Peace be upon you. Let this be the 404th article in this blogspot...
Di kaki Bukit Treh, sebuah bukit kecil di Muar terdapat makam lama ini. Ia dikatakan milik seorang puteri raja yang mangkat di sini. Adapun menurut cerita tempatan, Bukit Treh berasal dari sebuah kapal yang disumpah menjadi batu. Ini berlaku akibat pemilik kapal, seorang saudagar kaya raya derhaka tidak mahu mengaku seorang wanita yang miskin adalah ibu kandung yang sudah ditinggalkannya sejak sekian lama.
At the foot of Bukit Treh, a small hill in Muar there lies this old tomb. It is said to belong to a royal princess who passed away here. As it is according to local tales, Bukit Treh originated from a ship which was cursed into stone. This happened when the owner of the ship, a rich merchant who rebelled when he refused to admit that a poor woman was his own real mother which he had left for a very long time.
Ceritanya hampir sama dengan kisah Si Tanggang yang sangat terkenal dalam sastera Melayu. Pemilik kapal ini juga dikatakan memiliki ramai isteri termasuk seorang puteri raja. Antara isteri-isteri cuma puteri itu sahaja yang simpati melihat seorang perempuan tua mengaku pemilik kapal adalah anaknya. Namun dia juga terkena bahana sumpahan yang melanda seisi kapal.
The story is almost similar to the tale of Si Tanggang which is very famous in Malay literature. The owner of the ship is said to have many wives including a royal princess. Among the wives only the princess felt symphaty upon looking at the old woman who claimed the ship owner as her son. Still she also suffered from the curse which landed upon the whole content of the ship.
Saya pula baru mendapat rasa bahawa yang dimakamkan di sini memang seorang puteri raja tetapi tidak ada kena-mengena dengan sumpahan ke atas anak derhaka. Puteri ini mungkin anak seorang Sultan yang pernah memerintah Muar dahulu. Cukuplah kata-kata ini...
I myself just recently got a feeling that the person laid to rest here was indeed a royal princess but she had nothing to do with the curse brought upon the rebel son. This princess might be the daughter of a Sultan who ruled Muar once upon a time. Enough with these words...
rasanya tiada bentuk kapal di sini...tinggalan batu bata adalah merupakan sisa runtuhan istana anak Merong Mahawangsa (Mahapodisat) yang mengasaskan negara lanxang (Laos)...tahun 800an masihi
ReplyDeletePERHATIAN; ini adalah sisa kapal sumpahan si tanggang yg sebenar ! kawan saya,en.rushidi bin ali,sudah masuk kedalam perut kapal ini,awal 70an. . ternyata ia sebuah kapal !dia menceritakan pada saya,keadaan disitu,kerana datuknya bekerja sebagai penjaga tangki air di bukit treh ni dulu ! ! utk maklumat lanjut boleh bertanya dgn persatuan sejarah muar !
ReplyDeleteSalam.sy berminat sgt nk tau lbh lanjut ttg bukit treh.blh jumpa en tk utk tau lbh lnjut.
DeleteBtl tu memg kapal la sy tingal dpn gua bukit treh ni n hari2 lalu dkt kubur tu yg selalu org puja dr umur 8 thn hingga 15 thn
ReplyDelete