Tuesday, June 08, 2010

Masjid (Mosque of) Bandar diraja, Klang


Di tengah bandar Klang bersebelahan Sungai Klang terdapat masjid besar ini.
In the middle of the town of Klang besides the Klang river lies this big mosque.

Kubahnya begitu besar dan tinggi...
Its dome is rather big and high...



Menaranya juga mencakar langit.
Its tower is also skyscraping.



Selamat datang ke Masjid Bandar diraja, dinamakan sempena status bandar diraja Klang.
Welcome to the Bandar diraja (royal town) mosque, named after Klang's royal town status.




Kita lihat lebih dekat...
We'll have a closer look...











Mari masuk ke dalam.
Let us go inside.







Serambi dalaman.
The inner verandah.










Tempat wudhuk.
Place for taking abolution.





Dewan utama solat...
Main praying hall...












Bahagian bawah kubah.
The part under the dome.





Mihrab.
The front-most part.
Selepas bersolat di sini baru saya sedari sesuatu yang agak istimewa tentang sistem akustik semulajadi yang ada. Lihat video klip di bawah...
After doing my prayers here only did I realised somethime quite special about the natural acoustic system available. Look at the video clip below (narration in Malay)...








10 comments:

  1. salam...
    perubahan yang menarik di ketiga-tiga blogspots, namun... akan pasti rindu kepada yang terdahulu...

    ReplyDelete
  2. Gambar belakang memang cantik tapi jadi tak menarik, sebab susah nak baca. Berserabut.

    Boleh katakan ketiga2 background yg baru tak menarik. Lagi bagus yg sebelum ni.

    ReplyDelete
  3. Menarik tak menarik tu bergantung pada orang. Tak apalah. Terus sahaja ke depan... :]

    ReplyDelete
  4. Salaam...

    Perkongsian video yang menarik kerana ada demo...pantulan suara menghasilkan gema ke ruang-ruang kubah di ruang dalam masjid. Satu suara menerbitkan turutan gema secara bersahut-sahutan.

    Walaupun keseluruhan ruang dalaman diberi sentuhan warna putih (polos), namun aplikasi seni ukiran timbul (relief)pada permukaan dinding dan tiang, juga ukiran tebuk tembus/terus pada kisi-kisi mewujudkan jalinan yang menarik. Ianya memperlihatkan kebijaksanaan perancang seni bina dan arkitek mengaplikasi asas senireka dalam sesebuah binaan.

    Corak arabes dari bahagian kaki hingga ke kepala tiang penyangga juga tidak kurang hebatnya. Prinsip pengulangan motif geometri menghasilkan kesatuan dan keharmonian. Jalinan tampak (ukiran) yang dinikmati melalui sepasang mata menimbulkan keindahan melalui penghayatan secara visualnya.

    Ruang paling hadapan mengarah ke kiblat pula ada kelainan dengan masjid-masjid moden yang lain. Seolah-olah sengaja diwujudkan 2 ruang dalam 1 bilamana ruang mihrab dirangkumkan bersama mimbar. Rekabentuk kubah di atas ruang mihrab itu seolah-olah berdiri dan berfungsi sebagai mimbar. Ada juga kewajarannya kerana saya tidak nampak pula mimbar di ruang hadapan.

    ReplyDelete
  5. Wassalam. Terimakasih Harleny kerana memberikan input yang bernas. Tentang kesan akustik dan talun tu apa yang Harleny tahu? Kerana apa yang berlaku nampaknya bukan semata2 kerana faktor kubah besar... Masjid Putraja, Masjid Shah Alam dan Masjid Wilayah yang semuanya mempunyai ruang dalaman dan kubah yang sangat besar pun tidak dapat menimbulkan kesan ini.

    Nampaknya ada nisbah tertentu antara saiz kubah dan dinding serta ruang sekeliling untuk menerbitkan kesan. Saya teringat dahulu ada satu ruang di shopping complex mana tah... ruang sekeliling biasa sahaja seperti mana-mana tingkat di supermarket atau pusat membeli belah tetapi di satu kawasan dengan diameter kurang 5 meter gitu silingnya sedikit tinggi, rasanya tak sampai satu kaki tinggi dari ruang di luar diameter. Namun sebaik sahaja masuk ke dalam diameter itu, suara kita secara semulajadi diamplify 2-3 ganda lebih kuat berserta reverb atau gema. Mungkin prinsip yang sama dipakai pada masjid diraja Klang ini?

    p/s: Sebenarnya semasa memberi ulasan dalam video saya hampir sahaja berbisik kerana tidak mahu suara yang diamplify mengganggu jemaah lain!

    ReplyDelete
  6. Salaam...

    Definisi 'ruang' secara ringkasnya merujuk kepada kawasan kosong antara objek-objek yang wujud di alam nyata. Ruang di alam nyata ini (Ruang Nyata) bersifat 3 dimensi. Ruang ini adalah kawasan kosong di antara objek-objek maujud yang berada di sekeliling kita. Ia terbahagi kepada 2 iaitu ruang terbuka (di luar bangunan: cthnya jarak ruang di antara pokok @ objek lain) dan ruang tertutup (di dalam bangunan: cthnya jarak ruang di antara perabot).

    Saya huraikan serba ringkas info seperti tertera di atas untuk mengaitkannya dengan kesan akustik(mutu bunyi yang kedengaran) dalam ruang masjid. Secara mudahnya boleh dijelaskan sebegini:

    Aplikasi beberapa struktur binaan kubah kecil di sekeliling kubah utama masjid Bandar diRaja Klang mewujudkan kesan akustik berlebihan. Mengapa wujudnya kesan sedemikian? Ini kerana, bunyi suara dari bawah dipantulkan ke beberapa satah kubah dan hasil daripada pantulan itulah yang menimbulkan gema. Keadaan ini berlainan dengan binaan masjid besar dengan sebuah kubah besar yang hanya menerbitkan talun (gema) yang kuat tetapi tidak bertalu-talu (berulang-ulang).

    Demo lain yang boleh dicuba bagi individu yang kurang faham akan penjelasan di atas adalah:

    Laungkan suara di dalam sebuah bilik kosong (hanya mempunyai 1 ruang) dan laungkan pula suara di dalam sebuah rumah kosong (yang mempunyai beberapa ruang cth: ruang tamu, ruang makan, ruang dapur dan beberapa buah bilik). Bandingkan kedua gema yang kedengaran.

    ReplyDelete
  7. Salam...

    Bernas Abg MS, bernas Kak Harleny...
    Teringat daku akan masjid Sultan Suleiman di Istanbul. Bila la boleh merasa pergi... hehe

    ReplyDelete
  8. Pasni kalau ke Klang lencong lah pulak ke Masjid Sultan Sulaiman (sebelah KISAS)dan Masjid Tok Dagang (Tok Nonggok) Kg Jawa.

    ReplyDelete
  9. Insyaallah. Cuma masuk Klang ni tension sikit, jam memanjang...

    ReplyDelete
  10. Kalo jem kena beli roti, baru bes..huhuhu.Nak elak traffic congestion, kalu dari Banting lalu kesas melalui exit Jln Kebun. Atau, via Andalas, Jln Uganda. Kalau dari Fed Highway, exit Sg.Rasau,Coughnaut Bridge.Paling sempoi , bawak skateboard, naik kommuter, turun kat klang Station...dan trus kedepan..

    ReplyDelete