Friday, June 18, 2010

Makam (Tomb of) Upu Chendera Burung?

Di muzium puncak Bukit Melawati, Kuala Selangor, ada tersebut bahawa di sebuah bukit kecil yang dipanggil Bukit Hospital terdapat makam seorang pemimpin Bugis yang pernah memerintah Selangor sebelum keSultanannya berdiri secara rasmi pertengahan abad ke 18.

At the museum on top of Bukit (hill of) Melawati, Kuala Selangor, it is said that at a small hill which is called Bukit Hospital there exist the tomb of a Bugis leader who ruled Selangor before its Sultanate was formally erected in the middle of the 18th century.


Siang tadi saya telah mencari sekeliling Bukit Hospital lalu terjumpa makam ini, satu-satunya yang boleh kelihatan di bukit itu.
During the day I went around Bukit Hospital to look for it and found this tomb, the only one which could be seen at the hill.


Cuma saya pelik. Maklumat di muzium menyebut Upu Chendera Burung sebagai seorang pemimpin perempuan. Namun orang yang menunjukkan arah ke makam ini menyebut ia milik seorang panglima lelaki. Yang manakah betul? Apakah Upu Chendera Burung adalah orang yang sama dengan Opu Tanderi Buring, satu watak terkenal Bugis yang dikatakan ayahanda kepada 5 Daeng bersaudara terkenal, Daeng Parani, Daeng Merewah, Daeng Menambon, Daeng Chelak dan Daeng Kemasi?
It's just I'm perplexed. Information at the museum mentioned Upu Chendera Burung as a female leader. Still the man who pointed the way to the tomb said it belongs to a male general. Which one is correct? Is Upu Chendera Burung the same person as Opu Tanderi Buring, a famous Bugis character who is said to be father to the 5 famous Daeng (Bugis warrior prince) brothers, Daeng Parani, Daeng Merewah, Daeng Menambon, Daeng Chelak dan Daeng Kemasi?


9 comments:

  1. Salaam

    Sekadar pandangan...
    Adakalanya saya juga berhadapan situasi yang sama bilamana timbul kekeliruan untuk menentukan kesahihan dalam pencarian. Isu ejaan nama berbeza masih boleh dimaafkan lagi...contohnya nama Daeng Salili @ Selili @ sedili. Begitu juga Raja Kamala/Kemala (Semenanjung) @ Raja Keumala (Acheh) @ Rajo Komalo (Rao, Sumatera). Ejaan berbeza mengikut lokasi lantaran sebutan secara lisan mengikut bahasa daerah si penuturnya.

    Sesi ziarah ke makam Almarhum Sultan Yahya Siak di Dungun pd 18/06/10 juga membuatkan saya tertanya-tanya tentang kesahihan fakta. Mana satu yang tepat untuk dipercayai. Kalau mengikut fakta tertera yang dicatatkan oleh pihak muzium, Almarhum dikatakan Sultan Siak ke-7 sedangkan sumber bertulis daripada beberapa laman sesawang pula mencatatkan Almarhum adalah Sultan Siak yg ke-6 dalam sistem pemerintahan Siak Sri Indrapura.

    Hal yang sama turut berlaku semasa kunjungan saya ke makam Tuanku Raja Keumala di Aceh April lalu bilamana wujud kesilapan tarikh kemangkatan yang tercatat pada makam waris Almarhum. Kesilapan 1 angka boleh mencacatkan keseluruhan fakta yang ada. Dalam kes saudara yang melibatkan jantina berbeza pula, saya kira ia lebih besar lagi impaknya berbanding isu perbezaan nama...sama beratnya dengan isu kesilapan angka (tarikh kelahiran, kematian dll atau turutan pemerintahan)

    ReplyDelete
  2. Wassalam. Yep... kadangkala satu kesilapan itu berlaku kerana typo error yang tidak diperbetulkan. Misalnya pada papan informasi makam Sultan Zainal Abidin I di Kuala Terengganu yang didirikan pihak muzium ke hapa baginda disebut menaiki takhta tahun 1780 sedangkan ia sepatutnya 1708. Nasib baik kita ada referensi lain untuk menerangkan keadaan. Bayangkan apa yang berlaku jika seseorang itu buta sejarah dan tidak cukup cross-referencing lalu percaya Sultan Zainal Abidin memang menaiki takhta 1780. Tidakkah ini akan menjadikan pemahaman sejarah seterusnya kalut?

    Satu contoh besar kekalutan adalah buku Undang-undang Kedah yang ditranliterasikan oleh Maryam Salim. Buku dimulakan dengan satu bab mengenai undang-undang pelabuhan Kedah yang ditulis tahun 1060 Hijrah (katanya lebih kurang 1650 Masihi) diikuti undang-undang titah seorang Sultan yang dibuat di Kota Palas 1078 H. Ada beberapa bahagian kemudian yang saya mungkin terlepas pandang tarikhnya. Yang pasti ia diikuti bab hampir penghujung menceritakan aturan adat yang dititah buat pada 1199 H.

