Thursday, January 21, 2010

Masjid (Mosque of) Kampung Johor Lama...

Sampailah masanya untuk memecah kesunyian, setelah membuat artikel ke 313 di blogspot ini, Kota Johor Lama (Johor old fort) 8 hari lalu...
Now come the time to break the silence, after making the 313th article at this blogspot, Kota Johor Lama (Johor old fort) 8 days ago...


Lebih kurang 2 km ke utara Kota Johor Lama terletak pula Kampung Johor Lama dan masjidnya...

About 2 km north of the fort of Johor Lama there lies in turn Kampung (village of) Johor Lama and its mosque...


Masjidnya ringkas tetapi terasa begitu bermakna...
The mosque is simple but feels so meaningful...

Sampai sahaja di sini, saya terfikir apakah masjid ini dibina di atas tapak masjid lama ketika Johor Lama pernah menjadi pusat pemerintahan Empayar Johor-Riau 500 tahun lalu?
The minute I arrived here, came to mind a thought was this mosque built upon the site of the old mosque when Johor Lama used to be the centre of rule for the Johor-Riau Empire 500 years ago?


Ini tidak mustahil apabila mengenangkan Kampung Johor Lama memang terletak di atas kawasan Johor Lama yang dahulu. Cuma perubahan zaman sahaja menyaksikan kawasan yang dahulunya menjadi pusat sebuah empayar kini tinggal menjadi kampung kecil sahaja.
This is not impossible when one remembers that Kampung Johor Lama is indeed located on top of the area of Johor Lama of old. It's just change of times which have seen an area which was once the centre of an empire being left to become just a small village now.



Sekarang mari kita lihat sekelilingnya...
Now let us have a look around...




Lihat kedudukannya di tepian Sungai Johor yang sangat luas. Dapatkah anda bayangkan kehadiran banyak kapal dagang ketika Johor Lama masih lagi pusat empayar?
Look at its position at the side of the Johor river which is very wide. Can you imagine the presence of many trading ships when Johor Lama was still the empire's centre?





Dewan solat...
The praying hall...






Mimbar.
The pulpit.



3 comments:

  1. assalamualaikum,

    saya adalah penduduk asal kampung johor lama. masjid johor lama yang anda rakamkan di atas sememangnya adalah masjid asal semenjak johor lama wujud. cuma ia telah diubahsuai mengikut peredaran zaman dan keperluan penduduk setempat.

    ReplyDelete
  2. Wassalam. Terimakasih atas maklumat ini. Bolehkah saudara memberi lagi maklumat sokongan? Ini kerana jika benar ia memang masjid asal yang cuma diubah-suai maka ia boleh dikatakan masjid tertua yang masih wujud di Malaysia. Tetapi jika masjid asalnya telah roboh/diruntuhkan atau sebagainya lalu didirikan masjid baru atas tapak maka definisinya sudah jadi lain. Terdapat banyak juga masjid lama yang dibina atas tapak masjid terdahulu tetapi dalam menyatakan sesebuah masjid itu sebagai masjid tertua, definisi yang diguna-pakai adalah masjid tertua yang masih mengekalkan bangunan asal. Kalau bangunan asasnya masih yang dahulu kemudian ditambah atau dan dibesarkan, ia masih termasuk dalam definisi ini. Harap maklum...

    ReplyDelete
  3. Sila lawat blog Minda Ahad,Benua Islam Siam Dan Kedah Kota Setar Cyber Gate.

    ReplyDelete