Monday, November 01, 2010

Kubah Makam Diraja Brunei (The domed royal mausoleum of Brunei)

OK. Balik ke Brunei...
OK. Returning to Brunei...




Salah satu kawasan yang menempatkan makam Sultan Brunei dipanggil Kubah Makam Diraja Brunei.

One of the areas housing the tombs of Sultans of Brunei is called the Kubah Makam Diraja Brunei (which could be literally translated as the domed royal mausoleum of Brunei).






Letaknya di satu pinggiran bukit ke barat Bandar Seri Begawan.

It is positioned at the side of a hill west of Bandar Seri Begawan.





Mari naik dan lihat...

Let us go up and have a look...








Maklumat yang ada menyebut beberapa orang Sultan Brunei dimakamkan di sini.

The information available says a number of Sultans of Brunei were laid to rest here.










OK. Sebenarnya Kubah Makam Diraja Brunei adalah sebahagian daripada kompleks makam diraja lebih besar yang turut meliputi kawasan kaki bukit. Maklumat tadi menyebut raja pertama dimakamkan dalam kompleks adalah Sultan ke 18, Sultan Omar Ali Saifuddin I yang katanya memerintah 1762-1786 (sumber lain termasuk dari Muzium Brunei menyebut baginda mula memerintah 1740 sebelum mangkat 1795). Namun yang dimakamkan dalam kawasan berkubah adalah pemerintah ke 28 iaitu Sultan Omar Ali Saifuddin III, ayahanda kepada Sultan sekarang. Nampaknya Sultan Omar Ali Saifuddin I dimakamkan di bawah...
OK. Actually the Kubah Makam Diraja Brunei is part of a bigger royal mausoleum complex which includes the area at the foot of the hill. The information just now says the first king laid to rest in the complex was the 18th Sultan, Sultan Omar Ali Saifuddin I which is said to have ruled 1762-1786 (other sources including from the Brunei Museum says he started ruling in 1740 before passing away 1795). Still the one laid to rest in the domed area was the 28th ruler which is Sultan Omar Ali Saifuddin III, father to the current Sultan. It seems Sultan Omar Ali Saifuddin I was laid to rest down under...








Kemudian ada makam generasi ke 4 keturunan Sultan Omar Ali Saifuddin I yang menjadi Sultan ke 25 iaitu Sultan Hashim Jalilul Alam (memerintah 1885-1906).
Then there is the tomb of a 4th generation descendant of Sultan Omar Ali Saifuddin I who became the 25th Sultan which is Sultan Hashim Jalilul Alam (ruled 1885-1906).












Seterusnya adalah makam anakanda Sultan Hashim Jalilul Alam iaitu Sultan ke 26, Sultan Muhammad Jamalul Alam (memerintah 1906-1924).
Following is tomb of the son to Sultan Hashim Jalil Alam which is the 26th Sultan, Sultan Muhammad Jamalul Alam (ruled 1906-1924).








Satu lagi Sultan yang dimakamkan di sini adalah Sultan ke 27, Sultan Ahmad Tajuddin (memerintah 1924-1950). Untuk pengetahuan baginda adalah kekanda kepada Sultan Omar Ali Saifuddin III. Keduanya adalah anakanda Sultan Muhammad Jamalul Alam.
Another Sultan who was laid to rest here was the 27th Sultan, Sultan Ahmad Tajuddin (ruled 1924-1950). For information his majesty was the elder brother to Sultan Omar Ali Saifuddin III. Both of them were sons to Sultan Muhammad Jamalul Alam.



2 comments:

  1. salam saudara, dalam tread nie, makam yAng pertama tue bukan makam sultan omar ali saifuddin I, tapi makam sultan omar ali saifuddin II.

    sebabnya, di nesan tue tertulis inilah makam ke bawah duli paduka seri sultan haji omar ali saifuddin saadul khairil waddeen..
    (bapa sultan brinei sekarang)

    ReplyDelete
  2. Wassalam Helmy. Terimakasih atas teguran. Saya tersilap kerana mengambil kenyataan dari papan maklumat dalam makam. Terpaksalah menyemak kembali satu persatu daftar yang ada dan membuat pembetulan.

    Betul kata saudara, yang ini bapa Sultan sekarang. Tapi baginda dikenali sebagai Sultan Omar Ali Saifuddin III ibni Sultan Muhammmad Jamalul Alam II, Sultan Brunei ke 28. Sultan Omar Ali Saifuddin II adalah Sultan ke 23. Bapa baginda juga bernama Sultan Muhammad Jamalul Alam lalu disebut sebagai Jamalul Alam I. Sultan Omar Ali Saifuddin I pula anak kepada Sultan Muhammad Alauddin.

    ReplyDelete