Bersambung dari Masjid (Mosque of ) Kota Blang, Samalanga.
Continued from Masjid (Mosque of ) Kota Blang, Samalanga.
Continued from Masjid (Mosque of ) Kota Blang, Samalanga.
Dalam kawasan masjid terdapat makam seseorang bernama Sheikh Abdul Jalil.
Inside the mosque compound there lies the tomb of a person named Sheikh Abdul Jalil.
Dimakamkan bersama beberapa orang yang lain, saya tidak dapat menemukan rujukan siapakah Sheikh Abdul Jalil yang dimaksudkan. Namun penduduk tempatan ada memberitahu makam ini lebih tua dari masjid. Ini membuat saya terfikir apakah ini makam Sheikh Abdul Jalil ayahanda kepada seorang ulamak terkenal Aceh berbangsa Bugis yang dikenali sebagai Daeng Mansur, ulamak yang dikatakan bapa mertua kepada Sultan Iskandar Muda?
Laid to rest along with a few others, I could not find any reference to indicate who is the Sheikh Abdul Jalil in question. Still the locals did informed that the tomb is older than the mosque. This made me think is this the tomb of Sheikh Abdul Jalil father to a famous Aceh religious master of Bugis descent known as Daeng Mansur, a master said to be the father-in-law to Sultan Iskandar Muda?
Assalamualaikum...
ReplyDeleteSaudara Radzi,
Izinkan saya berkongsi sedikit info (seperti yang pernah dimaklumkan oleh saudara M.`Adli Abdullah,Pensyarah Hukum dan Adat Universiti Syah Kuala).
Tgk. Syech Abdul Jalil ini berasal dari Yaman. Dalam Tarekat Syattariyah, ulama ini dikenali dengan nama Syech Abdul Jalil bin Hassan Awe Geutah. Wallahualam...
Wassalam Harleny. Terimakasih atas info ini. Bolehkah diberi sekali tempoh waktu beliau hidup?
ReplyDeleteAssalamualaikum...
ReplyDeleteSyech Abdul Jalil moyangnya berasal dari Yaman. Almarhum datang ke Acheh tahun 1898 dan telah kembali ke rahmatullah sekitar 1930-an. Almarhum bermarga (suku) Bawarith dari susurgalur jurai keturunan Tgk Syik di Awe Geutah yang membuka dayah di Samalanga.
p/s: Info ini diperolehi drpd saudara M. Adli Abdullah yang juga merupakan waris keturunan Tgk. Syik di Awe Geutah. Salasilah keturunan yang lengkap ada disimpan oleh M. Adli dan telah saya lihat sendiri semasa berkunjung ke kediaman beliau April 2010 yang lalu.
Wassalam. Teringat semasa mula2 cuba mencari identiti Sheikh Jalil di Kota Blang ini melalui Internet. Lalu yang saya jumpa cuma nama Sheikh atau Teungku Abdul Jalil yang hidup abad ke 20, mangkat di Kota Blang tapi disebut dalam artikel2 sebagai Kota Blang berdekatan Lhoksuemawe. Nampaknya memang Sheikh ini yang menepati deskripsi yang Harleny beri dari kata-kaya M. Adli itu. Namun apabila cuba mencari balik artikel2yang pernah dibaca di Internet itu langsung tidak saya temui.
ReplyDeleteAdapun saya membuat telahan akan kemungkinan Sheikh Abdul Jalil di Masjid Kota Blang Samalanga itu mungkin bapa kepada Daeng Mansur yang hidup penghujung 1500an Masihi berdasarkan kenyataan penduduk tempatan bahawa makam di hadapan masjid itu telah wujud lebih awal dari masjid. Kelihatan pula pada saya, kepercayaan M.Adli bahawa yang dimaksudkan adalah Sheikh Abdul Jalil bin Hassan Awe Geutah adalah berdasarkan kenyataan bahawa Sheikh Abdul Jalil inilah yang lebih dikenali orang sekarang dan namanya sering disebut dalam catatan. Nampaknya saya sendiri belum pasti Sheikh Abdul Jalil yang manakah disemadikan di hadapan masjid itu. Moga2 akan muncul petunjuk yang lebih terang kerana kalau betullah Sheikh Abdul Jalil ini bapa Daeng Mansur, maka beliau adalah moyang saya juga moyang Harleny!
Assalamualaikum...
ReplyDeleteInfo yang mungkin ada kaitan:
www.serambinews.com/news/view/26155/chik-awe-geutah-intelektual-muda
Makam Tgk Chik Awe Guetah di Masjid Kuta Blang, Samalanga:
http://jejakmihrabmimbar.wordpress.com/2010/05/07/catatan-perjalanan-hari-ke-3/
Makam Tgk Chik Awe Guetah di Puesangan, Bireuen
http://jejakmihrabmimbar.wordpress.com/2010/03/03/rumah-tgk-chik-awe-geutah
p/s: Ada kesempatan pada kunjungan akan datang, apa kata saudara berkunjung ke rumah tradisional Awe Geutah yg didakwa telah berusia 500 tahun (berdasarkan temubual dengan waris almarhum Awe Geutah yg kini menetap di rumah trsebut). Di dalam rumah tersebut juga tersimpan banyak kitab2 lama ratusan tahun usianya yang menjadi teks rujukan para ilmuan dari segenap ceruk rantau.
Wassalam. OK. Insyaallah nanti... :]
ReplyDeleteSyaikh jalaluddi pernah ngaji kepada Syaikh Abdul Jalil Samalanga, apakah yang di maksud Kuta blang
ReplyDeletehttp://lppbi-fiba.blogspot.com/2010/07/syekh-djalaluddin-lahir-1882-sang.html?m=1