Continued from Makam (Tomb of) Habib Sheikh As-Segaf.

Betul-betul di sebelah makam Habib Sheikh terdapat makam Raja Haji anakanda kepada Daeng Chelak.
Exactly besides the tomb of Habib Sheikh there lies the tomb of Raja Haji son to Daeng Chelak.

Baginda adalah adik-beradik kepada Raja Lumu atau Sultan Salehuddin, Sultan pertama Selangor (memerintah 1743-1782).
His majesty was a sibling to Raja Lumu or Sultan Salehuddin, the first Sultan of Selangor (ruled 1743-1782).

Terkenal sebagai seorang pahlawan Bugis yang tidak terkalah, baginda yang dikatakan lahir 1725 pernah memerintah sebagai Yang Dipertuan Muda Riau ke 4 1777-1784.
Famous as an unbeatable Bugis warrior, his majesty who is said to have been born 1725 used to rule as the 4th Yang Dipertuan Muda of Riau 1777-1784.

Raji Haji telah memenangi entah berapa banyak peperangan di Alam Melayu. Dalam konflik dengan Belanda, baginda berjaya mengalahkan banyak ketumbukan musuh dan hampir sahaja memerdekakan Kota Melaka dari penjajahan Barat jika tidak kerana pembelotan yang mengganggu rancangan.
Raja Haji has won God knows how many battles in the Malay world. In a conflict with the Dutch, his majesty was succesful in beating many of the enemies' formation and almost freed the fort of Melaka from Western colonisation if not for desertion which swayed the plan.

Baginda akhirnya mangkat 1784 di Telok Ketapang, Melaka selepas terkena sebaris tembakan senapang Belanda. Lalu dikenali sebagai Raja Haji Fi Sabilillah kerana meninggal dunia di jalan Allah, juga dipanggil sebagai Marhum Teluk Ketapang kerana gugur di situ.
His majesty finally passed away 1784 in Teluk Ketapang, Melaka after having been shot down by a row of Dutch rifle fire. Thus he became known as Raja Haji Fi Sabilillah for having died in the way of Allah, also called Marhum (the deceased of) Teluk Ketapang for having fell down there.
dan selanjutnya anakanda saudara raja haji iaitu sultan ibrahim, sultan selangor kedua menuntut bela ke atas kematian ayahanda saudara baginda, baginda menyerang belanda sehingga belanda menawan kota melawati di kuala selangor
ReplyDeletenamun begitu baginda Sultan Ibrahim Shah dapat mengalahkan belanda semula dan menawan kembali kota malawati dengan bantuan dua ribu orang Pahang yang diberikan oleh Bendahara Abdul Majid. Serangan ke atas kubu-kubu itu dilakukan pada waktu malam (27hb Jun, 1785). Orang-orang Belanda tidak dapat menahan serangan itu dan pada hari ini dalam tahun 1785, lari dari kubu-kubu mereka dengan meninggalkan bebarapa banyak meriam ubat bedil. Dengan ini Baginda dapat menebus kekalahan pada tahun 1784.
ReplyDeleteInilah dinamakan "tentera tak terkalahkan" dengan izin ALLAH