Tuesday, August 17, 2010

Kawasan pemakaman (Burial area for) Panglima Polem

OK. Saya telah memulakan satu siri baru di blogspot CATATAN SI MERAH SILU, tentang perjalanan ketiga saya ke Aceh penghujung 2010. Untuk makluman saya sudah ke sana 4 kali. Maka biar dimulakan penulisan artikel-artikel sokongan di sini...
OK. I have started a new series in the blogspot CATATAN SI MERAH SILU, about my third trip to Aceh end of 2010. For information I have gone there 4 times. So let the writing of supporting articles here begin.


Ini adalah kawasan tanah perkuburan Panglima Polim, juga dieja Polem.

This is the burial ground for Panglima Polim, also spelt Polem.

Ia terletak di satu kawasan pendalaman di satu bahagian kaki Gunung Seulawah sekitar 40 km dari Banda Aceh.
It is situated at an interior area at one part of the foot of the mountain Seulawah about 40 km from Banda Aceh.

Untuk makluman Panglima Polem ialah satu jawatan turun-temurun bangsawan Aceh, keturunan daripada raja besar Aceh Sultan Iskandar Muda (memerintah 1607-1636) dengan seorang gundik.
For information Panglima Polem is a hereditary Aceh noble title, descendants from the Aceh major king Sultan Iskandar Muda (ruled 1607-1636) from a concubine.


Oleh kerana anak Sultan Iskandar Muda dari pihak gundik tidak boleh menjadi raja, jawatan yang dipanggil Panglima Polem pun diberikan untuk dijadikan warisan keluarga.
Since the son of Sultan Iskandar Muda from a concubine junior wife could not be made a king, a position called Panglima Polem was given to be made a family heritage.



Apapun, Panglima Polem ialah salah seorang pembesar yang paling berkuasa dalam pemerintahan Aceh. Beliau cukup berpengaruh untuk menentukan bakal Sultan...
Whatever, Panglima Polem is one of the most powerful official in the ruling of Aceh. He has enough influence to decide on the appointment of the future Sultan...

No comments:

Post a Comment