Friday, December 09, 2011

Makam-makam bangsawan Aceh di Medan (Tombs of Aceh nobilities in Medan)

Assalamualaikum semua. Kita sambung penceritaan tempat-tempat yang dilawati dalam perjalanan Medan ke Banda Aceh yang dibuat 2-13 November 2011. Mari... :]
Peace be upon you all. We continue the storytelling on places visited on the Medan to Banda Aceh journey which was made 2-13 November 2011. Come... :]


Ahad 6 November 2011 bersamaan 10 Zulhijjah 1432 Hijrah iaitu Hari Raya Aidil Adha. Ketika berehat di hadapan luar Masjid Raya Al-Mashun di Medan saya terlihat tanah perkuburan di sebelah.
Sunday 6th November 2011 corresponding to 10 Zulhijjah 1432 Hijriah (the Muslim calendar) which is the festive day of Aidil Adha. While taking a rest in front outside the Masjid Raya (main mosque of) Al-Mashun in Medan I saw the burial ground besides.


Saya mendapat gerak untuk melihat lebih dekat.
I was moved to have a closer look.


Lalu terperanjat melihat nama-nama dan tempat yang tertera. Misalnya awalan nama Chut dan tempat Samalanga.
Then was surprised on the names and places inscribed. For example the initial name Chut and place Samalanga.



Nama awalan Teuku. Ia adalah gelaran untuk bangsawan lelaki Aceh, Chut untuk perempuan.
Initial name Teuku. It is a title for the male nobilities of Aceh, Chut for the female.


Tgk. yang merupakan singkatan untuk Tengku, mungkin juga Teungku. Di kebanyakan tempat termasuk Medan, Tengku adalah gelaran kerabat diraja sedangkan di Aceh Teungku merujuk kepada para ulamak. Namun ada tertulis Keumala yang terkait dengan satu cabang kerabat diraja Aceh.
Tgk. which is a short form for Tengku, maybe even Teungku. In most places including Medan, Tengku is a title for royalty while in Aceh Teungku refers to religious masters. But still there's Keumala written which is related to a branch of the Aceh royal family.


Di sini ada Teuku juga Cut (satu lagi ejaan untuk Chut).
Here there's Teuku and also Cut (one more spelling for Chut).


Di sini pula singkatan T. mungkin merujuk kepada Teuku, mungkin juga Tengku kalau tak Teungku. Namun kedudukannya terletak di dalam kelompok makam-makam yang kelihatan berkait dengan Aceh.
Here in turn the short form T. might refer to Teuku, maybe also Tengku if not Teungku. Still its location are within the cluster of tombs which looks like it is related to Aceh.
















No comments:

Post a Comment