Dari tepian jalan di penghujung selatan Kompleks Sejarah Pasir Salak, Perak boleh kelihatan masjid ini...
From the road at the southern end of the Pasir Salak Historical Complex, Perak could be seen this moque...
Inilah masjid lama Pasir Salak.
This is the old mosque of Pasir Salak.
It looks quite common isn't it? What till we see it from another angle...
Before that let us go inside.
The praying hall.
The front-most section...
Lower ground of the call to prayer tower...
Ini adalah pandangan dari belakang, pandangan yang dapat dilihat dari tepian Sungai Perak yang mengalir di sebelah kanan...
This is the view from behind, the view which could be seen from the banks of the Perak river which flows on the right...
It is clear that this mosque is more beautiful when seen from the direction of the river compared to that from the roadside.
Salam,
ReplyDeleteTuan Radzie, say pernah ke Pasir Salak 5 tahun yang lepas. Tak jauh dari masjid ini, terdapat sebuah surau lama 2 tingkat binaan dari kayu yang saya kira lebih lama dari masjid ni. Ketika menunggu org kampung datang utk azan dan solat zuhur, saya sempat membelek kitab2 lama disitu, saya tak ingat akan tajuknya. Mungkin ada petunjuk yang boleh ditemui disitu.
Wassalam dan terimakasih. Saya pun tak sedar ada surau lama kat situ. Kat belah mana sebenarnya... ke selatan atau utara gitu?
ReplyDeleteAssalamualaikum...
ReplyDelete19 Februari 2010 saya telah singgah di Masjid Al Rahmaniah ini. Ternampak secara kebetulan setelah pulang dari berziarah ke makam Sepuntum. Kalau tidak kerana mencari masjid untuk menunaikan solat jamak takhir (asar) di kawasan tersebut, sudah pasti saya akan terlepas pandang akan senibina masjid tua ini.
Saya ingin tahu bahagian selatan yang dimaksudkan saudara tempoh hari (merujuk kepada sms) mengarah ke bahagian mana? Jika dari arah persimpangan, kawasan perkuburan terletak di sebelah kiri manakala lokasi masjid ini pula di simpang kanan. Laluan mana yang harus saya telusuri?
Terima kasih
Wassalam Harleny. Selatan tu maksudnya dari Pasir Salak terus sahaja mengambil jalan yang sama. Kalau kita memandang ke utara maka makam Siputum berada di kiri dan masjid ini di kanan bukan? Maka ambil jalan yang sama ke arah yang bertentangan, itulah selatan terus dan terus.
ReplyDeleteJalan yang menyusuri Sungai Perak ini akan membawa anda ke kampung Bandar Tua dan beberapa buah kampung lain, semuanya kampung2 lama di mudik kiri Sungai Perak. Ada pihak menyebut kawasan ini dibuka oleh pengikut Sultanah Aceh sebelum tahun 1700an. Anda boleh terus lebih 10 km sehingga sampai ke kampung Bandar di mana terdapat makam seorang ulamak bernama Sheikh Muhammad Taib.
Tengok video tentang Bandar Tua yang ada di sini... http://merahsilu.blogspot.com/2008/09/menyusuri-sejarah-sekitar-perjanjian_08.html
Kita boleh pergi lebih selatan lagi sehingga ke penghujung kampung Bandar. Lihat bahagian akhir artikel http://merahsilu.blogspot.com/2010/05/ziarah-al-rasyid-ke-makam-makam-lama_13.html
salam...
ReplyDeleteade detail pasal masjid ni x??
dibina pada tahun berapa dan dibina oleh siapa??