In the jungle area at the foot of Bukit (hill of) Jugra there exist these tombs.
Makam utama milik seseorang yang dikenali sebagai Raja Berayun.
The main tomb belongs to someone known as Raja Berayun.
Beside it in turn lies the tomb of the wife...
Menurut cerita nama sebenar Raja Berayun ialah Raja Ibrahim. Beliau adalah seorang panglima perang yang rapat dengan Sultan ke 4 Selangor Sultan Abdul Samad dan pernah memerintah Kajang.
According to the stories the real name of Raja Berayun is Raja Ibrahim. He was a warlord who was close to the 4th Sultan of Selangor Sultan Abdul Samad and used to rule Kajang.
Di sebelah ini katanya adalah makam salah seorang pengikutnya. Saya difahamkan di sekitar ini juga terdapat makam beberapa orang panglima, juga makam anakanda Raja Berayun iaitu Raja Alang. Ini adalah artikel ke 363 di sini.
It is said on this side lies the tomb of one of his followers. I was made to understand that around here also exist the tombs of a number of generals, also tomb of Raja Berayun's son which is Raja Alang. This is the 363rd article here.
Salaam...
ReplyDeleteBeberapa persoalan berlegar di kepala saat berziarah ke makam Raja Berayun:
1. Mengapakah makam ini kedudukannya agak terpencil...tiada sebarang papan tanda penunjuk arah mahupun papan tanda di simpang lorong menuju ke lokasi makam?
2. Apakah Raja berayun ini punya kaitan dengan 5 Daeng...berdarah Bugis atau Acheh?
3. Apakah Raja Berayun punya pertalian dengan kesultanan Selangor? (Kalau ada, mengapa makamnya tidak berada di dalam kawasan kompleks makam Almarhum Sultan Abdul Samad yg terletak beberapa kilometer dari lokasi makam baginda?)
4. Di manakah saya boleh mendapatkan bahan rujukan (teks bertulis) tentang salasilah Raja Berayun?
Terima kasih...
3. tidak
DeleteWassalam. Ni ayahanda pada Harleny ke ni? Insyaallah saya cuba jawab.
ReplyDelete1. Kawasan tu terpencil sekarang tapi asalnya ada kampung.
2. Mungkin. Sepertimana Harleny telah cuba menjejak identiti sebenar Mustafa Raja Kamala yang dikenali sebagai orang Rawa tapi mendapati nasab bapa atas bapa (patrilineal) akhirnya membawa kepada keluarga diraja Aceh-Bugis.
3. Mungkin. Apapun tak perlu dimakamkan di kompleks Sultan Abdul Samad kerana itu makam keluarga terdekat sahaja. Sultan Selangor 1-3 dimakamkan di Bukit Melawati. Kerabat diraja lain ada dimakamkan di merata tempat.
4. Saya tak tahu tapi dah terjumpa secara tak sengaja melalui Genii. Katanya salasilahnya begini (dari atas ke bawah)...
Raja Siram (Palembang)
I
Sangsi Perba (Pagar Ruyong)
I
Batara Gorga Pinayungan (Panyabungan Tonga)
I
(No Name)
I
Tuan Muksa (Panyabungan Tonga)
I
Tuan Natoras (Panyabungan Tonga)
I
Baginda Mangaraja Enda (Panyabungan Tonga)
I
Sutan Kumala Syang (Yang Dipertuan Huta Siantar)
I
Mangaraja Mandailing (Pidoli Dolok)
I
Sutan Pinayungan (Purba)
I
Mangaraja Mandailing Pandapotan
I
Sutan Pinayungan (Purba Baru)
I
Raja Berayun
Nama-nama pelik kelihatan menunjukkan pada keturunan Mandailing Batak. Namun nama teratas Raja Siram rasanya merujuk pada Raja Suran, Sangsi Perba pula Sang Saperba. Ini merujuk kepada Sang Sipurba anak Raja Suran dari keturunan Raja Iskandar Zulkarnain yang muncul di Bukit Siguntang. Menurut ceritanya, Sang Sipurba berkahwin dengan Wan Sendari puteri Demang Lebar Daun. Hasilnya adalah anak bernama Sang Nila Utama yang membuka kerajaan Singapura dan dari keturunannya jadi Raja-raja Melaka. Sang Sipurba kemudian pergi ke PagarRuyung lalu berkahwin lain. Muncullah Datuk Ketemenggungan yang membawa Adat Temenggung sedangkan apabila Sang Sipurba mangkat, ibu kepada Datuk ini berkahwin lain lalu mendapat anak yang menjadi Datuk Perpatih.
