Friday, June 17, 2011

Makam-makam cantik di Banggol (Beautiful tombs in Banggol)


Semasa hendak meninggalkan tanah perkuburan Banggol saya terlihat sekumpulan makam-makam yang amat cantik binaannya.
When I was about to leave the burial ground of Banggol I saw a group of tombs which are very beautifully built.



Saya pun melihat lebih dekat.
I then went to have a closer look.


Ternyata seni pahatnya begitu cantik dan halus.
It is apparent its art of sculpturing is beautiful and fine.

Namun saya tidak tahu ia milik siapa.
Still I don't know who it belongs to.



Biasanya makam sebegini cuma dibina untuk kerabat diraja.
Normally tombs like this are built just for royalty.



Rupa-rupanya ada lagi makam-makam cantik di belakang sana.
As it turns out there are more beautiful tombs behind out there.



Apalagi, saya pun mendekatinya.
What more, I then went nearer.






Makam (Tomb of) Tuan Tabal


Di satu bahagian tanah perkuburan Banggol yang lebih terang pula terdapat makam Tuan Tabal atau nama sebenarnya Haji Abdul Somad.
At a section of the Banggol burial ground which is much clearer in turn lies the tomb of Tuan Tabal or his real name Haji Abdul Somad.



Beliau adalah seorang ulamak besar bertaraf wali yang giat mengajar agama di Kelantan dan Patani pertengahan abad ke 19 Masihi.
He is a major religious master of saintly status who was active in teaching religion in Kelantan and Patani in the middle of the 19th century AD.


Dikatakan beliau berasal dari wilayah Tabal di Patani, ke utara muara Sungai Golok (sekarang termasuk selatan Thailand lalu dipanggil Takbai).
He is said to have originated from the province of Tabal in Patani, north of the estuary of the Golok river (now included in southern Thailand and so is called Takbai).


Maka itu beliau dipanggil Tuan Tabal.
Thus that is why he is called Tuan Tabal (literally the master from Tabal).



Makam (Tomb of) Chik Siti Wan Kembang?

Bersambung dari Tanah perkuburan Islam (Muslim burial ground of) Banggol.
Continued from Tanah perkuburan Islam (Muslim burial ground of) Banggol.



Di satu bahagian tersorok tanah perkuburan Banggol boleh kelihatan bangunan ini.
At one hidden part of the Banggol burial ground could be seen this building.


Di dalamnya terdapat dua makam besar.
Inside it there exists two big tombs.







Yang ini milik seorang lelaki. Saya tidak tahu siapa. Tetapi bentuk makamnya melambangkan beliau ialah seorang kerabat diraja lama.
This one belongs to a man. I don't know who. But the shape of the tomb signifies that he is a member of an olden royal house.


Yang ini pula milik seorang perempuan, katanya bertaraf diraja juga dan dikenali sebagai Chik Siti. Maaf. Saya suka ejaan Chik berbanding Cik.
This one in turn belongs to a lady, said to be of royal status too and is known as Chik Siti. Sorry. I prefer the spelling Chik compared to Cik (which simply means 'my lady').



Ada yang percaya inilah makam Chik Siti Wan Kembang, pemerintah perempuan Kelantan yang sangat terkenal abad ke 16 hingga ke 17 Masihi. Namun ia belum dibuktikan tanpa ragu-ragu. Dalam sejarah baginda tidak diketahui mangkat di mana.
There are those who believe this is the tomb of Chik Siti Wan Kembang, the Kelantan female ruler who was very famous in the 16th to 17th century AD. Still it has not been proven beyond doubt. In history her majesty is not known to pass away where.

Apapun Chik Siti Wan Kembang juga dikenali sebagai Paduka Chik Siti. Maka nama baginda juga disebut sebagai Chik Siti sahaja. Melihat pada aura yang terasa di sini saya tidak hairan jika ini memang benar makam baginda. Yang pasti ia bukan milik orang sembarangan.
Whatever Chik Siti Wan Kembang is also known as Paduka (her majesty) Chik Siti. So her name is also pronounced as just Chik Siti. Looking at the aura which could be felt here I am not suprised if this is indeed her tomb. What is sure it does not belong to just any person.