    Dalam bab sama diceritakan perubahan yang dibuat oleh Sultan Ahmad Tajuddin dan ini disebut berlaku semasa baginda menaiki takhta 1222 H, ada juga disebut bagaimana cara memutuskan hukum yang pernah dititahkan oleh Sultan Muhammad Shah di Melaka terus dipakai hingga ke zaman itu dengan satu kes yang berlaku di Aceh tahun 1200 H sebagai contoh (macam test case dalam British common law gitu). Cara memutuskan hukum itu diteruskan dengan apa yang telah diadatkan oleh Sultan Muhammad Shah menunjukkan UNDANG-UNDANG PELABUHAN MELAKA diteruskan pemakaiannya dan diaplikasikan di Kedah. Namun disebabkan penutup buku Undang-undang Kedah (buku ini sebenarnya merupakan gabungan segala bab yang dinyatakan) menyatakan ia tamat ditulis tahun 222 H (bersamaan 812 Masihi gitu) maka sesetengah pihak terus membuat dakwaan liar buku ini siap ditulis 1,200 tahun lalu sedangkan akal yang sihat dapat membaca kronologi turutan masa tentu akan nampak apa yang disebut 222 Hijrah itu kemungkinan besar bermaksud 1222 H tetapi tertinggal satu abjad, kesilapan yang memberi pihak tersebut peluang untuk mengarang sejarah versi sendiri malah sanggup menafikan kewujudan kerajaan Melaka kononnya ia cuma pelabuhan di bawah pentadbiran Kedah!

    ReplyDelete
  3. wahai saudara opu itu adalah gelaran diraja bagi keturunan puang ataupun raja di tanah luwuk yang sekarang menjadi kabupaten luwuk barat, timur , utara dan sebuah bandaraya iaitu kota palopo iaitu keturunan raja-raja luwuk daripada tanah luwuk tanah sawaerigading iaitu asal usul orang bugis dan sultan-sultan selangor berketurunan puang-puang luwuk bumi sawaerigading dan 5 putera raja bugis bersaudara bersaudara daripada bugis berasal daripada tanah luwuk bumi sawaerigading dan mereka ini melarikan diri daripada dibunuh oleh arung palakka iaitu arung bone termashur yang meluaskan kuasa di tanah luwuk sehingga ayahanda mereka ditawan oleh arung palakka

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kena banyak buat 'cross reference' dengan sumber2 lain, cth Arung Palaka di tahun brp kekuasaannya? Opu Bugis 5 saudara kluar dari tanah luwuk tahun berapa, ada tempat persinggahannya di tempat lain sebelum di jemput wakil sultan johor (kena check tahun brp dan siapa sultan tersebut).. Bukan bole suka2 atau agak mengagak saja..

      Delete
  4. Saya juga tengah membuat pencarian berkenaan dengan siapa sebenarnya Upu Cendera Burung. Dalam beberapa sumber yg saya dapatkan disebutkan bahawa Upu Cendera Burung disebut sebagai Raja Siti. Raja Siti merupakan pengganti Yamtuan Bugis di Selangor setelah kemangkatan kekandanya yang bernama Arung Pasarai. yg pelik, arung pasarai berasal dari makassar, sedangkan gelaran Upu adalah dari Luwu. kedua-duanya merupakan kawasan berbeza di sulawesi. ini bermakna kedua-dua yamtuan selangor itu bukan adik beradik.

    Jika Upu Cendera Burung adalah orang yg sama dengan Opu Tenri Borong bererti Upu cendera burung adalah ibu daripada Lima Opu Daeng bersaudara bererti kedatangan Lima Opu Daeng. tapi dari sumber yg saya baca upu cendera burung tidak memiliki zuriat.

    ReplyDelete
  5. dalam gelaran bugis sebenarnya saudara bukan upu tetapi opu yang merujuk golongan kerabat diraja luwuk yang ada di sulawesi selatan, setaraf dengan gelaran, arung dan andi di bone, datu di soppeng dan wajo, dan karaeng di makassar

    ReplyDelete
    Replies
    1. Gelar 'andi' tu baru lagi. Diwujudkan oleh belanda

      Delete
  6. Jadi siapa sebenarnya opu cendera burong ni?

    ReplyDelete
  7. Tok pasarai asalnya beraja di Linggi sebagai raja ibrahim boni dibunuh oleh la madukelleng di Kalimantan sebagai membalas perbuatannya terhadap Daeng Mattekko yang diserang dan dirampas hartanya. Tok pasarai ni pun pernah pakat dengan belanda membelakangkan daeng merewah. Opu 5 beradik tak sebulu dengan Daeng Matekko pasal pertikaian dari tanah asal dan peristiwa di matan dan tidak juga sealiran dengan To pasarai.

    Rujuk thesis : the open door : early modern wajorese statecraft and diaspora.by kathryn gay anderson

    ReplyDelete