Thursday, May 13, 2010

Masjid Bandar dan makam Sheikh Muhammad Taib (The Bandar mosque and tomb of Sheikh Muhammad Taib)

Merujuk pada artikel Masjid (Mosque of) Muhammediah, Kampung Ayer Mati. Kesilapan menyangkakan Masjid Kampung Ayer Mati sebagai Masjid Kampung Bandar 2 tahun lalu menyebabkan saya berhenti mencari Masjid Bandar.
Referring to the article Masjid (Mosque of) Muhammediah, Kampung Ayer Mati. The mistake of assuming the mosque of Kampung Ayer Mati as the mosque of Kampung Bandar 2 years ago made me stopped looking for the Bandar mosque.


Apabila menyedari kesilapan itu saya pun membuat artikel Masjid Bandar yang sebenar (the real Bandar mosque) berdasarkan gambar-gambar yang diberikan seorang kawan.
Upon realising that mistake I then made the article Masjid Bandar yang sebenar (the real Bandar mosque) based on the pictures given by a friend.

Pada 11 April 2010 baru saya sendiri menjejakkan kaki ke sini...

On 11th April 2010 only did I myself stepped foot here...


Sayangnya pintunya terkunci rapat. Tak dapatlah kita melihat ke dalam.
Too bad the doors were closely locked. So we can't have a look inside.



Namun lebih istimewa adalah apa yang terdapat di luar hadapan.
Still what is more special is what is available out front.




Di situlah terdapat makam seorang ulamak besar bernama Sheikh Muhammad Taib.
Here lies the tomb of a major master scholar named Sheikh Muhammad Taib.





Beliau sangat rapat dengan keluarga diraja Perak. Seorang anak perempuannya berkahwin dengan Raja Muda Musa anakanda kepada Sultan ke 23, Sultan Jaafar. Dari perkahwinan ini terbitlah Sultan ke 31, Sultan Abdul Aziz Shah.
He is very close to the Perak royal family. A daughter of his married Raja Muda Musa who is the son to the 23rd Sultan, Sultan Jaafar. From this marriage was issued the 31st Sultan, Sultan Abdul Aziz Shah.

8 comments:

  1. bangunan masjid bandar asalnya masjid panglima kinta di ipoh. Selepas Masjid di Ipoh dibina dgn batu, binaan kayunya pula dibawa ke bandar oleh Haji Idris, seorang minangkabau juga guru agama, dlm tahun 1900.
    Bole lihat strukturnya sama.

    ReplyDelete
  2. Terima kasih atas maklumat ini. Bolehkah berkongsi, saudara dapat dari mana?

    ReplyDelete
  3. saya org kampung tu, anak2 haji idris juga ulama2 spt hj hamdan, hj suffian, hj khatim... salah seorang dr mereka yg bgtau bapa saya & kami juga bersaudara. Kayu tu, di bawa menghilir ke bandar melalui sg kinta ( kg bandar terletak di kuala sg kinta)

    ReplyDelete
  4. Ya. Memang kena tu sebab Kampung Bandar dulu memang bandar, boleh dicapai terus apabila keluar dari Sungai Kinta masuk ke Sungai Perak...

    ReplyDelete
  5. Assalam Sdr Radzi,
    Saya teringin nak tahu dengan lebih lanjut lagi mengenai asal usul onyang saya Sheikh Muhammad Taib.Besar harapan sekiranya Sdr sudi berkongsi pengetahuan tentang beliau,setidak2nya tunjukkan arah mana saya boleh mendapat maklumat yang saya cari.
    Sekian terima kasih,
    saya Yang Benar,
    Shahrul Nontak

    ReplyDelete
  6. Assalam Sdr Radzi, saya adalah piut kepada Shiekh Muhammad Taib,boleh saya tahu di mana sdr dapat info tentang dia? Lagi satu pertanyaan saya ialah,adakah Nakhoda Muhammad Taib dan Sheikh Muhammad Taib orang yang sama? Terima Kasih

    ReplyDelete
  7. Assalam Sdr Radzi, saya adalah piut kepada Shiekh Muhammad Taib,boleh saya tahu di mana sdr dapat info tentang dia? Lagi satu pertanyaan saya ialah,adakah Nakhoda Muhammad Taib dan Sheikh Muhammad Taib orang yang sama? Terima Kasih.

    Ahmad Feisal Zulkifli

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam tuan ahmad feisal..bgmn sy nk menghubungi tuan.?

      Delete