Tanah perkuburan Islam (Muslim burial ground of) Banggol

Bersambung dari Masjid (Mosque of) Ismail Petra, Banggol.
Continued from Masjid (Mosque of) Ismail Petra, Banggol.


Tidak berapa jauh dari masjid terdapat sebuah tanah perkuburan Islam yang agak besar.
Not so far from the mosque there exist a rather large Muslim burial ground.





Terdapat makam sejumlah kerabat diraja Kelantan.
There exist a number of tombs of the Kelantan royalty.










Terdapat juga kubur-kubur lama yang saya tidak tahu milik siapa.
There also exists old graves which I don't know belonging to whom.





Bentuk batu-batu nesan pun berbagai ragam. Kelihatan banyak juga yang menandakan kubur-kuburnya milik orang bangsawan.
The shapes of the tombstones are also of much variety. Could be seen quite a lot marking the graves as belonging to nobles.







Kalau mahu disentuh semuanya terlalu banyak. Maka selepas ini saya akan membuat artikel khusus bagi beberapa makam yang saya lihat paling terserlah.
If all wanted to be touched on there are just too much. So after this I will make special articles on a number of tombs which I saw as being the most outstanding.







Masjid (Mosque of) Ismail Petra, Banggol


Dari Tanjung Chat kami mengambil jalan ke Pantai Cahaya Bulan lalu singgah di Masjid Sultan Ismail Petra, Banggol
From Tanjung Chat we took the road to Pantai Cahaya Bulan and stopped by at Masjid (mosque of) Ismail Petra, Banggol.


Dari tepian jalan ia kelihatan agak cantik.
From the roadside it looks rather beautiful.


Mari kita lihat lebih dekat.
Let us have a closer look.








Dewan solat.
Praying hall.



Bahagian bawah kubah.
Section under the dome.



Mihrab.
Front-most section.



Masjid (Mosque of) Tanjung Chat

Bersambung dari Makam (Tomb of) Raja Imam.
Continued from Makam (Tomb of) Raja Imam.



Alang-alang berada di Tanjung Chat saya pun singgah ke masjidnya.
Since we're already at Tanjung Chat I then stopped at its mosque.





Ia dirasmikan oleh Sultan Kelantan 1988.
It was officiated by the Sultan of Kelantan 1988.



Mari masuk ke dalam.
Let us go inside.









Dewan solat.
Praying hall.



Mihrab.
Front-most section.


Makam (Tomb of) Raja Imam

Bersambung dari Makam (Tomb of) Raja Hudang.
Continued from Makam (Tomb of) Raja Hudang.


Di bahagian lain Tanjung Chat pula terdapat makam ini.
At another part of Tanjung Chat in turn lies this tomb.



Nampaknya ia begitu diteruk diliputi semak samun.
Looks like it is so badly obscured by shrubs and bushes.



Saya terpaksa mengambil masa untuk mencari batu nesan. Nampaknya ini milik perempuan.
I have to take time to look for tombstones. This one looks like belonging to a woman.




Kemudian barulah saya dapat menemui yang milik lelaki.
Then only could I found the one belonging to a man.



Sekarang baru cukup terang. Yang di kanan itu adalah makam Raja Imam, seorang ulamak yang dikatakan berasal dari Jawa lalu terlibat dalam pembinaan Masjid Kampung Laut, masjid tertua yang masih wujud binaan asal di Malaysia (lihat Masjid (mosque) of Kampung Laut). Di kiri pula makam isterinya.
Now only it is clear enough. The one to the right is the tomb of Raja Imam, a religious master said to have originated from Jawa and was involved in building Masjid (mosque of) Kampung Laut, the oldest mosque with the original building still in existence in Malaysia (look at Masjid (mosque) of Kampung Laut). To the left in turn is the tomb of the wife.