selepas tsunami. Jadi apakah yang sebenarnya berlaku?
Mari kita lihat ke dalam...Let us have a look inside...
Adapun bahagian ini sengaja dibiarkan begini untuk dijadikan iktibar akan apa yang telah berlaku pada pagi 26 Disember 2004...
Inilah rupa Masjid Rahmatullah selepas tsunami menyerang. Seluruh kawasan sekelilingnya jadi padang jarak padang tekukur sedangkan ia masih mampu berdiri tegap...
Tetapi gambar lebih dekat ini menunjukkan ia juga mengalami kerosakan yang boleh tahan parah. Manakan tidak, ia terletak cuma 400 meter daripada Lautan Hindi lalu teruk dipukul ombak!
Sekarang, semua bahagian yang rosak telah diperbaiki kecuali di sini sebagai ingatan. Selamat malam!



























