Tuesday, May 11, 2010

Masjid (Mosque of) Selat Pulau

Sekitar 1 km ke utara Komplek Sejarah Pasir Salak pula terdapat Masjid Selat Pulau.
Around 1 km to the north of the Pasir Salak Historical Complex in turn lies the mosque of Selat Pulau.


Ia mungkin tidak secantik masjid lama Pasir Salak namun ia ada tarikannya sendiri...
It might not be as beautiful as the old mosque of Pasir Salak but still it has its own attraction...



Mari masuk ke dalam.
Let us go inside.


Dewan solat.
The praying hall.



Kelihatan tangga naik ke atas namun tidak bersambung ke bawah.
There could be seen a staircase going up but not connected to the ground.




Mihrab.
The front-most section.


1 comment:

  1. Salaam...

    Saya pernah menjalankan tinjauan di sini...itupun secara kebetulan sewaktu tersesat mencari laluan keluar sebelum menuju ke Kompleks Pasir Salak. Jika tidak silap, di sebelah masjid ini terdapat binaan rumah tradisional Perak yg mempunyai kayu tunjuk langit di tengah muka tebar layarnya.

    Pada pandangan peribadi saya, masjid ini ada tarikannya yang tersendiri. Perhatikan binaan hiasan puncaknya...rekabentuk kubah ditindan pada atap bersegi empat. Sama ada kubah baru ini adalah pengganti kepada kubah terdahulu atau ditambah kemudiannya sebagai penanda (simbol) berdirinya sebuah masjid di kawasan tersebut. Hal demikian mungkin bertujuan untuk memudahkan masyarakat luar mengenali bahawa wujudnya sebuah masjid di desa tersebut. Saya sendiri sebelum menjalankan kajian ini lebih 2 tahun lalu, tidak menyedari (lantaran tidak mengenali ciri-ciri khas masjid tua khususnya di Perak) bahawa rekabentuk binaan masjid dengan atap bersegi empat ini adalah sebuah binaan masjid. Sekilas pandang seperti binaan rumah lama. Jadi, mungkin ada kewajarannya menambahkan kubah sebagai pelengkap kepada hiasan puncak sebagai simbol pengenalnya.

    Selain itu, apa yang mengundang perhatian saya adalah ukiran kerawang pada kepala tingkap masjid. Seolah-olah wujud kombinasi antara rekabentuk masjid lama yang dipadukan dengan ciri-ciri rekabentuk yg terdapat pada kepala tingkap rumah tradisional. Begitu juga dengan ukiran papan pator/tumpu kasau yang menjadi hiasan di cucuran atap. Ketiga-tiga hiasan iaitu hiasan puncak, ukiran kerawang dan ukiran papan tumpu kasau umpama paduan yang menyerlahkan daya tarikan...

    ReplyDelete