Anakanda Radzi
ReplyDeleteYa, ayahanda Harleny.
Terima kasih atas info yang diberi. Ada keperluan ayahanda pasti tidak segan bertanya lagi.
Wassalam
Salam..
ReplyDeleteNama saya Raja Mohd Sharafi.. Saya amat berminat untuk mngetahui susur galur Raja Berayun ni.. Kalo diikutkan crita dan 'fmilytree' di dalam simpanan kluarga, saya mrupakan generasi ke-4 dr Raja Berayun ni.
Mngikut familytree tersebut, Raja Berayun mempunyai 3org anak.. Raja Alang, Raja Hidayat dan seorang lagi saya tak berapa ingat. Raja Hidayat merupakan moyang saya. Sanak saudara kami kebanyakannya tingal di Kajang.
Mengikut susur galur yang saudara Radzi Sapiee nyatakan.. ada perbezaan (mungkin) dari familytree yang dimiliki kami. Mengikut cerita arwah bapa (Raja Hassan) skrol fmilytree trsebut dibawa dr Riau oleh kerabat di sana yang datang ke Kajang mencari saudara di sini.
Saya ingin sekali mencari asal usul keluarga saya yang semakin lama semakin dilupai memandangkan generasi yang lama ramai yang telah meninggaldunia.. harap dapat respon dr saudara Radzi..
Terima Kasih
Wassalam. Setakat itulah yang saya tahu tentang Raja Berayun. Mungkin saudara harus meletakkan family tree seperti disebut dalam simpanan keluarga saudara. Mungkin dengan cara itu kita dapat mengupas lebih lanjut apa yang perlu.
ReplyDeleteSalam..
ReplyDeleteTrime kasih atas respond yang diberikan..Cadangan saudara tersebut akan saya lakukan..memandangkan bnyk sumber-sumber yang kurang pasti kesahihannya, adalh lebih elok kalo dikumpulkan semuanya sekali.. Terima Kasih skali lagi atas info-info yang telah diberikan..
Assalamualaikum dan salaam silaturrahim Raja Mohd Sharafi
ReplyDeleteSaya amat berbesar hati sekiranya dpt berkongsi info dengan saudara tentang waris keturunan Raja Berayun. Untuk makluman, saya juga sedang berusaha menelusuri jurai keturunan di sebelah ayahanda yang dikatakan mempunyai pertalian dengan Raja Berayun. Waris di sebelah ayahanda saya ada yang bermastautin di Kajang. Almarhum datuk (di sebelah ayahanda) bertiga beradik (lelaki semuanya) telah dibawa oleh moyang (perempuan) dari Sumatera. Almarhum datuk semasa hayatnya adalah seorang guru persilatan.
Maklumat yang saya perolehi daripada warus teratas mengatakan bahawa keturunan Raja Berayun ini sebahagiannya berada di Rumbai, Muara Taih. Saya tidak pasti di mana lokasi tersebut tetapi difahamkan ia berada hampir dengan lingkungan Kota Raja di Rao, Sumatera Barat. Saya yakin waris Raja Berayun (termasuklah moyang dan almarhum datuk) telah berhijrah ke Tanah Melayu semasa tercetusnya perang Padri di Sumatera Barat. Saya akui, rata-rata daripada waris teratas (bapa & ibu saudara serta datu & nenek saudara di sebelah bapa) tidak banyak mengetahui cerita tentang keturunan keluarga. Atas kesedaran inilah, membuatkan saya ingin menjejak waris keturunan Raja Berayun yang masih ada. Ia juga sebagai memenuhi impian ayahanda yang berhajat benar agar pencarian ini berjaya di kesudahannya. Mudah-mudahan usaha permulaan ini akan memudahkan laluan saya seterusnya.
p/s: Mohon jasa baik untuk meninggalkan no talian di e mel: harlenz2001@yahoo.com
Terima kasih
saya amat berminat untuk mengetahui perihal raja brayun dan saya berharap jika sudi untuk kita berjumpa dan berbincang mengenai Raja brayun.
ReplyDeletesila hubungi saya di talian 017-2838630 - mohd
ReplyDeleteAda apa sehingga saya perlu menghubungi saudara?
