Thursday, July 07, 2011

Makam Tengku Putih, Raja Patani (Tomb of Tengku Putih, Raja of Patani)

Bersambung dari Makam Sultan-sultan Kelantan abad ke 20 (Tombs of the Sultans of Kelantan in the 20th century).
Continued from Makam Sultan-sultan Kelantan abad ke 20 (Tombs of the Sultans of Kelantan in the 20th century).

Turut terdapat di dalam kawasan pemakaman diraja Langgar, Kota Bahru ialah makam seorang Raja Patani yang bernama Tengku Putih.
Also available inside the royal mausoleum of Langgar, Kota Bahru is the tomb of a Raja (ruler) of Patani whose name is Tengku Putih.



Menaiki takhta Patani 1856, baginda sebenarnya adalah daripada keturunan Long Yunus, pengasas kesultanan Kelantan moden.
Ascending the throne of Patani in 1856, his majesty is actually from the descendants of Long Yunus, founder of the modern Kelantan sultanate.




Patani zaman itu bukanlah seperti pada zaman kegemilangannya. Selepas kesultanan Patani jatuh ke tangan Siam 1785 (sekarang Thailand) ia dipecah belahkan kepada beberapa wilayah kecil dan salah satu daripadanya dikekalkan nama sebagai Patani. Kelihatan di atas adalah makam Tengku Putih. Baginda adalah Raja Patani kedua dari keturunan Raja Kampung Laut, Kelantan. Raja Kampung Laut adalah seorang anakanda Long Yunus yang diberi kuasa memerintah Kampung Laut. Siam yang turut berkuasa ke atas Kelantan zaman itu mengambil anak Raja Kampung Laut yang bernama Tengku Muhammad untuk merajai Patani kecil dan Tengku Putih yang merupakan anaknya adalah penggantinya.
Patani at the time is not like that during its golden ages. After the sultanate of Patani fell into the hands of Siam 1785 (now Thailand) it is broken up into a number of small territories and one of it is preserved with the name Patani. Seen above is the tomb of Tengku Putih. His majesty is the second Raja of Patani who is descended from the Raja of Kampung Laut, Kelantan. Raja Kampung Laut is a son of Long Yunus who was given power to rule Kampung Laut. Siam who also had power over Kelantan at the time took a son of Raja Kampung Laut whose name is Tengku Muhammad to be made ruler of smaller Patani and Tengku Putih who is his son was his replacement.




Di sebelah adalah makam isteri Tengku Putih, Tengku Na Nik. Baginda adalah anakanda Sultan Muhammad II Kelantan bermakna mereka suami isteri adalah saudara dua pupu.
Besides is the tomb of the wife of Tengku Putih, Tengku Na Nik. His majesty is the son of Sultan Muhammad II of Kelantan meaning the husband and wife are second cousins.




8 comments:

  1. nak tanya,kenapa ditengah-tengah kubur/makam mesti ada lubang atau ruang bertanah ditengahnya ? takut mayat tak dapat bernafas ke, hu hu. . .

    ReplyDelete
  2. saya rasa untuk siram air mawar.. mana mungkin yg mati masih bernyawa.. :)

    ReplyDelete
  3. Nenek sy selalu bercerita tentang ku puteh..katanya tu atok nenek sy..nyang sy lah..dia xdpt ziarah kubur nyang waktu dulu..nak pergi jauh..keturunan kami dipadamkan..sbb diorg xdpt kesan pewaris..lebih kurang camtu la ceritanya..akhirnya dpt jgk sy tgk ku ur "ku puteh"..xdpt pergi,dpt tgk sini pn jadilah..huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sy cicit kpd wan sofiah binti tengku puteh.. tp sejarah tpadam.. xknl ssur galur... Cuma tau ada drh ktrunann

      Delete
  4. nenek saya pun selalu bercerita tentang raja putih ni...katanya ,dia adalah cicit kepada beliau.tapi nama panggilan kami (wan)dipadamkan supaya tak dapat dikesan.sebab masa tu siapa yang ada pertalian darah dengan raja putih akan dihukum mati katanya.

    ReplyDelete
  5. Skrg yg viral tak Azman dari yala#patani..tu pun keturunan tg putih juga..betul ke?

    ReplyDelete
  6. Saya dari Brunei... Moyang saya tengku raja Putik .... Nenek perempuan saya cerita memang asal keturunan nya dari Tengku Raja Putih

    ReplyDelete
  7. Sekadar ingin tahu knp keturunan raja putih di padam ya , sy salah seorang keturunan ku putih .

    ReplyDelete