Tuesday, August 17, 2010

Dayah Tanoh Abee yang asal (The original religious institution of Tanoh Abee)

Bersambung dari artikel Kawasan pemakaman (Burial area for) Panglima Polem. Ke selatan sedikit kelihatan satu kompleks bangunan...
Continued from the article Kawasan pemakaman (Burial area for) Panglima Polem. A bit more to the south could be seen a building complex...



Salah satu bangunannya kelihatan seperti surau tinggal.

One of its building looks like an abandoned surau (small praying hall).


Apabila dilihat lebih dekat kelihatan ada kawasan seperti tempat bersuluk menandakan tempat ini berkenaan amalan tariqat.

When looked closer it appears that there is a area like that of a place of meditation in solitude signifying this place is or was related to tariqat (Islamic spiritual and mysticism) practice.


Kemudian baru saya tahu di sinilah terletaknya Dayah Tanoh Abee yang asal (dayah adalah bahasa Aceh untuk madrasah). Untuk pengetahuan Dayah Tanoh Abee sangat terkenal di Aceh kerana perpustakaan kunonya menyimpan lebih 300 naskah kitab lama yang tidak ternilai. Ia diasaskan oleh seorang ulamak yang datang dari Baghdad 400 tahun lalu. Lihat artikel On to Tanoh Abee... so what exists over there? di BERPETUALANG KE ACEH seterusnya Dayah / Pesantren / Sekolah pondok Tanoh Abee... dan perpustakaan lebih 300 kitab lama! di blogspot CATATAN SI MERAH SILU.

Afterwards only did I learned here is the location of the original Dayah (Aceh word for religious school or institution) of Tanoh Abee. For your knowledge the Dayah of Tanoh Abee is very famous in Aceh because its old library contains more than 300 copies of priceless old books. It was founded by a religious master who came from Baghdad 400 years ago. Look at the article On to Tanoh Abee... so what exists over there? in BERPETUALANG KE ACEH followed by Dayah / Pesantren /Sekolah pondok Tanoh Abee... dan perpustakaan lebih 300 kitab lama! in the blogspot CATATAN SI MERAH SILU.


4 comments:

  1. Assalamualaikum...

    Saya tertarik dengan mihrab dr pembuatan simen (beton) di kawasan makam jirat puteh tanoh abee ini. Pada awalnya, saya agak kurang selesa dengan istilah "jirat" kerana istilahnya sinonim dengan perkuburan cina yang sering disebut masyarakat kita di sini. Namun, saya difahamkan salah seorang pelajar di Zawiyah Tanoh Abee bahawa "jirat" itu dalam sebutan Acheh merujuk kepada kawasan perkuburan...sebutan yang biasa bagi masyarakat Acheh tetapi mungkin janggal bagi kita di Malaysia (terfikir apakah istilah ini sebenarnya diadaptasi daripada bahasa cina atau ianya merujuk kepada batu putih yang dibina sebagai batu tanda masyarakat cina...seperti mana "jirat puteh" di yg merujuk kepada batu putih di kawasan makam Baghdadi Al Fairusy).

    Saya mengandaikan bahawa ruang solat yang agak sempit ini (4.25m x 3.55m)seiring dengan usia makam (1627M)...tiada sebarang tarikh tertera, lalu hanya menelah sekitar kurun ke-17 semasa zaman pemerintahan Sultan Iskandar Muda.

    Agak meralatkan kerana pihak Muzium Acheh juga tiada sebarang rekod tentang ruang solat ini. Saya juga difahamkan masih belum dijalankan penelitian terhadap senibina mihrab tua (cuma ia nampak baru kerana telah dibaikpulih dengan menampal semula permukaan mihrab dengan simen...justeru ia kelihatan rata berbanding binaan terdahulu yang agak kesat/menggerutu).

    Oleh kerana mihrab ini menjadi salah sebuah daripada subjek kajian (objek penelitian), maka saya berharap pihak yang mengetahui tentang sejarah "mihrab" ini sudi berkongsi info...mohon diperbetulkan fakta saya yang mungkin tersasar (tentang tahun pembinaan ruang solat/ mihrab). Perkongsian info daripada anda didahului dengan ucapan terima kasih...

    ReplyDelete
  2. Pembetulan (para 1, baris terakhir)...
    makam Fairus Al Baqdady (1627M)

    ReplyDelete
  3. Saya tak ingat siapa yang beritahu tapi ini bukan sekadar mihrab seperti pada masjid biasa tetapi ia juga tempat khas orang bersuluk membuat amalan zikir untuk masuk ke alam kebatinan. Sebab itu ia kelihatan agak terkepung gitu...

    ReplyDelete
  4. tanoh abee bermaksud tanah abang,tak gitu ? klu tak,maknanya ada duit abg.sayang,takde duit,abg.melayanggg. . kah10x. . .

    ReplyDelete