ReplyDeleteAssalamualiakum wbt.
ReplyDeletePertama sekali ingin ucapkan tahniah atas inisiatif saudara didalam mengumpulkan sejarah-sejarah lama didalam blog saudara.
Untuk makluman sauadara, saya juga merupakan waris dari generasi ke-5 Raja Berayun.
Cuma kalau boleh saya ingin memperbetulkan di sini kenyataan menyatakan Makam Raja Alang terletak di Bukit Jugra adalah tidak tepat kerana Raja Alang telah dimakamkan di Tanah Perkuburan Jalan Ampang.
Jika inginkan perbicangan lanjut boleh menghubungi saya melalui email rajarizal8@yahoo.com.my
Terima kasih!Good Job!
Wassalam. Terima kasih atas penerangan. Bolehkah saudara memberi petunjuk akan makam Raja Alang?
ReplyDeletea'kum..
ReplyDeleteingin sy bertanya kalau tidak keberatan sy ingin mengetahui siapa kah pawang kepada sultan abdul samad?
benarkah tok jumpol @ pawang jumpol nama pawang sultan abdul samad sy pernah naik ke makam sultan abdul samad dan penjaga makam berkata dgn sy yg saya ni ada pertalian darah yg kuat dgn sultan abdul samad.. tlong bantu saya..
Assalamualaikum ....
ReplyDeleteSy merupakan generasi 4 keluarga Raja Hidayat (Anak Raja Berayun)... melalui opah saya ... Makam Raja Hidayat kini berada di pekan Batu Gajah berdekatan dgn Masjid Batu Gajah yg baru ... terima kerana dapat info sgt penting dari tuan-tuan..
A'kum, Sukacita dapat berhubung dgn saya. Emel smalubis@gmail.com
DeleteSila hubungi saya.... Saya juga ada hubungkaitnya. WhatsApp 0126932767
DeleteSaudara Radzi Sapiee,
ReplyDeleteAssalammualaikum.
Saya Fatimah bt Adnan, cicit Raja Bilah Papan. Dpd salah satu blog anda ada tertulis kaitan persaudaraan Raja Bilah dgn Raja Berayun. Saya ingin kepastian. Teromba kami adalah berikut :
BAGINDA MAHARAJA ENDAH
SANG YANG DIPERTUAN
MAHARAJA MANDAILING
MAHARAJA TEDUNG BERANI
SUTAN KEMALA BULAN
RAJA ENDAH 1
SUTAN PAHLAWAN
RAJA ENDAH 2
RAJA TERALA
RAJA TEDUNG BERANI RAJA ASAL
RAJA BILAH
Pada teromba Raja Berayun ada tercatit Tongga tapi tidak tercatit dalam teromba Raja Bilah.
Ingin ulasan pihak Tuan.
Terima kasih.
Fatimah Adnan, Ipoh
fatimahric@yahoo.com
Wassalam. Saya tak ingat butiran tapi ya, saya telah melihat teromba dari Tanah Mandailing milik cucu kepada Raja Alang ibni Raja Berayun. Saya rasa ada nama2 seperti saudari sebut itu. Cuba rujuk cerita di sini... http://merahsilu.blogspot.com/2011/05/soreh-di-rumah-raja-allang-kaitan.html
ReplyDeleteSaudara Radzi,
ReplyDeleteSaya agak Sutan Pinayungan dalam Terombo Raja Berayun sama dgn Sutan Pahlawan pada Terombo Raja Bilah.
Pinayungan dalam Bahasa Mandailing mungkin Pahlawan. Keluarga kami di Perak telah lama meninggalkan Bahasa Mandailing dan menggunakan bahasa totok Minang.
Fatimah
This comment has been removed by the author.
ReplyDeleteSalam - adakah sebarang maklumat berkenaan permukiman Raja Berayun di Rekoh (kini sekitar Kg Sg Tangkas), sekitar 1848-1859? Dulu pernah ada balai polis di situ, dikhabarkan asalnya bekas rumah seorang pembesar melayu (mungkinkah Raja Berayun?): "Recko is a pretty little village on a hill, the Police Station (a house bought, I believe, from some Malay Rajah) occupying a splendid position in the centre." (J.P. Rodger, 18/03/1883 (ANM ID 1957/0002221W). Sekian, terima kasih.
ReplyDelete